Facebook Twitter
    Trending
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025
    • Kerjaya

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tolak cara baik kawan minta pinjam wang dengan 5 langkah ini

    Tolak cara baik kawan minta pinjam wang dengan 5 langkah ini

    By Umi FatehahJanuary 31, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tolak cara baik kawan minta pinjam wang dengan 5 langkah ini. - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana ada kawan atau kenalan mahu meminjam wang dan anda berasa kurang selesa dengan keadaan itu? Sama ada anda juga kesempitan wang atau memang tidak selesa apabila ada yang mahu meminjam wang.

    Walaupun anda mungkin berasa empati dengan situasi mereka dan memahami bahawa masalah kewangan boleh menjadi mencabar, permintaan itu pasti mencetuskan pelbagai emosi. 

    Adakah anda berada dalam situasi di mana anda perlu menolak permintaan rakan atau kenalan untuk meminjam wang? Berikut Relevan kongsikan lima beberapa tip untuk menolak dengan baik, tetapi masih cuba untuk membantu mereka.

    1. Jangan rasa tertekan

    Ramai yang merasakan bahawa mereka susah untuk berkata ‘tidak’ apabila seseorang meminta pertolongan, lebih-lebih lagi berkaitan kewangan. Ada juga yang mendesak dan merayu untuk meminjamkan wang.

    Meskipun begitu, jangan rasa tertekan. Anda mempunyai hak ke atas duit anda sendiri dan bebas untuk membuat keputusan sama ada mahu meminjamkan atau tidak. Jadi, jangan takut untuk berkata tidak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kawan belum bayar hutang? Ikuti tip ini untuk minta dengan cara baik

    1. Beri maklum balas dalam masa 24 Jam

    Jika mereka benar-benar memerlukan dan anda berada dalam dilema, beritahu rakan atau kenalan bahawa anda memerlukan masa untuk memikirkan segala-galanya dan akan memberikan jawapan dalam masa 24 jam.

    Ini boleh memudahkan anda untuk membuat keputusan kerana mempunyai masa untuk melakukan pertimbangan. Sebagai menghormati masalah orang yang disayangi dan untuk memastikan anda tidak memberi sebarang harapan palsu, cuba balas dalam kadar yang segera tetapi dengan rasional.

    1. Tegas dan ringkas

    Jelaskan dengan tegas bahawa anda tidak dapat meminjamkan wang kepada mereka. Sebagai contoh, “saya ingin membantu, tetapi saya juga agak kesempitan wang sekarang dan banyak komitmen yang perlu dibayar,”.

    Jawapan yang ringkas dan tepat tidak memberi ruang kepada rakan anda untuk memaksa-maksa. Dengan cara ini juga, mereka akan faham bahawa anda bukan sengaja tidak mahu membantu mereka.

    1. Jangan buat janji yang tidak boleh ditepati

    Sebaik sahaja memutuskan bahawa anda tidak akan meminjamkan wang kepada rakan, jangan main-main. Jelaskan bahawa anda tidak akan dapat meminjamkan sebarang wang. Elakkan membuat janji palsu seperti “bulan depan aku bagi kau pinjam ye?” 

    Sekiranya anda memberi jawapan di atas, perkara yang sama akan berulang lagi. Anda dan rakan terpaksa menghadapi situasi yang janggal lagi dan berkemungkinan membuatkan persahabatan menjadi kekok.

    1. Jangan buat pengecualian

    Jika benar-benar tidak mahu meminjamkan wang kepada rakan, anda tidak boleh membuat sebarang pengecualian. Maksudnya, anda sanggup meminjamkan kepada kawan A, tetapi tidak mahu meminjamkan kepada kawan B. Ini akan mewujudkan konflik persahabatan.

    Apa yang anda perlu lakukan ialah berdiri teguh dengan prinsip. Sekiranya memang tidak mahu dan tidak selesa untuk meminjamkan wang kepada rakan, jangan beri pengecualian kepada rakan yang lain. 

    Perkara ini menjadi lebih rumit jika rakan-rakan tahu bahawa anda mempunyai pekerjaan dengan gaji lumayan. Dalam senario ini, anda boleh memberitahu bahawa mungkin sekarang ada wang lebihan atau tidak kesempitan, tetapi akan memerlukannya untuk masa hadapan.

    Tegaskan bahawa wang ini adalah dana kecemasan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka. Jika bimbang kelihatan mementingkan diri sendiri, jelaskan bahawa anda tidak mahu pinjaman ini membuatkan rakan tersebut berasa bersalah jika mereka tidak dapat membayar balik pinjaman pada masa hadapan. – RELEVAN

    featured hutang kawan kewangan pinjam duit
    Artikel Terkini

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.