Umi Fatehah

ZAMAN sekarang, maklumat tentang pemakanan sihat sudah terlalu mudah diakses. Taipkan sahaja ‘tip jaga makan’ atau ‘bahaya gula berlebihan’ di internet, ribuan artikel dan video akan muncul. Di relevan.com.my juga ada bermacam-macam jenis artikel berkaitan penjagaan kesihatan. Namun peliknya, statistik penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih 50 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dengan peningkatan kes diabetes dan hipertensi. Lebih membimbangkan, bukan dalam kalangan warga emas sahaja tetapi juga remaja dan dewasa muda. Ini menunjukkan satu realiti yang menyedihkan. Kita sebenarnya tahu perlu jaga…

Read More

PERASAN tak bila tengok orang sebelah menguap, tiba-tiba kita pun rasa nak menguap? Atau lebih pelik lagi, bila tengok gambar atau video orang menguap pun rasa nak buat benda yang sama. Kadang-kadang, baru baca perkataan “menguap” pun otak sudah menghantar signal untuk menguap juga. Mungkin anda pun sedang menguap ketika sedang membaca artikel ini. Jangan risau, anda tidak keseorangan. Fenomena ini ada nama saintifiknya dan para penyelidik pun belum betul-betul pasti kenapa ia berlaku. Menguap pun boleh berjangkit? Fenomena ini dipanggil contagious yawning atau menguap berjangkit. Ia bukanlah penyakit tetapi memang boleh berjangkit. Perbezaannya, menguap tidak berjangkit melalui virus tetapi…

Read More

DI sebuah bengkel tukang kulit di kampung kecil bernama Coupvray, Perancis, seorang budak lelaki bernama Louis Braille sedang leka bermain alat-alat pertukangan milik ayahnya. Hari-harinya dipenuhi bunyi ketukan logam dan haruman kulit serta kayu. Namun, pada suatu hari, budak lelaki yang baru berusia tiga tahun dan masih belum mengenal makna bahaya cuba meniru pekerjaan ayahnya. Tangannya mencapai sebilah alat tajam dan dalam sekelip mata, satu kecuaian kecil menyebabkan hujung alat itu mencucuk matanya. Pada awalnya, luka itu kelihatan tidak serius dan masih ada harapan untuk dirawat. Namun, kehidupan pada tahun 1812 tidak semudah hari ini. Ketika itu, ilmu perubatan masih…

Read More

BAYAR bil setiap bulan bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan. Berjimat cermat bukan gaya hidup tetapi terpaksa. Dan menyimpan? Itu satu usaha yang makin lama makin mustahil. Ramai antara kita sudah buat apa yang sepatutnya. Elak berbelanja mewah, masak di rumah, cuba menabung walau sedikit. Tetapi bila tengok baki akaun menjelang hujung bulan, rasa letih dan kecewa datang serentak. Duit hilang begitu sahaja. Apa yang tinggal hanyalah perasaan resah, gelisah dan bersalah. Lalu kita mula menyalahkan diri sendiri. Mungkin aku yang boros. Mungkin aku perlu lebih tegas. Tetapi hakikatnya, dalam sistem ekonomi yang menekan seperti hari ini, anda tidak kesunyian.…

Read More

DI media sosial, air lemon suam sering dikenalkan sebagai rahsia kesihatan yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Dari perut buncit, kulit kusam hinggalah sistem imun yang lemah, semua kononnya boleh diselesaikan dengan segelas air lemon suam setiap pagi. Ramai yang mula mengamalkan minuman itu setiap pagi dengan harapan ia mampu menjadi detoks semula jadi atau pembakar lemak. Namun, sejauh mana kebenarannya? Benarkah air lemon boleh memberikan kesan yang begitu menakjubkan? Atau sebenarnya, ada perkara penting yang tidak ramai tahu termasuk kesan sampingan yang boleh berlaku jika diambil secara berlebihan? Minuman asidik bukan untuk semua orang Lemon ialah buah yang bersifat sangat…

Read More

MELALUI pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 di Dewan Rakyat semalam, kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035 bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat mendiami kediaman yang selesa dan selamat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran tersebut akan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif sedia ada seperti Program Residensi Madani, Program Perumahan Penjawat Awam, Program Bantuan Bina Baharu Rumah serta Program Perumahan Mampu Milik yang digerakkan oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta. “Sehingga tahun 2025, 492,000 unit rumah telah siap dan sedang dibina oleh kerajaan.  “Namun, isu ketidaksepadanan antara permintaan, penawaran…

Read More

DALAM pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan. Antaranya, untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk KEMAS serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam. “Untuk rekod, sehingga 2025, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara.  “Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu. Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian,” katanya. Tambahnya, kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus iaitu melebihi…

Read More

RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pembangunan yang adil dan menyeluruh perlu dicapai dengan kerjasama semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat agar tiada golongan yang tercicir dalam arus kemajuan. “Perkhidmatan kesihatan kekal sebagai antara sektor utama yang diberikan perhatian serius oleh kerajaan dalam RMK13. “Sistem kesihatan awam negara kini berdepan cabaran besar termasuk inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi,” kata Perdana Menteri. Menurut pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini, beberapa inisiatif utama dirangka termasuk: Pelaksanaan Skim Perubatan Madani bagi menjamin akses kepada rawatan yang…

Read More

RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’ digubal dalam konteks ekonomi global yang kian mencabar. Menurut Perdana Menteri, perang tarif dan dasar perlindungan yang digerakkan oleh Amerika Syarikat serta langkah timbal balas oleh negara-negara lain mengubah secara ketara landskap ekonomi dunia.  Kemelut ini bukan sahaja mengganggu aliran perdagangan dan pelaburan antarabangsa malah menggugat kestabilan rantaian bekalan global dan lebih membimbangkan, berpotensi mencetuskan kemelesetan ekonomi di peringkat dunia. “Malaysia tidak terlepas daripada kesan krisis ini. Harga barangan dan kos sara hidup terus meningkat manakala peluang pekerjaan…

Read More

RANCANGAN Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026-2030 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’. Menurutnya, tempoh lima tahun ke hadapan adalah tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan berkualiti. RMK-13 digerakkan berdasarkan tiga kebijakan utama. Pertama, peneguhan aspek tatakelola baik sebagai teras utama pentadbiran negara bagi memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama dengan mengambil kira keperluan rakyat. katanya, Kerajaan Madani akan terus berusaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, meningkatkan kecekapan sistem…

Read More