Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 tanda anda bakal jadi hamba hutang

    4 tanda anda bakal jadi hamba hutang

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 29, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA banyak faktor yang mendorong keberhutangan tetapi yang asas dan yang paling utama untuk diatasi ialah sikap. - GAMBAR HIASAN/EHUD NEUHAUS (Unsplash)

    PADA Disember 2021, kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia ialah 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Kita sedar, bukan semua hutang yang dibuat oleh rakyat Malaysia itu buruk. Ada hutang yang baik seperti pinjaman perumahan, pendidikan dan perniagaan.

    Namun, itu bukan alasan untuk kita tidak berjaga-jaga. Usaha untuk menggalakkan kecelikan kewangan perlu diteruskan, malah dipergiat.

    Ada banyak faktor yang mendorong keberhutangan tetapi yang asas dan yang paling utama untuk diatasi ialah sikap. Tindakan berhutang bermula dari sikap dan perubahan sikap boleh membantu kita menjauhi hutang, terutamanya hutang buruk yang bukan keperluan.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan kepada anda empat sikap yang menjadi tanda kecenderungan anda untuk berhutang menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

    Awasi tanda-tanda ini. Jika ada pada diri anda, usahakan untuk berubah.

    • Tamak dan tak sabar
    GAMBAR HIASAN/MIKHAIL NILOV (Pexels)

    Dulu pernah ada skim gores dan menang serta skim cepat kaya. Orang mudah tertipu dengan tawaran kayangan yang menjanjikan wang berkepuk-kepuk bersama kemewahan. 

    Selain kurang celik soal kewangan, faktor ketamakan dan selalu mahu jalan mudah juga memainkan peranan.

    Ada banyak keburukannya kalau kita ada sikap kurang sabar. Dalam konteks kewangan, ia buat anda mudah masuk perangkap penipuan dan memupuk sikap suka berhutang. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Baik buruk berhutang dengan ‘paylater’

    Kini, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian (BNPL) semakin popular. Kalau anda kurang sabar, memang mudah terjatuh ke perangkap ‘hutang runcit-runcit’ ini. 

    Maka, ajarlah diri untuk bersabar dan buang sikap tamak. Kalau rezeki anda hanya pada tahap gaji sekarang, nikmatilah hidup dalam lingkungan kemampuan itu. Bersabar dan berusaha lebih kuat untuk menikmati hidup yang lebih mewah pada masa hadapan.

    • Papa asal bergaya
    GAMBAR HIASAN/FREESTOCKS.ORG (Pexels)

    Jangan salah faham, orang miskin tidak dilarang untuk bergaya. Cuma dengan sumber yang terhad, kita perlu lebih bijak mengurus kewangan supaya boleh bergaya seperti orang lain.

    Yang menjadi masalahnya apabila kita terlalu mahu bergaya sehingga berhutang di keliling pinggang. 

    Ini pesanan yang klise tetapi selalulah membezakan antara keperluan dengan kehendak. Bukan bermakna anda tidak boleh berbelanja untuk kehendak langsung. Membezakan keperluan dengan kehendak membantu anda untuk menyusun keutamaan perbelanjaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    Kalau disebabkan mahu bergaya anda beli kereta import dengan bayaran bulanan sehingga RM800, keutamaan anda sudah salah. Anda hanya perlukan kereta, bukan kereta import yang mahal. 

    Kalau betul-betul mahukan barang yang di luar kemampuan, buat simpanan. Jadikan barang itu sebagai ganjaran kesabaran anda untuk menyimpan.

    • Tiada simpanan
    GAMBAR HIASAN/MART PRODUCTION (Pexels)

    Bukan semua orang mampu menyimpan dengan baik tetapi untuk yang mampu, pastikan anda ada simpanan yang mencukupi, terutamanya simpanan kecemasan.

    Malang memang tidak pernah berbau. Kadang-kadang, tanpa sebarang bau yang boleh dihidu, bertimpa-timpa malang yang datang. Tanpa simpanan kecemasan, kita terpaksa akur dengan desakan untuk berhutang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

    Ingat, sekali berhutang tanpa pertimbangan panjang (apabila berhutang disebabkan kecemasan, anda tak sempat nak fikir panjang), pengurusan kewangan akan huru-hara. Maka, persediaan  terbaik yang boleh dilakukan ialah menyediakan simpanan kecemasan. 

    • Terikut media sosial
    GAMBAR HIASAN/MIZUNO K (Pexels)

    Media sosial sudah menjadi bahagian penting dalam kehidupan manusia kini. Ia malah boleh mempengaruhi tabiat kepenggunaan seseorang – maksudnya, media sosial menentukan apa yang anda akan beli. 

    Melihat kehidupan mewah para pempengaruh dan artis memang mencabar. Kita geram lihat barang-barang yang mereka ada. Tapi kawalan kendiri dan sedar diri itu penting. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah terpengaruh dengan kehidupan mewah yang ditayang di media sosial

    Pertama, adakah wang kita di bank sama banyak dengan pempengaruh dan artis itu? Kedua, adakah komitmen bulanan kita sama banyak dengan pempengaruh dan artis itu?

    Banyak juga barang berjenama yang dimiliki para pempengaruh dan artis itu ditaja. Kalau disuruh beli pun belum tentu mereka mahu atau mampu nak beli.

    Maka, hiduplah dalam lingkungan kemampuan sendiri. Jangan mudah terikut-ikut dengan trend dalam media sosial, lebih-lebih lagi kalau ia di luar kemampuan kita.  – RELEVAN

    Previous ArticleKad kredit umpama pisau, guna dengan bijak
    Next Article Soal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.