Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

    Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELAIN simpanan jangka panjang, simpanan jangka pendek untuk kecemasan kecil juga perlu disediakan. - GAMBAR HIASAN/JCOMP (Freepik)

    KITA selalu dengar nasihat kewangan tentang simpanan untuk persaraan dan kecemasan. Kebanyakannya untuk jangka masa panjang dan melibatkan simpanan yang banyak.

    Bagaimana dengan simpanan untuk jangka masa pendek, contohnya untuk menampung belanja hari raya? Atau persediaan bagi menghadapi hujung bulan yang lebih perit dari biasa?

    Simpanan untuk kecemasan kecil sebegini tidak perlu besar. Ia sekadar untuk memastikan kita tidak kehabisan aliran tunai untuk hal-hal asas dan tidak perlu berhutang.

    Di sini Relevan kongsikan empat kaedah menabung runcit-runcit bagi menghadapi kecemasan kecil. Tidak susah pun, semua orang boleh amalkan.

    • Menabung syiling

    Saya dan kawan pernah tersangkut di pintu keluar tempat parkir kerana tiada tunai mencukupi untuk bayar caj parkir di situ. Selepas menggeledah seluruh kereta, akhirnya kami jumpa kantung kain yang penuh syiling.

    Ringkas dan mungkin tidak akan berlaku kepada semua orang tetapi syiling yang disimpan sentiasa berguna pada waktu sesak. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda

    Untuk menyimpan juga mudah kerana jumlah yang kita simpan tidak banyak. Ia tidak akan memberi kesan kepada aliran tunai harian.

    Selepas berjaya menjadikan ia tabiat, anda tidak akan perasan pun jumlah yang masuk dalam simpanan setiap hari. Dalam tempoh beberapa bulan, lihatlah sendiri hasilnya nanti. Anda sudah ada tabung untuk kecemasan kecil yang tidak memerlukan jumlah wang yang banyak.

    • Simpan duit ikut warna

    Kalau mahu simpan jumlah yang lebih besar, cuba pula simpan duit kertas. Untuk jadikan ia lebih menarik, simpan mengikut warna wang anda.

    Sebagai contoh, sediakan satu tabung untuk wang berwarna biru (RM1), satu untuk hijau (RM5), satu untuk merah (RM10) dan satu untuk oren (RM20).

    Bukan sahaja lebih cantik dan kemas, ia juga mudah diurus. Anda boleh asingkan warna duit mengikut kecemasan yang mahu diatasi.

    Sebagai contoh, duit biru dan hijau khas untuk duit raya (tidak perlu susah-susah tukar duit kecil di bank setiap kali hari raya). Duit merah kalau tidak cukup duit untuk makan. Duit oren untuk bayaran komitmen-komitmen lain yang tertunggak.

    ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan dan pelaburan untuk hari tua

    Tapi harus diingat, simpanan itu hanya untuk kecemasan. Keluarkan hanya apabila perlu. Kalau tidak terdesak, jangan usik duit itu.

    • Simpan baki

    Ya tahu, anda seorang yang pemurah. Kalau beli barang di pasar raya, suka minta juruwang simpan baki. Cuma kali ini, cuba tinggalkan amalan itu.

    Sebab baki yang anda beri itu boleh disimpan. Walaupun sedikit, lama-lama ia boleh jadi bukit. 

    Cuba amalkan, setiap kali anda beli sesuatu menggunakan tunai, bakinya anda simpan dalam tabung. Contohnya malam ini anda ke kedai runcit beli air mineral berharga RM3.20. Jika anda bayar dengan wang RM5, simpan baki RM1.80 itu dalam tabung.

    Bayangkan dalam setiap pembelian tunai, bakinya anda simpan. Dalam sebulan sudah ada sejumlah wang yang agak banyak dalam tabungan. Bolehlah nak guna pada waktu sesak.

    • Tabung digital

    Sudah tidak ramai yang menggunakan pembayaran tunai sekarang. Itu juga boleh jadi faktor sukarnya hendak menyimpan wang syiling atau baki. Tapi jangan risau, kita juga boleh menyimpan secara digital.

    Pelbagai aplikasi simpanan secara digital sudah tersedia. Ada antaranya turut menawarkan fungsi simpanan baki secara automatik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cakna dana kecemasan, penyelamat ketika getir

    Yang penting, pastikan simpanan anda itu mudah dicairkan. Maksudnya, pastikan anda boleh keluarkan wang itu pada bila-bila masa yang diperlukan.

    Tabungan runcit untuk kecemasan kecil ini berbeza fungsinya dengan tabungan persaraan atau kecemasan yang utama. Jika tidak cair, anda mungkin berhadapan masalah nanti. – RELEVAN

    Previous Article235 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Menangani masalah mental dalam kalangan remaja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.