Facebook Twitter
    Trending
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    • 2 kematian Covid-19, 1 BID semalam
    • 9,549 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    • Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023

      Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

      January 24, 2023

      YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

      January 20, 2023
    • Kerjaya

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023

      Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

      January 12, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk berhutang dengan ‘paylater’

    Baik buruk berhutang dengan ‘paylater’

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KITA sudah biasa berhutang. Untuk barangan berharga tinggi seperti kereta dan rumah, hampir tiada pilihan untuk memilikinya kecuali dengan pinjaman. Ada juga yang berhutang dalam skala lebih kecil untuk membeli perabot dan barangan elektrik.

    Kita juga sering mendengar tentang bahana kewangan disebabkan perbelanjaan berlebihan menggunakan kad kredit. Terutamanya golongan muda, kemampuan untuk berhutang sering disalahertikan sebagai kemampuan untuk membeli. Salah faham begini akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan dan nilai kredit peribadi.

    Kini, urusan untuk berhutang semakin dipermudah. Banyak aplikasi menggunakan sistem beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) untuk pembelian berharga rendah, termasuk untuk makanan, ubatan dan pakaian. 

    Relevan mengumpulkan pelbagai pendapat berkenaan kaedah pembayaran ini untuk anda. Nilaikan sendiri, patut atau tidak anda gunakan kaedah ini?

    Apa itu BNPL?

    Menurut Investopedia, BNPL merupakan jenis pembiayaan jangka masa pendek yang membolehkan pengguna membuat pembelian tetapi bayaran dilakukan kemudian. Kebanyakan perkhidmatan ini menawarkan kadar faedah sifar. 

    Dilihat sebagai pengganti kepada sistem kad kredit, kaedah pembayaran ini semakin popular seiring dengan peningkatan penggunaan pembelian dalam talian, terutamanya disebabkan pandemik Covid-19. Menurut tinjauan yang dilakukan LendingTree, satu pertiga pengguna pernah menggunakan kaedah ini dan dua pertiga daripadanya pernah menggunakannya lebih daripada lima kali.

    Menurut Worldpay, BNPL menguasai 2.1 peratus atau AS$97 bilion (RM407.40 bilion) daripada keseluruhan transaksi e-dagang global pada 2020. Dijangkakan, nilai itu mencecah AS$680 bilion (RM2.86 trilion) menjelang 2025.

    Kebaikan BNPL

    • Perbelanjaan fleksibel

    BNPL menawarkan sesuatu yang sangat dimahukan semua pengguna: kemampuan untuk membeli ketika poket sedang kering. Kita pasti pernah berjumpa tawaran harga rendah untuk barang kegemaran dalam masa terhad, tetapi ketika itu juga kita tiada wang mencukupi untuk membeli. Dengan BNPL, anda boleh keluar dari kedai dengan senyum lebar.

    • Tiada semakan sejarah pinjaman

    Di kampung-kampung, kalau tak cukup duit untuk beli barang, anda boleh berhutang terus dengan tauke kedai runcit. Tiada borang untuk diisi, tiada semakan CCRIS atau CTOS. Lulus mudah. Begitu juga dengan beberapa penyedia perkhidmatan BNPL. Tanpa semakan nilai kredit, lebih ramai pengguna dapat menikmati perkhidmatan ini. Ini antara sebab sistem BNPL sangat popular, menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kueski, Adal Flores.

    • Mudah dan cepat

    Tidak perlu tunggu gaji, boleh terus beli barang. Pembayarannya pula secara ansuran yang sangat mudah. Lebih baik lagi jika penyedia perkhidmatan BNPL tidak mengenakan kadar faedah atau caj lewat bayar. Perkhidmatan ini memudahkan urusan pembelian, terutamanya pembelian dalam talian.

     

    Keburukan BNPL

    • Menggalakkan lebih belanja

    Segala kebaikan yang disenaraikan di atas membawa kepada keburukan ini. Disebabkan sistem BNPL sangat mudah, cepat dan fleksibel, pengguna cenderung untuk terlebih belanja. Penulis kewangan peribadi di Business Insider, Kevin Panitch berkata, membayar produk berharga RM1,440 secara ansuran selama 36 bulan tidak menjadikan anda mampu memiliki produk itu. Walaupun anda hanya bayar RM40 sebulan, harganya tetap RM1,440. Tambahan lagi jika perkhidmatan yang dipilih mempunyai kadar faedah atau caj lewat bayar, harga akhirnya lebih tinggi.

    Menurut McKinsey, pengguna cenderung untuk berbelanja lebih apabila menggunakan perkhidmatan BNPL. Dalam hal ini, pengguna perlu mempunyai kesedaran kewangan yang tinggi untuk mengawal perbelanjaan sendiri. Jika tidak berjaya dikawal, perkhidmatan ini boleh membawa bencana kepada pengurusan kewangan anda.

    • Sukar diurus

    Hutang besar seperti rumah dan kereta pasti masuk dalam belanjawan bulanan anda. Setiap bulan, anda tahu berapa yang perlu dibayar dan ia dikategorikan sebagai komitmen dalam belanjawan peribadi. Namun, hutang-hutang kecil seperti pembelian BNPL lebih sukar diurus. Cara terbaik adalah dengan menetapkan pembayaran automatik menggunakan aplikasi perbankan anda tetapi disebabkan tempoh yang pendek dan nilai yang rendah, komitmen ini sering dilepas pandang. 

    • Tiada semakan kredit

    Hal ini boleh jadi baik dan buruk. Walaupun ia memudahkan urusan pinjaman, pembiayaan tanpa semakan kredit membawa risiko tunggakan yang tinggi. Fitch Ratings  menyifatkan prestasi hutang sektor BNPL sebagai kabur (opaque) kerana kebanyakan penyedia perkhidmatan tersebut tidak melaporkan penggunaanya kepada biro kredit. Ini menyebabkan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan banyak penyedia sekali gus meningkatkan risiko tunggakan.

    Timbang tara

    Penggunaan perkhidmatan BNPL sangat bergantung kepada disiplin kewangan individu. Ia memudahkan urusan tetapi harus diingat, ia juga datang dengan risiko yang boleh merosakkan kedudukan kewangan anda.

    Penilaiannya perlu dibuat dengan berhati-hati. Anda bukan sahaja perlu menilai kedudukan kewangan semasa, malah masa hadapan. Dalam dunia yang serba tidak menentu ketika ini, apa-apa sahaja boleh terjadi kepada pendapatan anda pada masa hadapan.

    Berbelanjalah kerana perbelanjaan anda menyumbang kepada kesuburan ekonomi negara tetapi berhati-hatilah, kerana ketinggian hutang anda juga boleh merosotkan kesuburan ekonomi negara. – RELEVAN

    featured kecelikan kewangan kewangan kewangan peribadi paylater pengurusan kewangan
    Artikel Terkini

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023

    12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    January 31, 2023

    6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    January 30, 2023

    269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    January 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.