Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa maksud “muzik indie”? Bahagian 1 – Indie sebagai praktis

    Apa maksud “muzik indie”? Bahagian 1 – Indie sebagai praktis

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 25, 2023Updated:June 25, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ISTILAH muzik indie boleh difahami dalam pelbagai konteks.

    SEJAK lebih 15 tahun dahulu, istilah “muzik indie” mula diguna pakai  untuk melabel sekelompok kugiran dan penyanyi yang bergerak secara mandiri dalam industri muzik Malaysia.

    Agak sukar untuk memastikan tempoh awal istilah itu digunakan bagi merujuk sebuah gerakan atau lapangan muzik di Malaysia. Namun, jika penggunaan secara massa di Malaysia, dipercayai istilah itu popular ketika kugiran seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Estranged mendapat perhatian peminat muzik arus perdana pada 2007 atau 2008.

    Ia dikukuhkan lagi dengan kejayaan Meet Uncle Hussain memenangi Anugerah Juara Lagu ke-23 yang diadakan pada 18 Januari 2009.

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa maksud sebenar “muzik indie”? Adakah ia sebuah genre? Atau sebuah gerakan?

    Sebagai portal yang sering menjuarai pendidikan muzik, izinkan Relevan menghuraikan maksud sebenar istilah itu.

    Banyak makna

    Sesebuah istilah tidak semestinya mengandungi hanya satu makna yang ketat. Makna boleh berubah dan berkembang. 

    Sebagai contoh, perkataan “nice” yang berasal dari istilah Latin bermaksud ketidaktahuan dan ketidakcaknaan pada awalnya. Ia kemudian berkembang kepada maksud cuai, lemah dan bodoh sehinggalah kini, ia bermaksud elok dan baik.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana Taylor Swift memuatkan 19 rujukan sastera era Romantik Inggeris dalam satu lagu

    Begitu juga dengan istilah khusus seperti muzik indie. Ia boleh berkembang dari maksud awalnya, bergantung kepada persepsi makna yang diletakkan masyarakat terhadapnya.

    Sejarah awal

    BUZZCOCKS

    Indie merupakan singkatan kepada perkataan independent yang bermaksud bebas, mandiri dan tidak terikat. Dalam konteks muzik, ia bermaksud ketidakgantungan kepada syarikat rakaman bermodal besar.

    Ketidakgantungan ini memberikan kebebasan kreatif kepada pemuzik untuk melangsungkan perjalanan muzik mereka. Tiada kawalan terhadap karya, pemasaran, imej dan proses penerbitan.

    Kisahnya bermula apabila dua anak muda yang terinspirasi dengan kugiran punk Britain, Sex Pistols mahu bikin kugiran.

    Pada 1976, Pete Shelley dan Howard Devoto merekrut pemain bass, Steve Diggle dan pemain dram, John Maher untuk membentuk Buzzcocks. Persembahan pertama mereka adalah menjadi kugiran sokongan untuk kugiran kegemaran Shelley dan Devoto, Sex Pistols.

    Dan kisah mereka tidak berakhir di situ. Gelombang punk yang diterajui Sex Pistols buat mereka berempat mula serius – mereka mahu rakam lagu dan jadi artis rakaman.

    Indie sebagai praktis

    Malangnya, tiada syarikat rakaman yang mahu naungi mereka. Tanpa pengalaman dan sumber, Buzzcocks bersama pengurus, Richard Boon dan penerbit, Martin Hannett bikin kerja gila – mereka mahu terbitkan album sendiri tanpa syarikat rakaman bermodal besar yang ada ketika itu.

    Maka, mereka tubuhkan syarikat rakaman sendiri bernama New Hormones.

    ARTIKEL BERKAITAN: Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    Buzzcocks mulakan rakaman dengan Hannett sebagai jurutera rakaman, Boon pula mula mencari kilang yang boleh cetak terbitan pertama mereka. EP pertama mereka, Spiral Scratch diterbitkan dengan bunyian amatur – cabuk dan lo-fi, kata The Guardian.

    Dan keputusan itu akhirnya mencipta sejarah. Antara kedai yang menjual EP itu ialah Rough Trade milik Geoff Travis. Dia awalnya menempah 50 keping, kemudian minta 200 lagi selepas dua hari.

    Buzzcocks bukan sahaja berjaya menghabiskan 1,000 cetakan pertama, malah jualan keseluruhan EP itu adalah sebanyak 16,000 keping. 

    Lebih penting lagi, ia memulakan gelombang baharu dalam muzik punk: syarikat rakaman kecil ditubuhkan oleh kugiran untuk menerbitkan karya mereka sendiri.

    MARTIN Hannett bersama Bernard Sumner dari Joy Division. – GAMBAR OLEH DANIEL MEADOWS

    Nama-nama mereka yang terlibat seperti Geoff Travis dan Martin Hannett juga menjadi watak penting dalam gelombang muzik indie selepas itu. Mereka terlibat membangunkan kugiran penting seperti Joy Division, The Smiths dan U2 selain syarikat rakaman independen seperti Factory Records dan Rough Trade.

    Di sini istilah muzik indie mula disebut-sebut sebagai sebuah praktis. Ia lahir dari rahim kemandirian, lapangan muzik berasaskan punk dan kemahuan untuk mempunyai kebebasan kreatif dalam berkarya.

    Bukan yang pertama

    Namun, catatan Samantha Bennett dalam The Conversation tentang kewujudan syarikat rakaman kecil pada dekad 50-an dan 60-an juga perlu diambil kira.

    Kata Bennett, syarikat rakaman seperti Sun Records dan Motown juga bergerak secara independen. Mereka menerbitkan artis-artis country, blues dan soul seperti Johnny Cash, B.B. King dan The Jackson 5.

    Sun Records dan Motown membangunkan artis-artis legenda ini pada awal karier mereka tanpa sokongan syarikat rakaman bermodal besar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL

    Begitu juga dengan kugiran punk dari Australia, The Saints yang menerbitkan lagu tunggal mereka, I’m Stranded pada 1976 secara mandiri melalui syarikat rakaman mereka sendiri, Fatal Records.

    Cerita The Saints, asasnya, sama sahaja seperti Buzzcocks.

    Namun, impak Spiral Scratch, New Hormones dan Buzzcocks yang melahirkan gelombang muzik independen serta menerbitkan penggunaan istilah muzik indie. Bukan Sun Records, Motown atau The Saints.

    PENGASAS Motown Records, Berry Gordy Jr. di hadapan ibu pejabatnya pada 1964. – GAMBAR OLEH TONY SPINA (Detroit Free Press)

    Hal ini perlu difahami supaya kita tidak menyulitkan perbahasan tentang kewujudan istilah “muzik indie”. Yang mahu dijejak ialah kelahiran istilah itu, bukan kelahiran amalannya. 

    Jika kita keliru tentang hal ini, pasti ada yang marah-marah apabila saya mendakwa istilah muzik indie yang merujuk pada sebuah lapangan atau gerakan di Malaysia bermula pada pertengahan dekad 2000-an. 

    Pastinya pengaruh muzik yang dibawakan Hujan, Meet Uncle Hussain atau Estranged boleh dijejak lebih lama: ada OAG, Butterfingers, Spiral Kinetic Circus atau lebih awal lagi, kugiran metal seperti Langsuyr, Sil Khannaz dan Necrotic Chaos.

    Malah, pengaruh bunyi alternatif juga boleh ditemui dalam kugiran 60-an seperti The Fabulous Falcon, Kassim Selamat & The Swallows dan The Strollers.

    Namun, istilah “indie” tidak melekat pada mereka; itu realitinya. Tanpa menafikan bunyian alternatif kini terpengaruh dengan kugiran-kugiran lama ini, kita boleh bersetuju bahawa istilah muzik indie lahir pada gelombang alternatif yang tertentu.

    Artikel ini menerangkan dua bahagian penting dalam kita memahami makna “muzik indie” di Malaysia: i) makna indie sebagai sebuah praktis dan ii) kelahiran istilah tidak sama dengan kelahiran amalan.

    Dalam artikel seterusnya, akan dijelaskan makna indie dalam dua lagi medan yang berbeza, iaitu genre dan lapangan. Terus ikuti Relevan untuk artikel berikutnya. – RELEVAN

    Artikel ini diubah suai dari artikel “Tiga Makna Indie” yang disiarkan dalam majalah Junklist Digest Jilid 05 April 2023.

    Previous ArticleBagaimanakah YouTuber menjana pendapatan lumayan?
    Next Article Beli kereta baharu atau kereta terpakai? 

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.