Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 11 tanda anda sedang angau merenyam dilamun cinta

    11 tanda anda sedang angau merenyam dilamun cinta

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 21, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT banyak kajian dihasilkan berkenaan tanda-tanda seseorang dilamun cinta. - GAMBAR HIASAN/DAVID CAJILIMA (Unsplash)

    MUNGKIN, setiap kita pernah dilamun cinta.

    Saya kata mungkin sebab mungkin, ada antara kita yang belum dikurnia nikmat indah itu. Buat kali ketiga – mungkin, Tuhan sedang menyusun pengalaman dilamun cinta yang sempurna buat kita; cuma syaratnya, perlu tunggu dan sabar.

    Pengalaman dilamun cinta sangat mengasyikkan: perut gementar bagai dihuni rama-rama, fikiran diisi hanya satu wajah dan seluruh permukaan kulit jadi gatal merenyam.

    Perasaan itu ajaib kerana rangsangannya menjalar ke seluruh tubuh. Saraf-saraf tergelinjang ketika mata menatap wajah yang kita sayang.

    Rasa sensasi yang dapat dirasai ke seluruh tubuh ini ada penjelasan saintifiknya. Malah, gelombang otak ketika kita dihayun angau kerana cinta juga pernah dikaji saintis.

    Oleh itu, mari ikut Relevan menyelami tanda-tanda seseorang dilamun cinta. Selesai baca, bolehlah anda kenang kembali pengalaman pertama kali jatuh cinta dahulu. Kalau belum pernah rasa, usaha terus, kawan. Jodohmu tidak jauh!

    • Dari mata terbit suka

    Hanya kerana mata, orang boleh jatuh cinta. Ada kajian menunjukkan pasangan kekasih yang menatap mata satu sama lain mempunyai hubungan romantik yang lebih kuat. Begitu juga dengan sepasang individu yang saling tidak mengenali, jika mereka ‘berlaga mata’ lebih seminit, ia akan menerbitkan rasa kasih sesama mereka.

    Maka, jika mata anda sering terkunci ke wajah sesiapa, itu tanda anda sudah dirasuk cinta. Rangka strategi untuk memilikinya segera, kalau tak melepas.

    • Macam ambil dadah

    Kajian dari Institut Kinsey mendapati, otak individu yang sedang angau dilamun cinta mempunyai persamaan dengan otak individu yang mengambil kokaina (cocaine).

    Perasaan merenyam yang mendalam membebaskan dopamin dari otak, tindak balas yang sama seperti mengambil dadah perangsang seperti kokaina. Minda jadi huru-hara, menerawang dan fungsi penilaian serta perancangan hilang.

    Pendek kata, anda jadi lebih bodoh ketika dilamun cinta. Cuba ingat semula detik dilamun cinta dahulu, mesti ada benda bodoh yang dibuat, kan?

    SUSAH nak buang wajah orang yang anda sayang keluar dari fikiran. – GAMBAR HIASAN/VLADA KARPOVICH (Pexels)
    • Melekat dalam fikiran

    Bila anda jatuh cinta, imej yang tersayang akan melekat lama dalam fikiran. Ini kerana anda sudah tertagih ‘dadah cinta’ atau nama saintifiknya phenylethylamine. 

    Hormon ini membuatkan anda gila bayang. Mandi teringat dia, tidur teringat dia, makan pun senyum-senyum sebab teringat dia.

    Ia hormon sama yang ada dalam coklat. Sebab itu kita susah nak berhenti makan coklat, macam susahnya kita nak buang si dia dari fikiran.

    • Mahu dia gembira

    Kalau hati kita baik, kita mahu setiap manusia di dunia ini gembira. Tapi untuk orang yang kita sayang, perasaannya lain macam. 

    Kita mahu pastikan mereka betul-betul gembira. Biar apa aral yang melintang, kita langkah demi membahagiakan si dia. Lautan api kita renang, teh panas kita teguk tanpa tiup. Kalau berduit, kita sewa panggung wayang untuk tayang dokumentari kisah cinta kita.

    Ini namanya cinta kasih dan ia petanda hubungan sayang yang sihat.

    Kalau anda sanggup korbankan kesenangan sendiri untuk memastikan dia bahagia – sahih! Anda sedang dimabuki cinta.

    • Rasa tertekan

    Hah! Bukan semua tentang lamunan cinta itu indah-indah belaka. Perasaannya berwarna-warni, termasuk warna yang negatif. Ada kajian yang mendakwa, perasaan jatuh cinta melepaskan hormon kortisol dari otak.

    Hormon ini menyebabkan anda berasa tertekan. Anda mudah marah dan kesabaran menipis.

    Tapi janganlah risau, ia bukan bermakna hidup anda ditekan masalah selamanya. Cuma asam garam bercinta. Mungkin ia berguna untuk mengimbangi perasaan jiwang berbunga-bunga yang anda rasa.

    • Kurang rasa sakit

    Jatuh cinta boleh beri anda kuasa hampir sakti juga rupanya. Menurut kajian oleh Sekolah Perubatan Universiti Stanford, lamunan cinta membuatkan anda kurang rasa sakit. Kurangnya itu mencecah 40 peratus untuk sakit sederhana dan 15 peratus untuk sakit yang teruk.

    Rasa rugi pula tak kenal cinta waktu nak berkhatan dulu. Kalau tak mungkin kurang sikit pedihnya.

    ANDA bersikap lebih terbuka untuk cuba benda baharu ketika dilamun cinta. – GAMBAR HIASAN/KATERINA HOLMES (Pexels)
    • Cuba benda baharu

    Biasalah, bila dah jatuh cinta, kita semangat nak buat benda yang boleh buat pasangan kita suka. Yang tak suka kpop boleh hafal lirik BTS. Yang tak biasa daki bukit pun paksa juga kaki mendaki.

    Kalau anda ada perasaan ini, sekali lagi – sahih! Ada nyamuk cinta yang menggigit dan mengedar semangat mahu cuba benda baharu ke seluruh tubuh. 

    Ada kajian mendapati, orang yang jatuh cinta lelbih bebas fikirannya, bersedia untuk mencuba benda baharu dan tinggi keyakinan diri.

    • Detak jantung sekata

    Ini paling romantis. Satu kajian mendapati, jantung pasangan yang dilamun cinta berdegup serentak. Sebuah sinkroni fisiologi yang indah.

    Satu hal pula nak kena cari stetoskop untuk uji dapatan ini, kan? Tak apa, kalau tak dengar harmoni detak jantung itu pun, merasai keterhubungan yang mendalam sesama anda pun sudah cukup menjadi petanda yang anda sedang dibuai cinta.

    • Yang jelik dah tak pelik

    Ramai yang cakap, kalau kita dah sayang pada pasangan, dia kentut pun kita rasa wangi. Ini betul, siap ada kajian lagi. Kata kajian itu, rangsangan seksual boleh mengatasi rasa jelik. 

    Ini bermakna, kalau anda ada rasa cinta (cinta juga sebahagian daripada rangsangan seksual), nampak dia korek hidung itu bukan masalah. Tapi janganlah buat benda-benda kotor semasa temu janji pertama, kononnya nak uji cinta pasangan. Waktu itu mungkin cintanya belum mekar.

    KETIKA mula-mula jatuh cinta, anda mengalami simptom seperti dilanda kegelisahan. – GAMBAR HIASAN/JOSH WILLINK (Pexels)
    • Berpeluh-peluh

    Satu lagi kajian menunjukkan, orang yang dilamun cinta mudah rasa mual-mual dan banyak berpeluh. Simptomnya sama seperti dilanda gelisah atau tekanan.

    Rasa ini akan semakin menghilang apabila anda dan pasangan sudah selesa antara satu sama lain. Tapi waktu awal-awal nak jumpa, kalau rasa gemuruh mengguruh semacam, bawa sapu tangan. Takut nanti nak bercakap pun susah sebab peluh menitik ke bibir.

    • Cintakan keunikan

    Kita mungkin suka seseorang kerana dia cantik atau bijak. Namun, untuk mencintai seseorang, alasannya lebih spesifik dan unik.

    Mungkin dia cantik tapi yang paling cantik bagi anda ialah gigi taringnya yang sedikit terjulur. Mungkin dia bijak tapi yang paling bijak bagi anda ialah ialah cara dia menyusun barang keperluannya dalam kereta.

    Satu kajian mendapati, perhatian terhadap sifat aneh pasangan anda boleh mendalamkan rasa cinta. Kesukaan pada sifat aneh atau tabiat pelik yang kecil-kecil itu yang mengunci cinta anda terhadap pasangan..

    Baca kisah Sean Maguire dari filem Good Will Hunting dalam artikel ini. Itu gambaran terbaik untuk memahami situasi ini. -RELEVAN

    Previous ArticleApa yang Gen Z mahu dalam kerjaya?
    Next Article Susah tidur? Amalan ini bantu anda terlelap dalam masa 60 saat

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.