Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Susah tidur? Amalan ini bantu anda terlelap dalam masa 60 saat

    Susah tidur? Amalan ini bantu anda terlelap dalam masa 60 saat

    By Umi FatehahJune 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR juga ialah cara paling mudah dan percuma untuk lupakan segala permasalahan dalam hidup. - MIRIAM ALONSO/PEXELS

    TIDUR. Siapa sahaja tidak suka tidur? Selepas seharian penat menyelesaikan tanggungjawab kerja atau belajar, tidurlah perasaan yang paling nikmat sekali. 

    Tidur juga ialah cara paling mudah dan percuma untuk lupakan segala permasalahan dalam hidup.

    Namun, ada juga yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur. Bergolek ke kiri dan kanan, mengira biri-biri satu per satu, mendengar alunan lagu atau zikir, semuanya sudah dicuba tetapi masih tidak boleh tidur. 

    Tiba-tiba sahaja sudah pagi. Peluang dan ruang untuk tidur pun melepas.

    Bagi yang tidak tahu, kesukaran untuk tidur malam dipanggil sebagai insomnia. Banyak kesan buruknya jika jadual tidur tidak menentu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

    Risau, bukan? Jangan risau. Terdapat cara mudah dan diluluskan pakar untuk tidur dalam masa kurang daripada seminit yang dikongsikan di Reader’s Digest. 

    Cara ini dipanggil kaedah 4-7-8. Teruskan membaca untuk mengetahui kaedah ini dengan lebih lanjut.

    Baring-hidung-mulut

    Mula-mula, baring dalam posisi yang selesa di atas katil anda. Kemudian, tarik nafas melalui hidung selama empat saat dan tahan nafas selama tujuh saat. 

    Seterusnya, hembus perlahan-perlahan melalui mulut selama lapan saat. Ulang langkah-langkah ini sehingga anda tertidur.

    Ya, semudah itu sahaja. Jika anda tidak percaya, ada bukti daripada sudut perubatan. 

    Seorang doktor perubatan berpendidikan Harvard, Andrew Weil, sudah mengamalkan cara ini daripada amalan meditasi yogi India selama berabad-abad lamanya. Yogi merujuk kepada seseorang yang pakar dalam yoga.

    “Ia satu-satunya kaedah terbaik yang saya temui untuk tidur semula jika anda terbangun pada tengah malam,” katanya dalam kuliah. 

    Anda juga boleh cuba tip-tip untuk tidur lebih lena dan berkualiti yang sudah dikongsikan oleh Relevan sebelum ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 tip untuk tidur lebih lena dan berkualiti

    Rehatkan minda

    Para yogi menggunakan kaedah ini untuk mencapai tahap ketenangan yang maksimum. Tahap ketenangan maksimum mampu mengatasi segala tekanan dan perasaan bimbang dalam diri.

    Kaedah ini akan memperlahankan kadar pernafasan dan membuatkan degupan jantung menjadi lebih stabil. 

    Melalui cara ini, ia akan membantu seluruh badan anda berada dalam mod berehat. Dalam erti kata lain, ia adalah penenang semula jadi untuk badan dan minda anda.

    “Teorinya adalah dengan menggunakan irama tertentu pada nafas dengan sistem separa sedar (involuntary system) secara beransur-ansur dan mencetus ke dalam sistem saraf sedar (voluntary nervous system).

    “Tetapi, setiap perkara yang baik itu akan mengambil masa sebelum ia berkesan. Jadi, lakukan kaedah ini dalam tempoh beberapa minggu, bulan, tahun bagi menghasilkan perubahan yang diinginkan,” kata Weil.

    Tidak lagi perlu bergolek ke kiri dan kanan atau mengira ribuan biri-biri hanya untuk melelapkan mata. Apa kata anda cuba kaedah ini dan kongsikan kepada kami sama ada ia berkesan bagi anda atau tidak. – RELEVAN

    featured kesihatan tidur
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.