Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rumah tidak lagi selamat untuk anak-anak?

    Rumah tidak lagi selamat untuk anak-anak?

    By Zubaidah IbrahimJune 8, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENCABULAN ke atas kanak-kanak dan penderaan fizikal serta emosi yang dilakukan oleh ahli keluarga perlu dicegah sebaik mungkin.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    IBU bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi laporan media baru-baru ini sangat meresahkan hati apabila seorang ibu didakwa sanggup ‘makan’ anak sendiri. Di mana akal fikirannya?

    Jika dahulu kita sering mendengar mengenai perbuatan haruan makan anak, kini seorang ibu juga sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh dengan anak. Lebih parah lagi tergamak merakam aksi jijik itu.

    Tidak dinafikan kes sebegini pernah dilaporkan berlaku di luar negara tetapi di Malaysia ia kedengaran agak janggal. Kemungkinan ada lagi kes-kes amang seksual sebegini yang belum terbongkar di negara ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap – Relevan

    Secara fitrah, seorang ibu dikurniakan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anaknya. Mereka sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi buah hatinya yang tercinta.

    Risau memikirkan nasib generasi masa hadapan apabila melihat laporan media berkaitan isu penganiayaan ibu bapa kepada anak-anak mereka seperti rogol, penderaan fizikal dan mental.

    Keluarga adalah akar kepada kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Namun, jika hal seburuk itu dialami oleh anak-anak bayangkan betapa dalam trauma yang terpaksa dipendam mereka.

    Sekiranya hal sebegini tidak dibendung, di mana tempat anak-anak hendak berlindung dan mengadu jika rumah tidak lagi selamat untuk mereka.

    Di luar rumah pula anak-anak turut diasak dengan pelbagai masalah seperti buli dan sebagainya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan – Relevan

    Keadaan sebegini bagaikan bom jangka dan boleh mendorong mereka untuk melakukan jenayah ataupun sesuatu di luar jangkauan fikiran kerana membesar dalam suasana tidak sihat.

    Oleh itu, anak-anak ini perlu segera dibantu dan tugas tersebut tidak hanya digalas oleh kerajaan mahupun anggota penguat kuasa, tetapi masyarakat sebenarnya memainkan peranan terbesar.

    Jiran-jiran dan sanak saudara antara orang terdekat yang boleh menjadi mata serta telinga untuk melihat keadaan anak-anak disekitar mereka. Kita perlu menjaga tepi kain orang untuk kes-kes sebegini.

    Tidak dinafikan, amalan sebegini agak sukar di bandar kerana masing-masing hanya menjaga urusan sendiri dan tidak hiraukan jiran sekeliling, tetapi mentaliti itu perlu diubah.

    Jalinkan hubungan silaturahim yang baik dengan jiran-jiran, bertanya khabar dan kenali anak-anak mereka.

    Amalan sebegini sangat penting dalam membentuk masyarakat sejahtera.

    Pertolongan boleh segera dihulur jika ada antara jiran yang berada dalam apa jua kesusahan dan kita semua saling menjaga antara satu sama lain. – RELEVAN

    Previous Article7 rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022  
    Next Article 6 tanda kebimbangan kewangan

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.