Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

    5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

    By Umi FatehahMay 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan. - NATIONAL CANCER INSTITUTE/UNSPLASH

    SUDAH berulang kali pakar kewangan menekankan kepentingan ilmu kewangan untuk menjadi individu yang celik ilmu kewangan agar tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan berkaitan dengannya.

    Sebagai orang dewasa, kita sudah tahu di mana dan apa yang perlu dibuat untuk menimba ilmu kewangan. Menuntut ilmu boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada membaca buku kewangan, menonton video nasihat kewangan atau menghadiri kelas-kelas ilmu kewangan.

    Tetapi, sebenarnya ilmu kewangan ini juga penting untuk diajarkan kepada anak-anak. Mengajar ilmu kewangan seawal usia kanak-kanak akan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan wang sejak kecil.

    Buat ibu bapa yang mahu mula mendidik anak-anak berkaitan kewangan, berikut adalah beberapa aktiviti yang mengajar mereka tentang kewangan.

    1. Pemberian wang poket melalui usaha mereka sendiri

    Aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih sedar bahawa untuk mendapatkan wang, mereka perlu berusaha. Anak-anak juga akan belajar menggunakannya dengan lebih berhati-hati kerana sedar akan kesusahan dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wang.

    Ibu bapa boleh menyediakan sistem pemberian wang poket secara mingguan atau bulanan. Sebelum itu, sediakan jadual tugasan harian untuk mereka ikuti. Berikan tugas-tugas seperti siapkan kerja sekolah, kerja harian di rumah dan sebagainya.

    Elaun atau wang poket boleh diberikan dalam bentuk tunai atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan di bawah Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji bagi kegunaan mereka pada masa hadapan. 

    Sekiranya mereka mahu membelanjakan untuk membeli keinginan sebagai ganjaran, tetapkan jumlah had agar tidak terlebih berbelanja.

    1. Berbincang berkaitan kewangan di rumah

    Bersikap terbuka dan jujur tentang kewangan keluarga mungkin tidak semua ibu bapa mahu lakukan tetapi ia cara yang baik untuk mengajar mereka mengapa pengurusan kewangan yang baik itu penting dalam kehidupan. 

    Ibu bapa sering bimbang bahawa terlalu berterus terang hanya akan menimbulkan kebimbangan, terutamanya apabila mengalami kehilangan pekerjaan atau masalah keluarga yang lain. 

    Tetapi, anak-anak akan lebih bersedia untuk menangani isu jika mereka tahu cara yang betul untuk bertindak balas. 

    Terangkan tentang belanjawan dan bagaimana mahu berbelanja mengikut belanjawan yang disediakan. Selain itu, terangkan juga kepada mereka apa itu perbelanjaan mengikut keperluan dan kemahuan.

    1. Dedahkan tentang pelaburan

    Salah satu kunci kepada kestabilan kewangan dalam jangka masa panjang ialah mengetahui cara melabur dengan bijak. Selain itu, penting juga untuk mereka tahu apa itu saham, bon dan ajarkan bagaimana sistem pelaburan ini berfungsi.

    Sebagai contoh, ibu bapa sudah biasa melabur menggunakan robo-advisor. Jadi mereka membuka akaun yang baharu untuk melabur wang yang anak-anak sudah simpan. Ajarkan kepada mereka bagaimana wang mereka dilaburkan dan bertambah melalui pelaburan.

    1. Main permainan berkaitan kewangan

    Permainan papan (board games) seperti Monopoly dan Jutaria boleh membantu kanak-kanak mempelajari kepentingan berjimat cermat. 

    Hari gaji yang tiba setiap kali satu pusingan permainan habis antara yang terbaik untuk mengajar kanak-kanak kemahiran pengurusan wang yang berharga di mana pemain perlu membuat perbelanjaan wang mereka.

    Mereka boleh membeli barangan, membuat pinjaman dan belajar membuat belanjawan sendiri. Permainan ini juga boleh memberikan pengajaran berharga dengan peserta memilih hartanah atau strategi pembelian yang menghasilkan hasil terbesar dan mengukur risiko berbanding ganjaran dengan setiap langkah yang mereka lakukan.

    1. Libatkan mereka dalam pembelian barangan kehendak

    Setiap ibu bapa tahu bagaimana rasanya dibanjiri dengan permintaan untuk membeli mainan atau permainan video. Kanak-kanak yang lebih muda, khususnya, tidak faham bahawa belanjawan bulanan sudah ditetapkan dan wang yang diasingkan untuk membeli barangan di luar keperluan tidak banyak.

    Tetapi, ajarkan kepada mereka jika betul-betul mahu membeli set Lego baharu atau Robux dalam permainan Roblox, mereka perlu membayar separuh daripada harga barang tersebut dengan wang mereka sendiri. Pasti mereka berasa teragak-agak untuk membeli permainan yang diinginkan. 

    Cara ini juga akan mengajar mereka kepentingan wang, harga barang dan mengawal nafsu keinginan. – RELEVAN

    featured jutaria kanak-kanak kewangan monopoly
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.