Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan

    5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan

    By Umi FatehahAugust 16, 2022Updated:August 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pendapatan pasif berpotensi menjadi alternatif baik untuk membantu menjana aliran tunai tambahan - Foto oleh Karolina Grabowska/Pexels

    SITUASI ekonomi negara kini secara tidak langsung menambah kebimbangan rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan.  Rata-rata keluhan yang didengari masyarakat apabila ditanya keadaan kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Gaji pekerjaan utama masing-masing bagaikan tidak mencukupi untuk membiaya segala komitmen dan hutang. Namun, terdapat beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan di samping menjalankan tanggungjawab untuk pekerjaan utama. Salah satunya ialah menjana pendapatan pasif. 

    Pendapatan pasif merujuk kepada sejenis pendapatan yang diperoleh dengan tenaga kerja yang minimum dan kebiasaannya dilakukan pada waktu lapang.  

    Dengan pendapatan pasif, wang akan sentiasa mengalir masuk ketika anda meneruskan pekerjaan utama. Jika anda mempunyai kebimbangan untuk mengukuhkan kewangan atau ingin menabung untuk hari tua selepas bersara, pendapatan pasif mungkin menjadi jawapan yang tepat untuk menyelesaikan kegelisahan berkaitan kewangan. 

    Relevan huraikan lebih lanjut untuk membantu anda menjana pendapatan pasif menurut perkongsian Bankrate.

    • Komisen menulis (writing commission)

    Jika mempunyai hobi dan minat dalam bidang penulisan, tiba masanya untuk menjadikan hobi anda sebagai pendapatan pasif.  Terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan komisen dengan menulis.  Antaranya ialah menulis e-book.  Pilih genre mengikut keselesaan dan jual hasil tulisan di platform seperti Wattpad, Amazon Kindle dan Rakuten Kobo.

    Selain menulis e-book, anda juga boleh menceburi bidang penulisan kreatif.  Penulisan kreatif kekal menjadi permintaan tinggi dalam kalangan usahawan.  Mereka memerlukan penulisan kreatif bagi membantu menjual produk mereka di pasaran.  

    • Pemasaran afiliasi (affiliate marketing) 

    Pemasaran afiliasi merujuk kepada aktiviti mempromosikan produk pihak ketiga dengan menyertakan pautan ke produk tersebut di akaun media sosial.  Jika akaun media sosial anda mempunyai pengikut yang ramai, pemasaran afiliasi akan menguntungkan kerana komisen bergantung kepada seberapa ramai yang klik pada pautan yang anda sediakan.

    Apabila pelawat klik pautan dan membuat pembelian daripada afiliasi pihak ketiga, pemilik tapak memperoleh komisen. Komisen mungkin berkisar antara 3 hingga 7 peratus, jadi ia mungkin akan memerlukan trafik yang banyak ke akaun anda untuk menjana pendapatan yang tinggi.

    Media sosial yang sesuai untuk melakukan pemasaran afiliasi ialah di Twitter dan TikTok kerana mempunyai jumlah pengguna yang tinggi.  Gunakan kreativiti anda untuk mempromosikan sesuatu produk dan sertakan pautan yang berkaitan.

    Di samping melayari media sosial, apa kata anda mula menjana pendapatan pasif melalui media sosial pula?

    • Siaran tajaan di media sosial

    Adakah anda mempunyai pengikut yang banyak di media sosial seperti Instagram atau TikTok? Dapatkan perhatian perniagaan yang semakin berkembang membayar anda untuk menyiarkan tentang produk mereka atau menampilkannya di profil media sosial anda.

    Anda perlu terus meningkatkan nilai profil anda dengan terus menghasilkan kandungan yang dapat menarik minat khalayak ramai. Semakin banyak pengikut, semakin tinggi engagement yang anda akan dapat.

    • Menjual templat atau rekaan 

    Mulakan dengan rekaan anda sendiri dan melihat tema atau perkara yang menarik minat serta permintaan yang tinggi. Manfaatkan minat yang meningkat dalam isu semasa seperti musim perayaan dan hasilkan templat yang boleh diedit supaya orang ramai boleh menyesuaikan mengikut keinginan masing-masing.

    Antara platform yang menjadi tumpuan pasaran ialah Canva dan Pinterest.  

    • Menceburi bidang pelaburan

    Bagi anda yang berminat untuk mencuba melabur dengan menggunakan khidmat robo advisor.  Robo advisor atau penasihat robo ialah platform digital yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan dipacu oleh algoritma, dengan minima atau tanpa pengawasan manusia. 

    Robo advisor ditugaskan untuk melabur wang anda ke dalam dana dagangan bursa (ETF), iaitu kumpulan saham, bon atau pelaburan lain seperti emas.

    Tetapi setiap penasihat robo melaksanakan metodologi pelaburan yang berbeza dan peruntukan portfolio anda juga berbeza berdasarkan platform penasihat robo yang anda laburkan.  Sebelum mula melabur, anda dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan untuk menyesuaikan profil dengan keinginan anda. 

    Terdahulu, Relevan melakukan perkongsian berkaitan baik buruk melabur menggunakan robo advisor. Klik pautan yang disediakan untuk pembacaan dan pemahaman lebih lanjut. – RELEVAN

     

    featured pendapatan pendapatan sampingan pendaptan pasif wang
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.