Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022  

    7 rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022  

    By June 8, 2023Updated:June 9, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PKHARUDDIN mengumumkan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022 di Putrajaya pada 8 Jun.- FOTO FAISOL MUSTAFA

    PADA 8 Jun, seramai 373,974 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sudah boleh menyemak keputusan masing-masing sama ada semakan fizikal, dalam talian ataupun sistem pesanan ringkas (SMS).

    Bermula SPM tahun 2021, kesemua mata pelajaran yang diuji adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan pada tahun 2017.

    Tahun ini juga merupakan tahun kedua format baharu peperiksaan SPM diperkenalkan bagi 75 daripada keseluruhan 95 mata pelajaran yang ditawarkan

    Berikut Relevan perincikan rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022 yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pagi tadi.

    1. Daftar calon

    Sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan.

    Jumlah calon ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.85 peratus (%) iaitu 3,460 orang berbanding SPM tahun 2021 iaitu seramai 407,097 orang calon.

    Daripada jumlah calon berdaftar tersebut, 388,832 orang adalah calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

    Jumlah calon baharu yang hadir menduduki peperiksaan pula adalah seramai 373,974.

    1. Gred Purata Nasional (GPN)

    Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah GPN. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

    Pencapaian calon bagi tahun 2022 adalah lebih baik berbanding tahun 2021. GPN tahun 2022 adalah 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021 iaitu perbezaan sebanyak 0.12.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A – Relevan

    1. Gred purata mengikut lokasi

    Pencapaian SPM tahun 2022 bandar dan luar bandar telah menunjukkan peningkatan.

    Oleh itu, jurang pencapaian calon SPM tahun 2022 antara bandar dan luar bandar telah semakin mengecil iaitu sebanyak 0.03 mata berbanding SPM tahun 2021.

    1. Pensijilan SPM

    Syarat pensijilan SPM bermula tahun 2013 menetapkan calon perlu lulus sekurang-kurangnya pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

    Pada tahun 2022, peratus calon yang layak menerima sijil SPM telah menunjukkan peningkatan kepada 91.6% berbanding 88.1% pada tahun 2021.

    Peningkatan ini adalah sebanyak 3.5% dan merupakan pencapaian terbaik sejak 2013 berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan.

    1. Pencapaian calon SPM 2022

    Seramai 10,109 calon SPM 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

    Sebanyak 57.1% (213,624 orang calon) daripada 373,974 orang calon baharu telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 55.3% (211,334 orang calon) pada tahun 2021.

    Perincian pencapaian calon ditunjukkan pada gambar rajah di bawah:

    GAMBAR rajah ini menunjukkan perbandingan pencapaian calon SPM 2022 dengan SPM 2021.
    1. Prestasi mata pelajaran

    Keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 berbanding SPM tahun 2021 menunjukkan sebanyak 69 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 24 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan dua mata pelajaran pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara memohon semak semula – Relevan

    Perinciaan prestasi mata pelajaran seperti berikut:

    • Prestasi bagi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains telah menunjukkan peningkatan.
    • Mata pelajaran Sejarah telah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.23 mata manakala subjek Pendidikan Moral pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 0.07 mata.
    • Sebanyak 52 daripada 70 mata pelajaran elektif pula telah menunjukkan peningkatan prestasi.
    • Tiga daripada empat mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) telah menunjukkan peningkatan.
    • Mata pelajaran Fizik telah mencatatkan peningkatan prestasi yang tertinggi sebanyak 0.08 mata.
    • Mata pelajaran Matematik Tambahan pula menunjukkan penurunan sebanyak 0.15 mata.
    • Bagi mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), mata pelajaran Pertanian telah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.29 mata manakala mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukkan penurunan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.31 mata.
    • Daripada 22 mata pelajaran STEM (MPV), 17 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan prestasi manakala lima mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan.
    • Empat daripada enam mata pelajaran Elektif Bahasa pula telah mencatatkan peningkatan prestasi manakala dua mata pelajaran mencatatkan penurunan.
    • Hampir keseluruhan mata pelajaran Elektif Pengajian Islam telah mencatatkan peningkatan prestasi kecuali mata pelajaran Hifz Al-Quran menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.14 mata.
    • Mata pelajaran Turath Al-Quran dan Al-Sunnah mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 3.06 mata.
    • Sembilan daripada 12 mata pelajaran Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas turut menunjukkan peningkatan prestasi.
    • Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif mencatatkan peningkatan prestasi tertinggi, sebanyak 0.32 mata. 
    • Penurunan sebanyak 0.08 mata pula dicatatkan bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
    • Mata pelajaran Kesenian, peningkatan tertinggi dicatatkan oleh mata pelajaran Reka Bentuk Kraf iaitu sebanyak 0.86 mata manakala mata pelajaran Seni Halus 2D menunjukkan penurunan prestasi iaitu sebanyak 0.61 mata.
    1. Pensijilan calon berkeperluan pendidikan khas

    Seramai 1,490 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2022.

    Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 75.8% CBPK layak memperoleh sijil SPM tahun 2022 berbanding 69.1% pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 6.7% atau 154 calon.- RELEVAN

    featured keputusan semakan spm zubaidah
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.