Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 3)

    Mengapa graduan pendidikan tuntut penempatan? (Bahagian 3)

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 9, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ISU penempatan graduan pendidikan akan berterusan tanpa penyelesaian yang menyeluruh daripada kerajaan. Ia bukanlah masalah untuk graduan secara individu semata-mata, malah boleh mempengaruhi situasi ekonomi dan sosial negara.

    Masalah ini sistemik, bermakna ia perlu diatasi dengan perubahan sistem.  Ia melibatkan sistem pengajian di universiti, sistem pengambilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sehingga penempatan dan penentuan opsyen guru di sekolah.

    Jika semua ini berjaya disusun semula oleh kerajaan, penempatan graduan dapat dilakukan secara sistematik dan matlamat asal untuk meningkatkan kualiti profesion keguruan dapat digerakkan semula.

    Impak ekonomi

    Sebelum pandemik, negara berada dalam kadar guna tenaga penuh selama puluhan tahun. Walau bagaimanapun, ia tidaklah sepenuhnya baik kerana kadar individu yang mempunyai pekerjaan lebih rendah daripada kelayakan juga tinggi.

    Menurut Jabatan Perangkaan, purata 32.7 peratus daripada keseluruhan individu berpekerjaan pada suku pertama 2017 hingga suku keempat 2019 bekerja di bawah taraf kelayakannya. Jumlah ini meningkat kepada 36.8 peratus pada suku ketiga 2020, sebahagian besarnya disebabkan pandemik.

    Terpaksa bekerja di luar bidang menyebabkan kemahiran graduan semakin terhakis. Ini menyukarkan graduan untuk kembali bekerja dalam bidangnya apabila berpeluang. Dalam kes graduan pendidikan, sekiranya belum dapat panggilan penempatan, bekerja dalam bidang pendidikan sektor swasta ialah pilihan terbaik. Namun, bukan mudah untuk mendapat peluang tersebut memandangkan stigma majikan swasta yang takut mengambil graduan pendidikan bekerja.

    Lebih ramai yang bekerja di bawah taraf kelayakannya juga menyebabkan individu tersebut sukar keluar dari perangkap kemiskinan. Kerja-kerja tersebut  menawarkan gaji yang rendah sekali gus, mengurangkan kemampuan individu untuk berbelanja. Dalam jangka masa panjang, ia boleh mengakibatkan penyusutan permintaan pengguna dan memberi kesan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

    Ramai dalam kalangan graduan pendidikan bekerja di luar bidang dengan tawaran gaji rendah seperti yang diterangkan dalam artikel ini. Hal ini jika dibiarkan berterusan akan memberi kesan kepada ekonomi individu dan negara.

    Impak sosial

    Hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti profesion keguruan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak akan tercapai jika sistem pengambilan guru masih kucar-kacir seperti ketika ini. 

    Walaupun tujuannya positif, pelaksanaannya perlu selari agar apa yang diimpikan dapat dicapai. Ketika ini, sistem permohonan dan temu duga tidak dapat menjadi penyaring kualiti guru yang komprehensif kerana di sekolah-sekolah masih terdapat guru yang mengajar bukan opsyen dan kekosongan tidak dapat diisi sepenuhnya.

    Keluhan graduan pendidikan muzik menjelaskan perkara ini apabila mereka sukar mendapat penempatan sedangkan di sekolah-sekolah, guru yang mengajar pendidikan muzik ramai yang bukan dari bidang tersebut. Pendidikan muzik bukanlah subjek yang boleh diajar oleh sesiapa sahaja tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang itu.

    Potensi graduan juga banyak yang terbazir kerana ilmu mereka dalam subjek minor yang diambil di universiti tidak dimanfaatkan. Ramai graduan mengeluh kerana tidak dipertimbang untuk mengajar subjek minor apabila subjek major mereka tidak banyak kekosongan untuk diisi.

    Kualiti guru merupakan elemen penting dalam usaha membangunkan pendidikan negara. Jika ikhtisas graduan pendidikan tidak dipandang, segala ilmu yang dituntut selama empat tahun di universiti tidak dapat dimanfaatkan.

    Dilema graduan

    Dalam keadaan sekarang, graduan hanya punya dua pilihan. Pilihan pertama, terus menunggu penempatan yang tidak pasti demi cita-cita kuat untuk menjadi guru. Graduan yang mengambil pilihan ini mungkin terpaksa menanggung cabaran menampung kehidupan kerana kesukaran mendapatkan pekerjaan sementara menunggu peluang penempatan.

    Jika cabarannya tinggi, graduan ini akan menjadi sebahagian daripada statistik bekerja di bawah taraf kelayakan negara. Kuasa membelinya rendah kerana pendapatan yang rendah dan beban kebajikan yang ditanggung kerajaan perlu disalurkan kepada mereka yang sebenarnya berpotensi menjana pendapatan sederhana dan tinggi sendiri, tetapi dinafikan peluang.

    Pilihan kedua, lupakan terus impian menjadi guru dan mencari peluang pekerjaan di luar bidang dengan taraf serta kadar gaji yang berpatutan. Untuk mendapatkan pekerjaan di luar bidang yang menjamin masa hadapan, majikan memerlukan jaminan daripada graduan untuk tidak hilang selepas menerima peluang penempatan.

    Kebanyakan mereka yang berjaya mendapat pekerjaan yang baik di luar bidang pendidikan perlu memberikan jaminan ini dalam temu duga. Namun, bukan semua graduan pendidikan sanggup melupakan impian menjadi guru yang telah dipasak dalam pemikiran mereka sejak langkah pertama menjadi pelajar pendidikan. 

    Buat yang mempersoal perjuangan graduan pendidikan menuntut penempatan, tiga bahagian analisis ini menjawab soalan anda. Boleh baca bahagian pertama di sini dan kedua di sini. Semoga urusan graduan pendidikan menuntut hak penempatan mereka dipermudah. – RELEVAN

    featured graduan PAKK graduan pendidikan kerjaya pendidikan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.