Facebook Twitter
    Trending
    • Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia
    • 7 cara elak kecederaan ketika di gim
    • Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya
    • Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka
    • Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman
    • Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu
    • Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat
    • Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 cara elak kecederaan ketika di gim

      September 2, 2025

      Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

      August 29, 2025

      Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

      August 26, 2025

      Puasa atau berlapar mampu mencegah pembiakan sel kanser

      August 22, 2025

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025
    • Kewangan

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025
    • Pendidikan

      Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

      August 29, 2025

      Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

      August 27, 2025

      Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

      August 27, 2025

      Jalur gemilang bukan sekadar bendera

      August 27, 2025

      Merdeka dari buli: Membina generasi Madani

      August 26, 2025
    • Kerjaya

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting

    Tentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting

    By May 8, 20238 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FILEM Good Will Hunting lebih banyak meneroka sisi psikologi wataknya. - RELEVAN

    SUDAH banyak filem tentang genius dihasilkan tetapi saya sentiasa tertarik dengan Good Will Hunting.

    Mungkin kerana ia membawa kisah budak jalanan; ranggi dan menepati cita rasa budak kampung seperti saya. Mungkin juga kerana suara kasar Skylar dengan telor British yang menggoda.

    Tapi selepas ditilik-tilik, saya fikir tarikan utamanya ialah penerokaan terhadap trauma yang dihadapi watak-wataknya.

    Bukan hanya satu watak. Will Hunting yang diperankan Matt Damon memang menarik tetapi saya lebih berminat dengan watak Sean Maguire lakonan Robin Williams.

    Ini lakonan terbaik Robin, pada hemat saya yang cetek ilmu filem. Berbeza dengan peranan lazimnya yang cenderung komedi, Sean lebih serius dan mendalam. Dalam banyak keadaan, dia berbicara dengan mata, bukan mulut Robin Williams yang kaya lelucon.

    Watak Sean yang menjadikan Good Will Hunting unik. Berbanding menjejak muasal kecerdasan matematik Will, filem ini meneroka lebih jauh tentang psikologi.

    Artikel ini penuh dengan spoiler. Baca atas risiko sendiri jika belum menonton.

    •  “Because trust…is life”

    Dalam babak yang memperkenalkan penonton kepada Sean, dia sedang mengajar dalam sebuah kelas kaunseling di kolej komuniti. Babak tersebut memberi bayangan tentang cara Sean menembusi personaliti Will dalam sesi kaunseling mereka selepas itu.

    Sean tanyakan kepada pelajarnya, mengapa kepercayaan menjadi perkara terpenting dalam satu sesi kaunseling? Seorang pelajar bernama Vinnie menjawab, “because trust… trust is life”.

    Jawapan itu disambut sindiran oleh Sean sebelum dia menjelaskan: tanpa kepercayaan, klien tidak akan berterus terang dengan kaunselor. Dan itu menjadi rahsia kejayaan Sean menembusi Will, dia dapat kepercayaan Will.

    •  “You’re just a kid”

    Detik paling tegang dalam filem ini adalah apabila Sean mencekak baju Will selepas pemuda itu mengkritik lukisannya. Will cuba mencari titik rapuh Sean dan dia jumpa: ia ada pada mendiang isteri Sean.

    Detik tegang itu dilerai dalam suasana yang sangat tenang. Di atas bangku di tepi tasik, dalam pertemuan keduanya dengan Will, Sean menjelaskan pandangannya tentang anak muda itu.

    Ya, Will genius. Dia boleh ingat semua perkataan yang dibaca dan dia boleh menyelesaikan masalah matematik yang rumit dengan cepat. Namun, dia hanya seorang remaja. Dia tahu tentang perang tapi tak pernah melalui perang. Dia tahu tentang cinta tapi tak pernah berani merapuhkan diri sendiri untuk mencintai orang lain sepenuh hati.

    Itu kali pertama kali Will terkedu mendengar kata-kata orang lain. Itu bukaan pertama pada pintu psikologi Will. Sean orang pertama yang berjaya membuka pintu itu.

    •  “She farts in her sleep!”

    Menjelang pertemuan yang entah ke berapa kali, Will semakin selesa dengan Sean. Dia membuka cerita tentang kekasihnya, Skylar dan Sean mengajarkan kita kebenaran tentang cinta.

    Kesediaan untuk menjemput seseorang masuk ke dunia kecil kita yang serba pelik ialah tanda cinta sejati. Kita semua ada tabiat pelik. Tabiat pelik itu yang akan dikenang apabila takdir menulis kita perlu berpisah suatu hari nanti.

    Tentang kentut dalam tidur, dengkur yang aneh: idiosinkrasi itu bertukar menjadi bahasa rindu yang eksklusif kerana hanya kita yang tahu tabiat pelik pasangan kita. Ia tidak didedah kepada kawan atau mungkin keluarga.

    •  “Super philosophy”

    Sebelum membuka kisah mendiang isterinya yang kentut dalam tidur, Sean menyampaikan pesan penting yang melekat dalam kepala Will sehingga ke akhir cerita.

    Will bercerita tentang Skylar: tentang kesempurnaannya sebagai seorang gadis. Tapi Will belum mahu menghubungi Skylar selepas temu janji pertama mereka. Will takut jika dia kenal Skylar dengan lebih dalam, dia jumpa kelemahannya dan wanita itu tidak lagi sempurna.

    “Itu super philosophy,” kata Sean. “Dengan cara itu, awak boleh lalui hidup tanpa perlu kenal sesiapa.”

    Sebab Will, sebagai seorang remaja, belum boleh menghargai ketidaksempurnaan. Dia takut untuk bergerak, dia terlalu pesimis. Maka, Sean buka kisah kentut dalam tidur.

    Dan Sean menjelaskan, tidak ada siapa yang sempurna. Tidak Will, tidak Skylar, tidak juga mendiang isterinya. Soalan yang lebih penting, adakah ketidaksempurnaan kita sempurna untuk pasangan kita?

    • “Sorry, guys. I gotta see about a girl.”

    Apabila hubungan mereka semakin baik, Sean dan Will banyak menghabiskan masa terapi dengan bercerita tentang perasaan. Pada satu petang, Will bertanya tentang penyesalan.

    Dia tahu Sean terseksa sejak pemergian isterinya. Rindu yang semakin hari semakin tebal bukan mudah untuk ditanggung. Jadi Will bertanya, adakah dia sesal bertemu isterinya yang hari ini telah pergi dan meninggalkan luka yang dalam?

    Tidak pernah, kata Sean. Dan dia berkongsi kisah yang sempurna. 

    Sean bertemu isterinya pada hari yang bersejarah untuk peminat pasukan besbol Boston Red Sox. Walaupun mempunyai tiket, Sean tidak hadir ke perlawanan bersejarah itu kerana memilih untuk meluangkan masa bersama gadis yang dia baru jumpa.

    “Sebab itu saya tak bercerita tentang gadis yang saya jumpa di bar 20 tahun lalu, bagaimana saya menyesal tak menegurnya pada hari itu.

    “Saya tak menyesali 18 tahun perkahwinan dengan Nancy. Saya tak menyesal mengorbankan kaunseling selama enam tahun apabila dia sakit. Dan saya tak menyesali tahun-tahun terakhir dia betul-betul sakit.

    “Pastinya saya tak menyesal terlepas perlawanan itu,” katanya.

    •  “I could always just play.”

    Susah untuk kita faham apa maknanya menjadi genius, lebih-lebih lagi kalau kita tak dikurnia kelebihan itu. Itu yang berlaku pada Skylar. Dia berjaya menjadi pelajar di universiti yang sangat terkemuka, iaitu Harvard. Namun, Will jauh lebih bijak daripadanya.

    Untuk menjelaskan kepintarannya, Will mengambil contoh pemuzik legenda seperti Mozart dan Beethoven. Mereka dikurnia bakat menghasilkan muzik yang terus dikagumi sehingga kini.

    “Apabila mereka melihat piano, mereka boleh terus main,” kata Will. Merujuk kepada kepintarannya, Will berkata, “Untuk hal-hal sebegitu, saya boleh terus main.”

    Ia kurnia dan Will sendiri tidak pasti mana datangnya. Hal matematik atau sains, he could always just play.

    •  “I don’t love you.”

    Hubungan Will dengan Skylar semakin rapat, terutamanya buat Skylar yang sudah jatuh hati sepenuhnya kepada lelaki genius itu. Tapi Will belum bersedia mendedahkan segalanya kepada Skylar. Dia belum mahu jadi rapuh.

    Apabila Skylar mencadangkan supaya Will mengikutinya ke California, mata Will bergenang dengan rasa takut. Dia membentak dan marah-marah.

    Akhirnya, ketika Skylar teresak meminta kepastian dari Will, lelaki itu memandang dalam ke matanya dan berkata, “I don’t love you”.

    Will tidak menipu ketika itu kerana traumanya terhadap perhubungan mengatasi rasa cintanya kepada Skylar.

    •  Ramanujan

    Nama Ramanujan mula timbul ketika Sean bertemu Gerald di sebuah bar. Gerald mahu Sean faham, dia mahu Will jadi seperti Srinivasa Ramanujan, seorang genius dari India yang tiada pendidikan formal tetapi menjadi ahli matematik terbaik dalam sejarah.

    Untuk itu, Will perlu ditekan dan motivasi hidupnya perlu dibentuk. Otaknya perlu dibasuh dengan keinginan untuk memberi manfaat kepada dunia.

    Tapi Sean tahu, itu bukan caranya. Will nampak gagah dan keras tetapi dalam hatinya penuh ketakutan dan trauma. Untuk mengubah haluan hidupnya, Will perlukan masa.

    Sebab itu apabila Gerald berkeras mahu membentuk Will mengikut acuannya, Will memberontak. Kertas yang mengandungi pengiraan matematik dibakar dan Gerald berlari menyelamatkannya. 

    Manusia sekeras Will tidak boleh dibentuk dengan paksaan, semakin diketuk semakin melantun. Will bukan Ramanujan.

    •  “I’ll ******* kill you.”

    Chuckie merupakan watak sampingan penting dalam filem ini. Dia bagaikan abang kepada Will. Apabila Will mahu membelasah pembulinya waktu tadika, Chuckie tidak bertanya apa-apa. Dia bersedia untuk membantu.

    Tapi Chuckie tidak menurut semua kata-kata Will. Ketika berehat daripada kerja pembinaan mereka, Chuckie bertanya tentang masa depan Will dan kerja-kerja matematiknya. Will tak mahu teruskan, dia mahu terus tinggal di pinggir bandar Boston, jadi buruh kasar sampai ke tua.

    “Aku kawan baik kau jadi jangan salah faham. Kalau lagi 20 tahun, kau masih tinggal di sini. Datang rumah aku tengok perlawanan Patriots, masih kerja pembinaan, aku akan bunuh kau,” kata Chuckie.

    Chuckie tidak bermimpi besar kerana dia tahu kemampuannya. Tapi mimpinya besar untuk Will kerana dia tahu kemampuan Will.

    Pada detik itu, dia yakinkan Will yang rakannya itu ada kurnia. Cuma Will takut untuk menggunakan kurnia yang dia ada.

    •  “It’s not your fault.”

    Di pejabat Sean, dia bergaduh dengan Gerald. Gerald masih berkeras mahu membentuk Will mengikut acuannya tetapi Sean membantah.

    Sean jelaskan, Will menolak untuk maju dan mempercayai orang kerana traumanya. Itu cara Will melindungi diri sendiri.

    Will terdengar mereka bergaduh. Gerald keluar dan sesi terapi terakhir mereka berlangsung.

    Will dan Sean berkongsi trauma masing-masing. Kedua-duanya pernah didera dan disakiti ketika kecil.

    Pengalaman hitam itu membuatkan hati Will keras. Dia tidak sewenang-wenangnya percaya pada orang dan dia mahu hidup dalam zon nyamannya sampai tua.

    10 kali Sean ulang, “it’s not your fault”. Will menangis dan memeluk Sean. Babak ketiga bermula.

    •  “He’s not there.”

    Filem ini dibuka dengan babak Chuckie memandu kereta buruknya ke rumah Will. Dia keluar dari kereta, mengetuk pintu rumah Will dan mereka bersama-sama bergerak ke tempat kerja.

    Dalam babak di tapak pembinaan, Chuckie memberitahu impiannya. Dia mengimpikan ketibaan satu hari, apabila dia datang ke rumah Will, rakannya itu tidak menyahut ketukan pintunya. Will tiba-tiba pergi tanpa ucapan selamat tinggal.

    Hari itu akhirnya tiba. Chuckie dan kawan-kawannya lain sampai di rumah tapi tiada siapa yang menyahut ketukan pintunya. – RELEVAN

    featured filem pendidikan

    Artikel berkaitan

    Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

    September 3, 2025

    7 cara elak kecederaan ketika di gim

    September 2, 2025

    Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

    September 2, 2025

    Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

    August 29, 2025

    Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

    August 29, 2025

    Kenapa IQ anak terganggu: Apa yang ibu bapa perlu tahu

    August 29, 2025
    Artikel Terkini

    Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

    September 3, 2025

    7 cara elak kecederaan ketika di gim

    September 2, 2025

    Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

    September 2, 2025

    Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

    August 29, 2025

    Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

    August 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.