Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: PLKN, kanak-kanak autistik dan pembangunan AI

    Belanjawan 2025: PLKN, kanak-kanak autistik dan pembangunan AI

    By Umi FatehahOctober 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: PLKN, kanak-kanak autistik dan pembangunan AI. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    BELANJAWAN 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim menggariskan beberapa pelan dan inisiatif dari sudut pendidikan untuk masa depan generasi muda rakyat Malaysia.

    Menurut Anwar, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimulakan secara permulaan dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. 

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.

    Di samping itu, kerajaan cakna dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik.

    Justeru itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memenuhi kebajikan pendidikan untuk anak-anak autistik melalui:

    • 11 Pusat Permata baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Pembinaan akan melibatkan beberapa negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
    • Dua sekolah baharu murid berkeperluan khas juga dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta. Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.
    • Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,000 murid Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta.
    • Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak. Usaha tersebut bakal memanfaatkan 30,000 anak autisme dengan dana RM15 juta.
    • Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terangkum, RM10 juta disediakan untuk membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melengkapkan kemudahan pembelajaran.
    • Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaatkan komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta.
    • Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 berbanding RM4,000 pada tahun lalu.

    Pendidikan kecerdasan buatan (AI)

    Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan hasil yang positif dalam masa yang singkat.

    Kerajaan berpendapat usaha membangunkan pendidikan AI di negara ini memberi harapan memandangkan ada petanda institusi pendidikan negara sudah menuju ke arah kecemerlangan.

    Justeru, kerajaan akan memperluas pendidikan berkaitan AI ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta berbanding RM20 juta pada tahun sebelumnya. Rancangan kerajaan untuk merealisasikan matlamat itu adalah seperti berikut:

    • Universiti Malaya (UM) menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi mengatasi masalah penyakit maut seperti kanser.
    • Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber.
    • Universiti Sains Malaysia (USM) menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
    • Kerajaan akan terus menyuburkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta.
    • Dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditingkatkan kepada RM600 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
    • Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment (MSE) turut disediakan dana sebanyak RM170 juta. Tabung ini akan dimanfaatkan untuk menyediakan geran padanan untuk badan swasta dan industri memacu program R&D.
    • Program Malaysia Techlympics dengan peruntukan RM10 juta terus diperhebat sebagai dorongan bagi melahirkan anak tempatan yang pakar dalam bidang robotik dan teknologi AI. – RELEVAN
    autistik belanjawan Belanjawan 2025 featured plkn
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.