Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 sebab untuk berhenti kerja yang anda suka

    5 sebab untuk berhenti kerja yang anda suka

    By Umi FatehahMay 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 sebab untuk berhenti kerja yang anda suka. - NICK FEWINGS/UNSPLASH

    ADAKAH anda pernah terfikir untuk berhenti kerja yang anda suka? Jangan risau, ramai lagi yang mempunyai perasaan yang sama. Menurut Biro Statistik Buruh di Amerika Syarikat, kebiasaannya pekerja akan bekerja di tempat kerja yang sama selama kira-kira empat tahun sebelum membuat keputusan untuk menukar syarikat.

    Kebanyakan individu yang berasa berat untuk meninggalkan pekerjaan yang mereka sukakan disebabkan beberapa kebimbangan. Mereka mahu kekal berkhidmat di syarikat yang sama tetapi mungkin sudah sampai tempoh untuk menukar syarikat demi perkembangan kerjaya.

    Mungkin anda merasakan sudah bosan dengan rutin yang sama bertahun-tahun, perjalanan ulang-alik ke tempat kerja yang terlalu panjang atau mungkin juga inginkan gaji yang lebih besar. 

    Sebelum itu, semak tanda-tanda ini sama ada sudah tiba masanya untuk berhenti kerja yang anda suka atau pertimbangkan untuk terus bekerja.

    1. Gaji yang lebih tinggi

    Sebab yang paling jelas untuk berhenti kerja yang anda suka adalah bagi mendapatkan lebih banyak wang. Tidak kiralah betapa anda seronok dan menyukai kerja yang dilakukan sekarang tetapi jika gaji yang diberikan tidak dapat menampung perbelanjaan penting dalam kehidupan, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerja.

    Sebelum memulakan pencarian kerja atau berhenti, kenal pasti nilai diri anda dalam pasaran kerja hari ini. Sebenarnya, penting untuk anda memastikan bahawa kemahiran yang dimilki  sebenarnya boleh mendapat gaji yang lebih besar.

    1. Keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik

    Adakah pekerjaan anda kini menghalang perkembangan dalam kehidupan? Mungkin anda perlu bergelut mengimbangi antara tanggungjawab keluarga dengan tugas profesional. 

    Mungkin perjalanan ulang-alik ke tempat kerja yang memakan masa menjadi penghalang untuk melakukan tugas seharian selain bekerja. Hal ini membuatkan anda hanya boleh meluangkan masa yang sedikit sahaja untuk fokus pada keluarga atau hobi.

    Faktor ini boleh menjadi tanda bahawa sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pilihan pekerjaan lain yang lebih sesuai untuk kedudukan anda dalam kehidupan anda sekarang.

    1. Perubahan suasana

    Faktor ini mungkin bersesuaian dengan anda yang mungkin mahu tinggal lebih dekat dengan ahli keluarga atau tempat tinggal. Boleh jadi juga sekiranya anda mahu mengubah suasana kerana sudah bosan berada dalam persekitaran yang sama. 

    Perubahan suasana tidak semestinya sekadar menukar syarikat. Anda juga boleh mencuba suasana di bandar atau negara lain.

    1. Prospek jangka panjang lebih baik

    Adakah anda seolah-olah terperangkap di tangga kerjaya dan tidak lagi boleh memanjat anak tangga yang lebih tinggi? Atau mungkin juga anda sudah menjangkakan kenaikan pangkat tetapi tidak menerima apa-apa surat kenaikan pangkat?

    Jika masa depan syarikat tidak berkembang seperti yang dijangkakan, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pencarian kerja baharu. 

    Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Tidak salah juga untuk anda melihat peluang yang lebih besar bagi meningkatkan taraf kerjaya di bawah syarikat.

    1. Tiada ruang lagi untuk anda berkembang

    Adakah anda telah memaksimumkan apa yang boleh dicapai dalam pekerjaan? Jika ya, anda mempunyai beberapa pilihan. 

    Anda boleh pilih untuk kekal dalam jangka panjang jika memang sudah mencapai matlamat kerjaya dan tidak mengharapkan lebih daripada apa yang ada. Atau anda boleh mempertimbangkan berpindah ke syarikat yang mempunyai lebih banyak pilihan untuk pertumbuhan kerjaya yang lebih besar. – RELEVAN

    Previous ArticleTanpa etika dan tanggungjawab, kebebasan media tiada makna
    Next Article Tentang trauma dan kepercayaan: 11 renungan tentang filem Good Will Hunting

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.