Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Badan seorang lelaki dipenuhi telur cacing pita, ramai panik

    Badan seorang lelaki dipenuhi telur cacing pita, ramai panik

    By Zubaidah IbrahimMay 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DOKTOR Souza berkongsi gambar imbasan X-ray seorang lelaki yang menghidap cysticercosis dan badannya dipenuhi dengan telur cacing pita di akaun Twitter miliknya.

    DOKTOR dari Brazil baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan berkongsi gambar imbasan X-ray seorang lelaki yang menghidap cysticercosis dan badannya dipenuhi dengan telur cacing pita (cysticerci)  yang tidak aktif.

    Petugas dari Hospital Das Clínicas, Botucatu, Sao Paulo, Doktor Vitor Borin de Souza berkongsi gambar X-ray di Twitter miliknya untuk menunjukkan kepada pengikutnya betapa teruknya jangkitan cacing pita.

    Beliau menjelaskan bahawa bintik-bintik putih kelihatan di seluruh badan dan lengannya adalah telur cacing pita berikutan jangkitan dengan parasit usus biasa.

    “Nasib baik, pesakit ini datang buat pemeriksaan berikutan batuk yang berterusan.

    “Dia bertuah, jangkitan tersebut tidak berbahaya kerana semua telur cacing pita itu tidak mampu berkembang hidup,” katanya.

    Walaupun dianggap jarang berlaku di Brazil, dengan kurang daripada 150 ribu kes setahun, cysticercosis adalah penyakit yang disebabkan oleh ‘pengambilan’ telur cacing pita.

    Ia biasanya berlaku dalam perumah cacing pita dan perantaraan yang biasanya seperti babi dan lembu.

    Namun, manusia kadang kala boleh menjadi perumah perantaraan juga. Hampir mana-mana atau semua organ manusia boleh dijangkiti telur parasit.

    ARTIKEL BERKAITAN: Saintis menjumpai ‘virus zombi’ pada tasik beku yang mencair di Rusia – Relevan

    “Perkara ini sangat mengerikan untuk dibayangkan dan lebih sukar untuk dilihat. Cysticercosis adalah kebimbangan sebenar di negara-negara yang peraturan asas kebersihan sering diabaikan.

    “Walaupun mana-mana organ boleh dijangkiti cysticerci tetapi otak adalah yang paling bermasalah.

    “Neurocysticercosis menyebabkan 50,000 kematian setiap tahun dan merupakan punca paling biasa epilepsi diperoleh di seluruh dunia,” jelasnya.

    Kajian menunjukkan bahawa cysticercosis besar-besaran seperti kes yang dipaparkan dalam X-ray Dr. Souza berlaku kepada pesakit imunosupresi yang mempunyai sistem imun lebih lemah.

    Sementara itu, menurut Mayo Clinic, cacing pita adalah parasit yang boleh hidup dan makan dalam usus manusia. Ini dipanggil jangkitan cacing pita.

    Cacing pita yang muda dan tidak aktif dipanggil sista larva. Ia boleh kekal hidup di bahagian lain badan dan ini dipanggil jangkitan sista larva.

    Cacing pita di dalam usus sering menyebabkan gejala ringan manakala gejala sederhana hingga teruk mungkin termasuk sakit perut dan cirit-birit.

    Bagi sista larva pula boleh menyebabkan penyakit serius jika ia berada di dalam otak, hati, paru-paru, jantung atau mata seseorang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ujian genetik kesan masalah kesihatan peringkat awal – Relevan

    Jangkitan cacing pita dirawat dengan ubat antiparasit. Rawatan untuk jangkitan sista larva pula mungkin termasuk ubat antiparasit dan pembedahan untuk membuang sista. 

    Ubat lain juga boleh digunakan untuk merawat gejala.

    Gejala jangkitan bergantung kepada tempat jangkitan berlaku di dalam badan.

    Jangkitan cacing pita dalam usus

    Cacing pita dalam usus mungkin tidak menimbulkan gejala. Keterukan gejala bergantung kepada bilangan cacing pita malah setiap gejala yang dialami itu berbeza-beza.

    Beberapa gejala lebih cenderung dengan spesies cacing pita itu sendiri. Antara gejalanya termasuklah:

    •   Sakit perut atau rasa macam nak muntah
    •   Hilang selera makan
    •   Cirit-birit
    •   Pengurangan berat badan
    •   Bergas
    •   Mengidam makanan masin

    Jangkitan sista larva

    Gejala jangkitan sista larva bergantung pada tempat ia menyebabkan penyakit dalam badan.

    Sekiranya sista larva di otak atau tulang belakang, ia boleh menyebabkan gejala berikut:

    •   Sakit kepala
    •   Sawan
    •   Pening
    •   Sakit saraf di tulang belakang atau anggota badan
    •   Kelemahan otot
    •   Penyelarasan yang lemah
    •   Perubahan dalam pemikiran atau tingkah laku

    Dalam pada itu, jangkitan sista larva di organ lain pula boleh menjejaskan cara organ tersebut berfungsi.

    Dalam sesetengah kes, ketulan boleh dirasai. Terdapat juga kesakitan dan bengkak di tempat jangkitan sista larva.- RELEVAN

    Previous ArticleMembeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati
    Next Article Kegatalan pada lidah selepas makan nanas? Ini penjelasan dan cara mengurangkannya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.