Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Saintis menjumpai ‘virus zombi’ pada tasik beku yang mencair di Rusia

    Saintis menjumpai ‘virus zombi’ pada tasik beku yang mencair di Rusia

    By Umi FatehahNovember 30, 2022Updated:November 30, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Saintis menjumpai ‘virus zombi’ pada tasik beku yang mencair di Rusia. - Gambar Hiasan Unsplash

    PARA saintis di Perancis menzahirkan kebimbangan selepas ‘virus zombi’ yang sebelum ini membeku dalam sebuah tasik di Rusia selama 50,000 tahun telah mula mencair.

    Menurut kajian oleh ahli mikrobiologi, Jean-Marie Alempic dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, perubahan iklim dan suhu dunia telah menyebabkan permafros (lapisan ais bawah permukaan tanah tebal yang kekal di bawah takat beku sepanjang tahun) telah mula mencair dan tidak dapat dibekukan semula. 

    Perkara ini telah menyebabkan pembebasan bahan organik beku yang berusia jutaan tahun termasuk patogen (mikroorganisma yang menyebabkan penyakit) berbahaya. Bahan ini kebanyakannya terurai menjadi karbon dioksida dan metana yang meningkatkan lagi kesan rumah hijau. 

    “Sebahagian daripada bahan organik ini juga terdiri daripada mikrob selular (bakteria, kulat, alga dan protozoa) yang dihidupkan semula serta virus yang tidak aktif sejak zaman prasejarah.

    “Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika penyakit tumbuhan, haiwan atau manusia muncul disebabkan kebangkitan semula virus purba yang tidak diketahui,” tulis para penyelidik.

    Penulis kedua bagi kajian itu yang juga merupakan seorang Profesor Universiti Aix-Marseille, Jean-Michel Claverie, mengeluarkan amaran kepada pihak berkuasa perubatan tentang kekurangan kemas kini yang signifikan mengenai virus ini sejak kajian asal pada 2014 dan 2015, lapor The Sun. 

    Untuk mengkaji kebangkitan organisma ini, para saintis telah menghidupkan semula beberapa ‘virus zombi’ dari permafros di Siberia. 

    Selepas mengkaji mikroorganisma tersebut, saintis mendapati bahawa semua yang dikatakan sebagai ‘virus zombi’ itu mempunyai potensi untuk berjangkit dan memberi ancaman kepada kesihatan semua hidupan.

    Mereka menjangkakan virus ini akan menyebabkan pandemik seakan pandemik Covid-19 pada masa hadapan. Hal ini kerana permafros yang sentiasa mencair akibat pemanasan suhu global akan terus mengeluarkan virus yang telah lama tidak aktif.

    Virus ini mungkin hanya salah satu daripada jutaan virus lain yang sedang berhibernasi dan belum ditemui. 

    “Sekiranya pengkaji benar-benar mengasingkan virus hidup daripada permafros purba, kemungkinan besar virus yang ditemui pada binatang mamalia purba juga akan kekal beku selama berabad-abad,” kata ahli virologi Universiti California, Eric Delwart kepada New Scientist.

    Bagi menentukan tahap kejangkitan virus ini apabila terdedah kepada cahaya, haba, oksigen dan faktor persekitaran luar yang lain, kajian dan penyelidikan yang mendalam perlu dijalankan. 

    Ini bukan organisma purba tidak aktif pertama yang dikejutkan daripada tempoh hibernasinya. Pada Jun 2021, saintis Rusia menghidupkan semula cacing ‘zombi’ yang telah dibekukan selama 24,000 tahun di kutub ais. – RELEVAN

    Previous Article10 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 17 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.