Facebook Twitter
    Trending
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026
    • Pendidikan

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan balik kampung beraya jika belum buat 9 perkara ini

    Jangan balik kampung beraya jika belum buat 9 perkara ini

    By Zubaidah IbrahimApril 17, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RANCANG perjalanan dan buat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan panjang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.- GAMBAR HIASAN/IQBAL ROSLI

    BERBAKI beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pastinya jalan raya di seluruh negara akan mulai sesak dengan jutaan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman.

    Walaupun teruja pulang ke kampung, jangan abaikan aspek keselamatan agar kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

    Sehubungan itu, Pengarah dan Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan dan membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan panjang.

    AZAD

    Beliau kongsikan kepada Relevan 9 tip persediaan kenderaan dan 5 tip khas kepada pemandu agar perjalanan pulang ke kampung berjalan dengan lancar serta selamat.

    Tip untuk persediaan kenderaan:

    1. Periksa sistem enjin

    Pemanduan pulang ke kampung yang menempuh perjalanan panjang dan juga jalan sesak akan membuatkan enjin kereta menjadi panas.

    Oleh itu, pemilik kenderaan perlu memastikan sistem enjin berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Begitu juga membuat penyelenggaraan minyak enjin dan menukar penapis minyak enjin serta membuat servis berkala.

    1. Periksa sistem brek

    Dalam perjalanan yang berliku dan turun naik kawasan berbukit memerlukan brek yang cekap dan berada dalam keadaan baik demi keselamatan kenderaan, pemandu serta penumpang.

    Justeru, pemilik perlu memeriksa sistem brek dan membersihkan kekotoran di situ agar ia bersedia memulakan perjalanan yang jauh. Sistem brek perlu diselenggara dan pastikan Brake Pad atau Brake Shoes dalam keadaan baik.

    1. Sistem penyejukan enjin 

    Air enjin radiator dan enjin coolant perlu diperiksa, begitu juga hos-hos air, penutup radiator serta penutup tangki air air. Ramai kurang tekankan isu penutup radiator dan penutup tangki air tambahan (expansion tank).

    Penutup ini dibuat daripada plastik dan getah di bawah penutup akan keras menjadikan air cepat keluar apabila tekanan dalam tangki tinggi ketika panas.

    Pemeriksaan ini perlu dilakukan terutamanya kepada pemilik kenderaan buatan Eropah kerana ia sering mengalami masalah jika penutup tersebut tidak berada dalam keadaan baik sehingga air akan keluar apabila enjin terlalu panas.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tip penjagaan tayar tahan lama, jimat duit – Relevan

    1. Periksa sistem pendingin hawa

    Pendingin hawa sangat penting untuk memberi keselesaan sepanjang pemanduan apatah lagi terpaksa menempuh jalan yang sesak selama beberapa jam pastinya ia sangat meresahkan.

    Keadaan yang panas dan tidak selesa itu sedikit sebanyak akan mengganggu pemanduan anda. Lebih-lebih lagi ketika hari hujan tidak dapat membuka tingkap sepenuhnya sehingga terpaksa menahan kepanasan dalam kereta.

    Sila periksa tahap gas pendingin hawa anda dan periksa  juga jika ada paip pendingin hawa serta condenser pendingin hawa berada dalam keadaan baik.

    1. Periksa bunga tayar dan tayar ganti

    Tayar juga aspek yang sangat penting dalam memastikan pemanduan anda selamat kerana keadaan jalan yang licin boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tayar itu tidak dapat mencengkam dengan baik.

    Pemilik kenderaan perlu memastikan bunga tayar tidak kurang 50 peratus. Di bahagian tayar tersebut terdapat tanda untuk anda membuat ukuran bunga tayar.

    Selain itu, pastikan tayar ganti berada dalam keadaan baik dan angin yang mencukupi.

    1. Sistem lampu

    Jangan pandang enteng dengan sistem lampu kerana ia turut memainkan peranan penting kepada keselamatan perjalanan anda sekeluarga.

    Lampu brek dan lampu isyarat boleh membantu memberi petunjuk kepada kenderaan lain agar tidak mengganggu jalan yang anda tuju bagi mengelakkan kemalangan.

    1. Alat pemadam kebakaran

    Kenderaan yang terlalu panas akan mencetuskan kebakaran kecil maka, alat pemadam api perlu diletakkan dalam kenderaan bagi memadam kebakaran sebelum merebak menjadi lebih besar.

    Azad menyarankan pemilik kenderaan meletakkan alat pemadam api di dalam kereta dengan berat sekurang-kurangnya dua hingga lima kilogram. Alat itu juga dapat membantu kenderaan lain yang memerlukan pertolongan cemas.

    1. Puncture repair foam

    Alat Puncture repair foam ini sangat berguna terutamanya untuk pemandu wanita yang mengalami tayar pancit.

    Hanya masukkan buih tersebut di tempat masukkan angin dan tayar pancit akan kembali naik. Selepas itu pemilik kenderaan boleh meneruskan perjalanan sekitar 50 hingga 100 kilometer ke kedai tayar berhampiran.

    Azad menyarankan, satu kereta perlu disediakan satu atau dua alat tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tip jimat minyak semasa memandu – Relevan

    1. Semak cukai jalan

    Semak cukai jalan sama ada masih aktif atau sudah tamat tempoh dan selepas itu hubungi pihak insurans tanyakan kepada mereka jalan yang anda lalui itu mempunyai perkhidmatan towing atau tidak.

    Persediaan ini akan memudahkan anda kelak jika berlaku kerosakan kenderaan, towing tersebut akan membantu membawa kereta ke bengkel berdekatan tanpa sebarang bayaran.

    Tip untuk pemandu:

    • Maksimum pemanduan adalah dua jam, berhenti rehat 15 minit cuci muka dan cas kembali tenaga.
    • Ketika memandu, pakai cermin mata hitam polarized yang boleh memberi pandangan lebih jelas dan mata tidak pedih. Boleh beli di kedai menjual peralatan golf pada harga lebih murah iaitu sekitar RM80 hingga RM100.
    • Pakai baju jenis kapas agar berasa selesa dan tidak panas sepanjang perjalanan.
    • Pastikan di bawah tempat duduk tidak ada kasut atau botol air minuman kerana apabila pemandu brek dikhuatiri item-item itu akan tergelongsor ke arah brek kaki dan boleh menyebabkan kemalangan.
    • Semak di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia dan juga aplikasi penjejak lokasi bagi mengetahui keadaan terkini lalu lintas agar anda boleh membuat perancangan perjalanan.

    – RELEVAN

    Previous ArticleLima cara mudah untuk bersenam sambil melakukan tugas harian
    Next Article Lima adab penting sebagai tetamu ketika beraya 

    Artikel berkaitan

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026
    Artikel Terkini

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.