Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima cara mudah untuk bersenam sambil melakukan tugas harian

    Lima cara mudah untuk bersenam sambil melakukan tugas harian

    By Umi FatehahApril 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERSENAM tetap penting dan apa-apa cara sekalipun, kita masih perlu cuba untuk bersenam. - GAMBAR HIASAN CHANDER R

    UMUM mengetahui salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan bersenam. Mana-mana nasihat yang dapat daripada pakar perubatan mahupun di internet pasti akan menyentuh berkaitan bersenam.

    Tetapi, rutin harian yang penuh dengan tanggungjawab berkaitan kerja dan keluarga membuatkan kita berasa tidak mampu meluangkan masa untuk bersenam.

    Kita semua pernah berkata, “siapa sahaja yang mempunyai masa untuk bersenam apabila…”

    Rata-rata jawapan anda pasti salah satu daripada jawapan ini: sibuk dan penat bekerja, sibuk dengan tanggungjawab pelajaran, sudah meluangkan banyak masa dalam perjalan pergi dan pulang kerja atau sibuk menguruskan rumah dan anak-anak.

    Tidak mengapa, anda tidak berseorangan. Setiap daripada kita pernah terfikir dan terdetik perkara yang sama. Namun begitu, bersenam tetap penting dan apa-apa cara sekalipun, kita masih perlu cuba untuk bersenam.

    Justeru itu, Relevan kongsikan lima cara mudah untuk bersenam dalam kehidupan seharian, menurut perkongsian di Healthline.

    1. Gunakan tangga

    Nasihat ini juga telah dikongsikan berjuta kali dan anda juga mungkin sudah bosan mendengarnya. Namun, ia adalah salah satu cara terbaik untuk bergerak aktif atas sebab tertentu.

    Menaiki tangga mampu meningkatkan kadar degupan jantung, membantu keseimbangan dan meningkatkan kekuatan anggota badan di bahagian bawah. Jika anda mahu menambah sedikit kelainan dan mempunyai beberapa minit lebihan, lakukan beberapa senaman heel raises di hujung anak tangga untuk kekuatan betis.

    Selain itu, untuk menambah kekuatan otot anda juga boleh melangkah dua anak pada satu masa. Cara ini seakan-akan anda sedang melakukan senaman lunges yang menguatkan otot di bahagian paha.

    2. Duduk di atas bola senaman

    Langkah ini mungkin lebih bersesuaian bagi anda yang bekerja dari rumah. Tukar kerusi anda kepada bola senaman.

    Ia boleh membantu melegakan sakit belakang dan memperbaiki postur. Semasa duduk di atas bola, lakukan beberapa regangan mobiliti lembut untuk leher, pelvis dan tulang belakang.

    Cuba lakukan gerakan hula-hoop ketika menggunakan bola senaman. Ia boleh membantu menguatkan otot di bahagian perut. Paling penting, semuanya boleh dilakukan sambil anda bekerja!

    3. Letakkan kenderaan anda di kawasan yang sedikit jauh

    Jika anda berada di kawasan yang selamat dengan pencahayaan yang terang, pertimbangkan untuk meletak kereta lebih jauh dari pintu masuk ke mana-mana sahaja anda pergi. Anda akan berjalan lebih jauh dan dapat meningkatkan jumlah kiraan langkah harian (daily step count).

    Menurut pakar, kita perlukan sekurang-kurangnya 10,000 langkah setiap hari untuk kekal cergas. Melalui kaedah ini, anda dapat mencapai 10,000 langkah dengan mudah. Gunakan aplikasi kesihatan seperti Apple Health atau Myfitnesspal untuk memantau jumlah kiraan langkah harian.

    4. Membuat regangan badan semasa menonton televisyen

    Sambil menonton rancangan atau filem kegemaran, selitkan senaman ringan seperti berjalan di atas treadmill, lakukan regangan badan atau Pilates.

    Jika anda menonton rancangan selama 30 minit sambil bersenam, anda sudah berjaya bersenam selama 30 minit secara santai.

    Jadi selepas ini, daripada anda menonton filem sambil baring dan makan bertih jagung, apa kata anda bersenam pula. Ia lebih baik untuk kesihatan dan anda juga dapat melakukannya tanpa berasa tertekan.

    5. Berjalan sambil bermesyuarat

    Jika anda bekerja dari rumah, tetapkan untuk berjalan kaki sambil menjawab satu panggilan atau mesyuarat setiap hari.

    Sekiranya anda tidak perlu merenung skrin, pasangkan fon kepala dan selesaikan masalah berkaitan kerja atau perbincangan sambil berjalan. Cara ini mungkin membantu anda menghasilkan idea yang lebih baik. Hasil kajian menunjukkan berjalan dapat meningkatkan kreativiti dan ketajaman mental. – RELEVAN

    bersenam featured kesihatan
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.