Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip penjagaan tayar tahan lama, jimat duit

    7 tip penjagaan tayar tahan lama, jimat duit

    By Zubaidah IbrahimSeptember 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENJAGAAN tayar yang baik boleh memanjangkan jangka hayatnya dan menjimatkan duit anda.- GAMBAR HIASAN/STANDRET/FREEPIK

    BARU-BARU ini akhbar Kosmo! melaporkan harga tayar kenderaan naik mendadak sebanyak tiga kali sejak awal tahun ini sehingga memaksa pengguna menggunakan tayar botak bagi menjimatkan wang.

    Keadaan itu semakin membimbangkan apabila harga tayar kenderaan dijangka naik lagi pada bulan hadapan antara lima hingga 10 peratus daripada harga terkini.

    Kenaikan tersebut dikatakan berpunca daripada kos pengangkutan dan kos bahan mentah yang semakin meningkat selain nilai ringgit yang semakin susut.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan tip penjagaan tayar agar tahan lama bagi menjimatkan kos penukaran tayar seperti disarankan oleh InsuranceHotline.com.

    1. Periksa tekanan tayar

    Periksa tekanan tayar anda sekurang-kurangnya sebulan sekali apabila tayar sejuk iaitu sebelum keluar memandu.

    Menurut Persatuan Tayar dan Getah Kanada, 70 peratus (%) kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar dengan masalah kurang angin.

    PERIKSA tekanan tayar anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.- GAMBAR HIASAN/STANDRET/FREEPIK

    ARTIKEK BERKAITAN: 5 Tip jimat minyak semasa memandu – Relevan

    Sebanyak 23% kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar kurang angin lebih daripada 20% dan ini meningkatkan penggunaan bahan api kenderaan serta mengurangkan jangka hayat tayar.

    Di samping itu, 17% kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar mengembung lebih daripada 20%, mengakibatkan tayar menjadi haus berlebihan dan mengurangkan pengendalian kenderaan.

    2. Buat pertukaran tayar (rotate) dengan kerap

    Rotate tayar akan memanjangkan hayatnya dan meningkatkan prestasi tayar. Anda disyorkan untuk rotate tayar setiap 10,000 hingga 12,000 kilometer (km) atau enam bulan sekali.

    3. Buat penjajaran roda.

    Setiap tahun atau kira-kira 25,000km buat penjajaran roda untuk mengelakkan kehausan bunga yang tidak rata.

    Impak penggunaan harian seperti jalan berlubang dan tidak rata dari semasa ke semasa akan menyebabkan tayar kenderaan cepat rosak.

    4. Pastikan tayar anda seimbang

    Mempunyai tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan kehausan bunga tayar dengan cepat.

    Anda sepatutnya mempunyai tayar seimbang setiap kali anda menukar atau rotate tayar atau apabila memasang set roda baharu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang – Relevan

    PERIKSA tayar secara visual tayar dan perhatikan jika terdapat rekahan atau bonjolan, objek yang tersangkut di tayar, pancit serta kehausan bunga yang tidak rata.- FOTO OLEH GERD ALTMANN/ PEXELS

    5. Kerap periksa tayar anda.

    Apabila anda memeriksa tekanan tayar, periksa juga secara visual tayar dan perhatikan jika terdapat rekahan atau bonjolan, objek yang tersangkut di tayar, pancit serta kehausan bunga yang tidak rata.

    6. Jangan campur dan padankan tayar

    Walaupun kelihatan lebih menjimatkan kos untuk menggantikan satu atau dua tayar pada satu masa.

    Namun, hakikatnya mempunyai tayar yang tidak sepadan boleh menyebabkan kehausan bunga yang cepat dan tidak sekata atau mendatangkan masalah mekanikal.

    7. Simpan tayar ganti dengan cara yang betul.

    Pastikan tayar bersih, bebas daripada minyak petrol, gris atau sebarang bahan yang boleh merosakkan getah.

    Jika anda menyimpan tayar di dalam rumah, pastikan ia berada di lokasi yang bersih, sejuk dan jauh dari cahaya matahari (gelap) atau sumber haba.

    Sekiranya menyimpan tayar ganti di luar rumah, gunakan penutup kalis air yang berlubang untuk mengelakkan pengumpulan lembapan.-RELEVAN

    Previous Article7 cara elak timbunan hutang kad kredit
    Next Article 4 ciri pekerja Gen Z untuk perhatian para majikan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.