Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 manfaat air kelapa, tinggi elektrolit semula jadi

    6 manfaat air kelapa, tinggi elektrolit semula jadi

    By December 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AIR kelapa mengandungi banyak elektrolit semula jadi seperti natrium, magnesium, kalsium dan kalium.- Foto Jcomp/Freepik

    AIR kelapa bukan sahaja menyegarkan dan menghilangkan dahaga tetapi mempunyai banyak manfaat kesihatan sehingga ia cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pelbagai petua disarankan untuk diambil bersama air kelapa bagi mendapatkan manfaat kesihatan maksimum.

    Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan manfaat air kelapa seperti berikut:

    1. Sumber Elektrolit

    “Air kelapa mengandungi banyak elektrolit semula jadi seperti natrium, magnesium, kalsium dan kalium. 

    “Elektrolit adalah mineral penting untuk mengimbangi jumlah air dalam badan anda, memindahkan toksin ke dalam dan keluar dari sel, menyokong fungsi otot dan saraf serta menstabilkan tekanan darah.

    “Kadangkala bersenam secara agresif menyebabkan kehilangan banyak cecair dan ketidakseimbangan elektrolit. Itulah sebabnya minuman sukan yang mempunyai elektrolit, sangat popular,” tulisnya di laman Facebook  miliknya.

    Tambah beliau, ketidakseimbangan elektrolit juga boleh berlaku apabila jumlah air dalam badan anda berubah secara drastik seperti selepas muntah atau mengalami cirit-birit.

    Air kelapa lebih rendah kandungan gula berbanding kebanyakan minuman sukan dan mengandungi karbohidrat yang boleh membantu meningkatkan tenaga dan fungsi otot. 

    Penyelidikan mendapati air kelapa lebih bermanfaat daripada air biasa untuk rehidrasi selepas bersenam kerana jumlah elektrolitnya yang tinggi.

    1. Menurunkan tekanan darah

    Satu cawan air kelapa mempunyai 400 miligram (mg) potassium. Diet yang kaya dengan potassium dapat mengurangkan tekanan darah dan membantu kesihatan jantung.

    1. Melindungi daripada radikal bebas

    Antioksidan dalam air kelapa dapat membantu melawan kerosakan sel dalam badan.

    1. Mencegah batu karang

    Air daripada kelapa boleh membantu mencegah batu karang dengan menghalang pembentuk kristal akibat mendakan mineral yang berlebihan.

    1. Tulang dan gigi yang lebih kuat

    Gabungan fosfat dan kalsium dalam air kelapa berfungsi bersama untuk membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

    1. Menstabilkan gula dalam darah

    Magnesium dalam air kelapa dapat membantu mengawal glukosa darah (gula). Air kelapa telah disebut-sebut sebagai minuman sukan yang alami kerana kandungan vitamin C dan potassium yang tinggi. Ia juga rendah kalori dan lemak.

    Satu cawan 100% air kelapa mempunyai:

    Kalori: 44

    Lemak: 0 gram (g)

    Sodium: 64 milligram

    Karbohidrat: 10.4 g

    Fiber: 0 g

    Gula: 9.6 g

    Protein: 0.5 g

    Vitamin C: 24.3 mg

    Potassium: 404 mg

    Bila masa terbaik minum air kelapa?

    Air kelapa boleh diminum bila-bila masa oleh orang yang sihat. Namun ia terbaik diminum ketika:

    • Selepas bersenam
    • Pada hari yang panas
    • Selepas berada di sauna atau bilik wap
    • Semasa persediaan usus untuk kolonoskopi
    • Jika anda mengalami cirit-birit kronik
    • Selepas jangkitan virus perut
    • Ketika mengalami pedih ulu hati (gastritis)
    • Untuk menambah cecair ketika dehidrasi

    Adakah boleh minum setiap hari?

    Air kelapa boleh diminum setiap hari bergantung kepada kesihatan dan gaya hidup anda. Pertimbangkan tahap aktiviti anda, iklim tempat tinggal dan pengambilan cecair anda daripada sumber lain.

    Siapa yang tidak boleh minum air kelapa?

    Antara orang yang dinasihatkan untuk mengelakkan minum air kelapa adalah:

    • Pesakit kegagalan ginjal yang sedang dirawat secara hemodialisis.
    • Pesakit Ginjal Yang Kronik (CKD).
    •  Pesakit tekanan darah tinggi yang mengambil ubat seperti perencat enzim penukar angiotensin (ACE).

    “Air kelapa mengandungi potasium yang tinggi, apabila buah pinggang tidak dapat mengeluarkan potassium berlebihan dari badan dengan betul keadaan yang mengancam nyawa dipanggil hiperkalemia (terlalu banyak kalium dalam darah) boleh berlaku.

    “Jadi, hanya beberapa golongan sahaja yang tidak digalakkan minum air kelapa,” katanya.- RELEVAN

    air featured kelapa kesihatan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.