Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 manfaat kesihatan amalan berpuasa, salah satunya menyingkirkan toksin

    7 manfaat kesihatan amalan berpuasa, salah satunya menyingkirkan toksin

    By March 27, 2023Updated:April 27, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KURMA mengandungi kalium, magnesium dan vitamin B yang tinggi lantas menjadikannya salah satu buah yang paling sihat.- GAMBAR HISAN/RAWPIXEL.COM/FREEPIK

    BERPUASA bukan sahaja memberi manfaat kepada rohani tetapi ia juga mempunyai manfaat kesihatan yang sangat baik kepada tubuh badan manusia dan mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

    Berikut tujuh manfaat kesihatan yang mengejutkan untuk mereka yang berpuasa di bulan Ramadan.

    1. Kurma

    Makan buah kurma ketika berbuka puasa adalah amalan sunnah dan kita disarankan mengambilnya dalam bilangan ganjil.

    Namun, tahukah anda pengambilan buah kurma itu disertakan dengan bonus tambahan bersama pelbagai manfaat kesihatan.

    Salah satu aspek paling penting ketika berpuasa ialah mendapatkan jumlah tenaga yang betul dan memandangkan purata hidangan kurma mengandungi 31 gram karbohidrat, ini adalah salah satu makanan yang sempurna untuk memberi anda rangsangan tenaga. 

    Kurma juga merupakan cara terbaik untuk mendapatkan serat yang sangat diperlukan bagi membantu dan meningkatkan penghadaman sepanjang Ramadan. Ditambah dengan kandungan kalium, magnesium dan vitamin B yang tinggi maka, ia jelas menjadikan kurma sebagai salah satu buah yang paling sihat.

    1. Merangsang otak

    Kajian yang dijalankan oleh saintis di Amerika Syarikat mendapati bahawa tumpuan mental yang dicapai pada bulan Ramadan meningkatkan tahap otak iaitu faktor neurotropik yang menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel otak, sekali gus meningkatkan fungsi otak.

    Begitu juga, pengurangan ketara dalam jumlah hormon kortisol yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, bermakna tahap tekanan sangat berkurangan semasa dan selepas Ramadan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa   – Relevan

    1. Buang tabiat buruk

    Kerana anda berpuasa pada siang hari, Ramadan adalah masa yang sesuai untuk membuang tabiat buruk untuk kebaikan anda. 

    Tabiat buruk seperti merokok dan makanan bergula dapat dikurangkan ketika berpuasa di bulan Ramadan. Oleh itu, badan anda akan beransur-ansur menyesuaikan diri dengan ketiadaannya, sehingga ketagihan itu dapat dibuang.

    Ia juga lebih mudah untuk meninggalkan tabiat tersebut apabila anda melakukannya dalam kumpulan kerana majoriti orang berpuasa pada bulan Ramadan.

    Berpuasa dapat membantu anda menghentikan tabiat buruk sehingga Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom mengesyorkannya sebagai masa yang sesuai untuk berhenti merokok.

    1. Menurunkan Kolesterol

    Kita semua tahu bahawa penurunan berat badan adalah salah satu hasil fizikal berpuasa semasa Ramadan, tetapi terdapat juga pelbagai perubahan sihat yang berlaku kesan daripada berpuasa.

    Pasukan pakar kardiologi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendapati bahawa orang yang berpuasa di bulan Ramadan menikmati kesan positif pada profil lipid mereka yang bermakna terdapat pengurangan kolesterol dalam darah.

    Kolesterol rendah meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung, serangan jantung atau strok. Apatah lagi jika anda mengikuti diet sihat selepas Ramadan, paras kolesterol yang baru diturunkan ini sepatutnya mudah dikekalkan.

    1. Mengawal selera makan

    Salah satu masalah utama dengan diet yang melampau ialah berat badan yang turun selalunya cepat kembali kepada berat asal, kadang-kadang berat badan semakin bertambah.

    Ini tidak berlaku ketika anda berpuasa di bulan Ramadan. Pengurangan dalam makanan yang diambil sepanjang berpuasa menyebabkan perut anda mengecut secara beransur-ansur, bermakna anda perlu makan lebih sedikit makanan untuk berasa kenyang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit jantung boleh berpuasa? – Relevan

    Jika anda ingin mengamalkan tabiat pemakanan sihat maka, Ramadan adalah masa yang sesuai untuk bermula. Apabila ia selesai, selera makan anda akan menjadi lebih rendah berbanding sebelumnya dan anda akan berkemungkinan tidak terlalu berlebihan dengan makanan anda.

    1. Menyingkirkan toksin

    Selain bagus untuk membersihkan diri secara rohani, Ramadan bertindak sebagai detoks yang hebat untuk badan anda. Dengan tidak makan atau minum sepanjang hari badan anda akan ditawarkan peluang yang jarang berlaku untuk menyingkirkan toksin dalam sistem pencernaan selama sebulan.

    Apabila badan anda mula memakan rizab lemak untuk menghasilkan tenaga, ia juga akan membakar sebarang toksin berbahaya yang mungkin terdapat dalam timbunan lemak. Pembersihan badan ini n merupakan batu loncatan yang sempurna untuk gaya hidup sihat secara konsisten.

    1. Menyerap lebih banyak nutrien

    Dengan tidak makan sepanjang hari pada bulan Ramadan, anda akan mendapati bahawa metabolisme anda menjadi lebih baik, bermakna jumlah nutrien yang anda serap daripada makanan bertambah baik.

    Ini kerana peningkatan hormon yang dipanggil adiponektin yang dihasilkan oleh gabungan berpuasa dan makan lewat malam akan membolehkan otot anda menyerap lebih banyak nutrien.

    Ini akan membawa kepada manfaat kesihatan di seluruh badan kerana pelbagai kawasan dapat menyerap dan menggunakan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan lebih baik.- RELEVAN

    featured kesihatan puasa zubaidah

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.