Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENCIPTAAN satu-satu perkataan boleh berpunca dari pelbagai faktor.

    ADA satu cabang ilmu linguistik yang tidak begitu mendapat perhatian tetapi sangat menarik untuk diteroka, iaitu etimologi.

    Etimologi merupakan ilmu atau kajian tentang asal usul perkataan dan sejarah perkembangannya. Maknanya, mereka yang meneroka ilmu etimologi akan menyelidik asal-usul sesuatu perkataan sehingga ke akar pembentukannya.

    Kita pasti pernah tertanya, dari mana datangnya perkataan kerusi, atau meja, atau nama negara Malaysia sendiri? Melalui ilmu etimologi, susur galur perkataan itu dapat dijejak dan jika maklumat berkenaannya lengkap, kita boleh sampai pada awal pembentukan kata tersebut yang bersifat arbitrari menurut ramai pakar bahasa.

    Kali ini, Relevan mahu huraikan asal-usul tiga perkataan, iaitu bajet, minda dan ringgit. Ketiga-tiga huraian ini adalah berdasarkan buku Etimologi Bahasa Melayu oleh S. Nathesan.

    BUKU Etimologi Bahasa Melayu yang ditulis oleh S. Nathesan.
    • Bajet

    Pasti ramai yang tahu, kata bajet berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu budget. Namun, adakah anda tahu bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya yang bertanggungjawab membawa masuk perkataan bajet dalam korpus bahasa Melayu?

    Menurut S. Nathesan, perkataan bajet pertama kali muncul dalam bahasa Melayu pada 20 September 2002, dalam pembentangan Belanjawan 2003 di Dewan Rakyat oleh Dr. Mahathir.

    Dalam sebuah berita yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 21 September 2002, Dr. Mahathir dikatakan mahu memperkenalkan perkataan bajet bagi menggantikan belanjawan untuk memberi gambaran yang lebih tepat mengenai perancangan keluar masuk wang negara.

    TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

    “Jika diizinkan, saya ingin menggunakan perkataan budget dengan ejaan B-A-J-E-T kerana perkataan ini lebih mencerminkan anggaran urusan kewangan negara yang akan saya bentangkan,” katanya seperti dipetik dalam berita tersebut.

    Dengan ucapan tersebut, perkataan bajet dimasukkan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua (2007) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kedua-dua memberi takrif bajet sebagai bahasa percakapan untuk belanjawan.

    Kata bajet dibentuk berdasarkan perkataan budget dalam bahasa Inggeris. Kata budget itu pula berasal dari perkataan Perancis Kuno, iaitu bougette yang bermaksud beg kulit, dompet atau pouch.

    Pada zaman Inggeris Tengah (Middle English), kata bougette dipinjam menjadi bowgette sebelum akhirnya menjadi budget dalam bahasa Inggeris Moden.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fahami sistem ejaan bahasa Melayu

    Perkataan bajet dibentuk melalui penyesuaian ejaan berdasarkan bunyi. Kaedah sama turut digunakan dalam banyak kata pinjaman lain, antaranya kastam (custom), biro (bureau), pencen (pension) dan stesen (station).

    Untuk kata belanjawan pula, ia telah wujud dalam korpus bahasa Melayu sejak sekian lama. Paling awal yang dapat dijejaki adalah dalam Kamus Melayu susunan Shamsudin Haji Mohd. Junus yang terbit pada 1935.

    Kata sama turut tercatat dalam kamus susunan RJ Wilkinson pada 1957.

    • Minda

    Jika kata bajet dibawa masuk oleh ahli politik, perkataan minda dicipta oleh intelektual dan sasterawan, A. Samad Said. Menurut S. Nathesan, Sasterawan Negara itu merupakan orang yang mula-mula menggunakan perkataan minda dalam ceramahnya pada 1 Mac 1986.

    Selepas digunakan A. Samad Said, perkataan itu mendapat perhatian lebih ramai intelektual, termasuk Profesor Emeritus Asmah Haji Omar dan Profesor Diraja Ungku Aziz.

    A. SAMAD SAID

    Perkataan minda dicipta dengan menambah abjad /a/ pada akhir kata mind. Kaedah ini turut digunakan dalam mencipta perkataan seperti herba (herb+a), terma (term+a) dan pulpa (pulp+a).

    Minda menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud akal fikiran dan daya berfikir. Ia berasal dari perkataan mind dalam bahasa Inggeris.

    Secara etimologi, perkataan mind berasal dari kata gemynd dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud ingatan, berfikir dan niat. Jika ditelusur lebih jauh, ia berakar dari kata men dalam bahasa Proto Indo-Eropah.

    Sebelum perkataan minda, konsep makna mind diterjemahkan kepada perkataan seperti ingatan dan fikiran. Namun, ia tidak mencukupi untuk mengendong sepenuhnya maksud mind yang lebih pelbagai dan mendalam.

    • Ringgit

    Ringgit ketika ini difahami sebagai mata wang rasmi Malaysia namun ia juga membawa makna lain, iaitu gerigi atau rigi-rigi (seperti pada tepi roda pemetik api), menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

    PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ

    Asal makna ringgit pernah menjadi polemik apabila ada pendapat mengatakan ia berasal dari perkataan Sepanyol iaitu rique. Namun, semakan dalam kamus Sepanyol mendapati tidak ada catatan kata rique dan tidak ada kata yang membawa maksud mata wang.

    Pendapat tersebut disanggah Ungku Aziz yang menegaskan ringgit merupakan perkataan asal bahasa Melayu yang telah tercatat dalam banyak dokumen, termasuk dalam kamus Melayu-Perancis yang terbit pada 1875 dan kamus Melayu-Inggeris Marsden yang diterbitkan pada 1812.

    Menurut S. Nathesan, kata ringgit memang berasal daripada bahasa Melayu cuma ia digunakan untuk merujuk kepada dolar Sepanyol suatu ketika dahulu. Dolar Sepanyol ketika itu penjurunya berceracak, maka dipanggil ringgit (yang juga bermaksud jagged – berceracak, bercerancang). – RELEVAN

    bahasa Melayu etimologi featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.