Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pesakit jantung boleh berpuasa?

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    By RELEVANMarch 20, 2023Updated:March 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN pesakit jantung yang stabil digalakkan untuk berpuasa, mereka dibolehkan berbuka jika mengalami serangan jantung. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA (Pexels)

    Amalan berpuasa terbukti berkesan menjaga kesihatan. Bukti klinikal terhadap kenyataan ini ialah kajian makmal ke atas tikus. 

    Menurut rencana Sekolah Perubatan Harvard berjudul ‘Intermittent fasting: Surprising update’, melalui kaedah ‘puasa’, tikus yang dikaji itu didapati berkurangan berat badannya. Malah, kadar tekanan darah, kolestrol dan gulanya juga didapati menjadi semakin terkawal.

    Persoalannya, bagaimana kesan puasa ke atas manusia? Dalam konteks rencana kali ini juga, sejauh mana kesannya terhadap pesakit jantung yakni antara penyakit paling merbahaya?

    Jantung dan puasa

    Prof. Dr. Mohd. Zamrin Dimon

    Mingguan Malaysia berpeluang mendapatkan pandangan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd. Zamrin Dimon. Beliau yang juga pakar bedah kardiotorasik di Hospital UiTM (HUiTM) berkata, amalan berpuasa terbukti memberi kebaikan pada kesihatan jantung. 

    “Dari sudut pandangan sains, apabila seseorang berpuasa, detoksifikasi badan berlaku, justeru membolehkan jantung berehat dan menjalankan fungsi mengepam darah ke seluruh sistem badan secara efisien,” katanya.

    Mengulas kaitan puasa dengan tahap kesihatan jantung, beliau berkata bagi pesakit jantung, mereka disyorkan agar melatih diri untuk berpuasa terlebih dahulu sebelum memasuki bulan Ramadan.

    “Ini supaya badan pesakit tidak terkejut. Selain itu, pesakit juga boleh mengukur tahap kemampuan mereka semasa berpuasa. Adalah dinasihatkan agar mereka mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sekiranya mereka ingin berpuasa agar tidak berlaku sebarang kemudaratan. 

    “Pesakit jantung yang stabil dan telah menjalani rawatan digalakkan untuk berpuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka mengalami serangan, boleh untuk berbuka puasa,” katanya.

    Pesakit jantung yang kritikal

    Pun begitu, katanya bagi pesakit jantung yang menerima ubat jenis semburan atau ubat bawah lidah, mereka tidak digalakkan untuk berpuasa kerana boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan. 

    “Dari aspek perubatan, selagi mereka memerlukan ubat bawah lidah, ia bermakna kesihatan mereka tidak stabil dan membahayakan kesihatan mereka untuk berpuasa.

    “Di sinilah murninya Islam, apabila ada konsep Rukhsah. Konsep ini wujud untuk memberi kelonggaran kepada Muslim yang mengalami sebarang masalah kesihatan,” katanya.

    Manfaat puasa

    Dalam laman CNN Indonesia berjudul ‘Manfaat Puasa untuk Kesehatan Jantung dan Pembuluh Darah‘, pakar jantung dan pembuluh darah bernama David Dwi Ariwibowo menjelaskan beberapa kebaikan berpuasa terhadap kesihatan jantung:

    • Menurunkan kolesterol

    Menahan lapar saat berpuasa dapat menurunkan kolesterol total dan kolesterol jahat. Malah amalan ini dapat meningkatkan HDL atau kolesterol baik. Kolesterol yang tinggi dapat merosakkan pembuluh darah dan berisiko menyebabkan serangan jantung dan strok.

    • Kadar gula darah yang bertambah baik

    Puasa juga mempengaruhi kadar gula darah. David dipetik berkata, kajian menunjukkan setelah Ramadan, kadar gula darah cenderung menjadi lebih baik. Hal ini terjadi kerana pola makan yang lebih terkawal.

    • Menurunkan tekanan darah

    Pola makan yang terkawal saat sahur dan berbuka juga membuat tekanan darah cenderung lebih stabil. Tekanan darah sistolik dan diastolik saat berpuasa cenderung menurun.

    Saat bulan puasa orang juga dapat menahan emosi yang sedikit banyak memberikan pengaruh pada tekanan darah.

    • Menurunkan berat badan

    Puasa yang diikuti dengan pola makan yang betul dapat menurunkan berat badan dan lingkaran saiz pinggang.

    Berat badan dan lingkar pinggang adalah faktor penting dalam penyakit jantung. Semakin meningkat berat badan dan lingkar pinggang, semakin berisiko terhadap penyakit kardiovaskular.

    • Mengurangi radang/kanser

    Puasa dapat memperbaiki keadaan sistem imun menjadi lebih seimbang. Hal ini membuat peradangan pada sel berkurang.

    Tip berbuka

    Berikut merupakan tip pemakanan ketika berbuka puasa, seperti dikongsi oleh Kementerian Kesihatan: 

    • Jangan gelojoh semasa berbuka. Seelok-eloknya berbuka mengikut sunnah.
    • Mulakan dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.
    • Jika perlu, ambil hanya 1 gelas minuman manis semasa berbuka.
    • Bersederhana dalam pengambilan makanan. Jangan makan berlebihan atau mengikut nafsu.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang boleh memudaratkan seperti makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula. – RELEVAN

    *Artikel ini disiarkan di Mingguan Malaysia pada 25 April 2021.

    Previous ArticleTidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    Next Article Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.