ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 190 kes semalam berbanding 207 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,585 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 177 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,409 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,219 kes dengan 8,888 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 325 kes atau 3.5% pesakit dirawat di hospital, tiga kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan tiga kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN