Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

    7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

    By February 27, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.- GAMBAR HIASAN/FARIZWAN HASBULLAH

    Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 yang dirumuskan sebagai Belanjawan Madani.

    Melihat kepada pembentangan belanjawan itu, mesti ramai di antara kita yang membuat perbandingan antara Belanjawan 2023 dan Bajet 2023 terutamanya melibatkan perkara utama dalam peruntukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

    Berikut Relevan perincikan tujuh perbandingan perkara utama dalam Bajet 2023 dan Belanjawan 2023 yang perlu diberi perhatian.

    1. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan

    Belanjawan 2023:

    RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk dua bilion ringgit simpanan luar jangka.

    Selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion.

    Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan kemudahan desa. Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.

    Bajet 2023:

    Sebanyak RM272.3 bilion dibelanjakan untuk pembangunan, bersamaan 73.1 peratus (%) daripada keseluruhan belanjawan.

    Untuk pembangunan pula, sebanyak RM95 bilion dibelanjakan, bersamaan 25.5% daripada keseluruhan belanjawan.

    2. Defisit terkawal, dijangka lebih baik

     Belanjawan 2023:

    Atas prinsip pertanggungjawaban, kerajaan mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada 5% berbanding 5.6% pada 2022.

    Kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2% kepada KDNK menjelang 2025 tertakluk pada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh.

    Bajet 2023:

    Walaupun peruntukan subsidi meningkat pada 2022, kerajaan menguruskannya dengan memadankan perbelanjaan tambahan dengan hasil tambahan atau penjimatan perbelanjaan lain.

    Dengan itu, kerajaan berjaya mengawal dan mengurangkan paras defisit kepada 5.8% peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022, lebih rendah berbanding jangkaan 6.0%.

    3. Bayaran hutang negara

    Belanjawan 2023:

    Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60% KDNK bagi tahun 2023. Jika dihitung hutang dan liabiliti, akan mencecah 1.5 trilion atau 81%  KDNK.

    Bayaran khidmat hutang tahun ini juga mencecah RM46 bilion atau 16% daripada hasil iaitu telah melebihi had maksimum 15% yang selama ini diamalkan.

    Bayaran RM46 bilion ringgit ini hanyalah untuk kadar faedah atau bunga pinjaman.

    Bajet 2023:

    Bayaran khidmat hutang meningkat daripada RM43.2 bilion (13%) kepada RM46.2 bilion (12.4%).

    4. Penerima peruntukan terbesar

    Belanjawan 2023:

    Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun 2022.

    Sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah.

    Bajet 2023

    Bajet 2023 memperuntukkan paling banyak belanja kepada Kementerian Kewangan.

    Kementerian itu menerima peruntukan sebanyak RM72.2 bilion, diikuti RM55.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM36.1 bilion untuk Kementerian Kesihatan.

    5. Sumbangan tunai

    Belanjawan 2023:

    Secara keseluruhan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

    Isi rumah pendapatan kurang RM2,500, layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

    Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

    Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

    Bajet 2023:

    Sebanyak RM7.8 bilion peruntukan disediakan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima. Jumlah tersebut berkurang berbanding peruntukan RM8.2 bilion untuk 9.6 juta penerima dalam Bajet 2022.

    Kerajaan turut memperkenalkan kategori baharu iaitu isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih yang layak menerima wang tunai sebanyak RM2,500.

    6. Pengurangan cukai pendapatan

    Belanjawan 2023:

    Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2% melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000 ringgit.

    Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

    Kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5% sehingga 2% melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM100,000 hingga satu juta ringgit.

    Namun, kurang daripada 150 ribu pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi.

    Bajet 2023:

    Kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 hingga RM100,000.

    Untuk banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13% kepada 11% manakala kadar untuk banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000 pula diturunkan daripada 21% kepada 19%.

    Pada masa sama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.

    7. Penjawat awam terima RM700

    Belanjawan 2023:

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak manakala RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.

    Bayaran itu dijangka akan dibuat pada April 2023.

    Bajet 2023:

    Seramai 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 pada tahun hadapan.

    Bantuan tersebut meliputi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 yang dinaikkan kepada RM600 dan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100.

    Bantuan sama turut diberikan kepada sejuta pesara kerajaan dengan nilai sebanyak RM350 yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.3 bilion.- RELEVAN

    Bajet 2023 Belanjawan 2023 featured zubaidah
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.