Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sedih, resah menjaga orang tua sakit

    Sedih, resah menjaga orang tua sakit

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 11, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    orang tua
    Menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom (UK), cabaran terbesar yang dihadapi seorang penjaga sudah tentulah secara fizikal. - GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    “PENAT jaga mak. Sikit, sikit nak marah. Sikit, sikit nak merajuk,” kata Aiman. 

    Begitulah rungutan yang sering kita dengar daripada anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa. 

    Bukannya mereka tidak mahu menjaga ibu bapa sendiri. Cuma kadangkala, perangai mereka berupaya menimbulkan rasa resah dalam hati. 

    Tidak dinafikan, anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa sakit perlu berhadapan pelbagai cabaran, terutamanya dari segi emosi. 

    Bukanlah satu perkara di luar kebiasaan jika anak-anak terasa hati atau berasa marah ketika menguruskan ibu bapa. Semua perkara tersebut adalah lumrah. 

    Cabaran besar seorang penjaga

    Menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom (UK), cabaran terbesar yang dihadapi seorang penjaga sudah tentulah secara fizikal. 

    Beban tersebut akan menjadi semakin besar sekiranya ibu bapa mempunyai masalah pergerakan. Manakan tidak, penjaga perlu mengangkat, mengalih dan memandikan mereka. 

    Selain itu, penjaga juga tidak boleh mengelakkan cabaran dari segi emosi. Tanggungjawab menjaga ibu bapa kadang kala terlalu berat untuk digalas. 

    Malah, melihat orang yang disayangi menjadi semakin sakit dan uzur juga hanya akan mendatangkan tekanan dari segi emosi. 

    Satu lagi cabaran yang kerap dihadapi oleh penjaga adalah dari segi pengurusan masa. Penjaga perlu bijak membahagi masa antara kerjaya dan keluarga. 

    Seringkali, penjaga akan mengabaikan masa untuk diri sendiri sehingga mengalami tekanan perasaan yang serius. 

    Ini tidak termasuk lagi dengan beban kewangan. Ramai yang tidak menyangka perbelanjaan menjaga orang sakit boleh memakan ribuan ringgit. 

    Artikel berkaitan: Pekerja tidak sihat disebabkan sindrom bangunan sakit

    Artikel berkaitan: Wanita, waspada dengan sakit jantung!

    Bentuk penjagaan yang diperlukan

    Kebanyakan warga emas memerlukan penjagaan rapi, terutamanya jika mereka sakit teruk. 

    Keperluan mereka mungkin berbeza mengkut individu. Antaranya: 

    • Penjagaan peribadi: Sesetengah warga emas perlukan bantuan untuk mandi, pakai baju dan berdandan. Lagipun, anak-anak adalah orang terbaik untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua. Bagaimanapun, jika anda tidak mampu, upahlah seseorang yang lebih pakar untuk membantu.  
    • Bantuan mengemas rumah: Selain membantu orang sakit menguruskan diri, mereka juga mungkin memerlukan bantuan untuk menguruskan hal-hal rumah, misalnya membasuh pakaian, mengemas rumah dan membeli barangan dapur. 
    • Sokongan emosi: Warga emas perlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bahagi, terutamanya dari ahli keluarga. Ketika sakit, mereka mungkin rasa sedih dan sunyi. Mereka juga mudah lupa dan mudah tersentuh hati. 
    • Bantuan perubatan: Pesakit juga perlukan bantuan dari segi perubatan. Mereka mungkin perlukan seseorang untuk mengambil dan menghantar mereka berjumpa doktor. Selain itu, disebabkan usia yang lanjut, mereka juga perlu diingatkan supaya mengambil ubat pada masanya. 

    Bukan mudah untuk menjaga orang tua. Tidak dinafikan, ada banyak ragam yang perlu anak-anak atau penjaga tempuhi. 

    Namun, ingatlah, besar pahala menjaga ibu bapa yang sakit. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA:

     “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT? Lalu baginda menjawab, mengerjakan solat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, berbuat baik kepada ibu bapa, aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad di jalan Allah SWT.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Jangan lupa jaga diri

    Apabila kita menjaga orang lain, kita mudah terlupa untuk menjaga diri sendiri. Malah, ada juga yang rasa bersalah untuk bercuti kerana risaukan keadaan ibu bapa di rumah. 

    Bagaimanapun, jangan lupa, rehat dapat membantu anda untuk lebih fokus menjaga individu yang disayangi. Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga diri: 

    1. Ambil masa untuk tidur. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya enam jam sehari. 
    2. Cuba tenangkan diri. Lakukan senaman seperti yoga atau tai chi untuk rehatkan diri. 
    3. Jangan lupa makan. Anda akan jadi semakin penat dan letih jika tidak makan tepat pada masanya. Ambil makanan yang sihat dan kurangkan alkohol.
    4. Sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Jika anda perlukan sokongan, dapatkan bantuan pakar atau organisasi berkaitan. – RELEVAN
    Previous ArticleMengapa memori lebih penting berbanding barangan?
    Next Article Hadiah buat ibu cetus minat gubah bunga

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.