Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar

    FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar

    By Zubaidah IbrahimFebruary 22, 2023Updated:February 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KES FTD biasanya didiagnosis dalam kalangan individu berumur 45 hingga 65 tahun.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    “Demensia frontotemporal (FTD) adalah penyakit kejam yang ramai di antara kita tidak pernah mendengarnya dan boleh menyerang sesiapa sahaja,” luah keluarga selebriti ternama Hollywood, Bruce Willis.

    Pada tahun lalu, aktor berusia 67 tahun itu disahkan menghidap penyakit afasia dan baru-baru ini ahli keluarganya mendapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu disebabkan oleh FTD.

    Menurut NHS, FTD adalah jenis demensia yang jarang berlaku. Penyakit ini menyebabkan masalah berkaitan dengan tingkah laku dan bahasa.

    Demensia adalah nama untuk masalah kebolehan mental yang disebabkan oleh perubahan beransur-ansur dan kerosakan pada otak. FTD pula menjejaskan bahagian depan dan sisi otak.

    “Kebanyakan penyakit demensia menyerang mereka yang berumur 65 tahun ke atas tetapi FTD cenderung terjadi kepada mereka berusia lebih muda.

    “Kes FTD kebiasaannya didiagnosis dalam kalangan individu berumur 45 hingga 65 tahun. Penyakit ini boleh menjejaskan orang yang lebih muda atau lebih tua,” kata NHS.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan – Relevan

    Seperti jenis demensia yang lain, penyakit itu cenderung berkembang dengan perlahan dan menjadi semakin teruk selama beberapa tahun.

    Gejala FTD

    NHS menjelaskan beberapa gejala FTD yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:

    • Perubahan personaliti dan tingkah laku 

    Bertindak secara tidak wajar atau impulsif, kelihatan mementingkan diri sendiri atau tidak bersimpati, mengabaikan kebersihan diri, makan berlebihan dan kehilangan motivasi.

    • Masalah bahasa

    Bercakap perlahan, bergelut untuk mengeluarkan bunyi yang betul apabila menyebut sesuatu perkataan, mendapatkan perkataan dalam susunan yang salah atau menggunakan perkataan yang salah

    • Masalah dengan kebolehan mental

    Mudah terganggu, bergelut dengan perancangan dan organisasi

    • Masalah ingatan

    Hal ini akan muncul kemudian, tidak seperti bentuk demensia yang biasa seperti penyakit Alzheimer.

    Dalam pada itu, pesakit juga mungkin terdapat masalah fizikal seperti pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing, kelemahan otot dan sukar menelan.

    Masalah ini boleh menyukarkan aktiviti harian dan akhirnya orang itu tidak dapat menjaga diri sendiri.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik – Relevan

    Rawatan 

    Pada masa ini tiada ubat untuk FTD atau sebarang rawatan yang akan memperlahankannya.

    Tetapi terdapat rawatan yang boleh membantu mengawal beberapa gejala seperti berikut:

    • Ubat 

    Untuk mengawal beberapa masalah tingkah laku

    •  Terapi 

    Pesakit akan menjalani fisioterapi pekerjaan, pertuturan dan bahasa untuk masalah pergerakan, tugas harian serta komunikasi.

    • Kumpulan sokongan

    Kumpulan sokongan membantu pesakit dan keluarga dengan berkongsi tip serta panduan untuk menguruskan masalah ini.

    Punca FTD

    Demensia jenis ini disebabkan oleh gumpalan protein abnormal yang terbentuk di dalam sel otak. Ia merosakkan sel dan menghentikannya untuk berfungsi dengan baik.

    Protein banyak terkumpul di hadapan dan temporal lobus otak di bahagian depan serta sisi. Ini penting untuk mengawal bahasa, tingkah laku dan keupayaan untuk merancang serta mengatur.

    Walaupun tiada sebab yang jelas bagaimana penyakit ini terjadi. Selalunya ia ada kaitan dengan genetik. 

    Satu daripada lapan orang yang menghidapi FTD akan mempunyai saudara mara yang turut terjejas oleh keadaan tersebut.- RELEVAN

    Previous Article184 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article Berhati-hati sebelum melabur, ini 5 entiti yang masuk dalam senarai amaran terbaharu Suruhanjaya Sekuriti

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.