Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berhati-hati sebelum melabur, ini 5 entiti yang masuk dalam senarai amaran terbaharu Suruhanjaya Sekuriti

    Berhati-hati sebelum melabur, ini 5 entiti yang masuk dalam senarai amaran terbaharu Suruhanjaya Sekuriti

    By Umi FatehahFebruary 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Siasat dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan skim pelaburan sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak. - GAMBAR HIASAN UNSPLASH

    SEBELUM ini, Relevan banyak membincangkan dan mengupas bagaimana pelaburan boleh menjadi cara terbaik untuk menambah pendapatan. 

    Meskipun terdapat pelbagai kelebihan dalam melakukan pelaburan atau menerima pelabur, orang ramai perlu berhati-hati dan lakukan semakan terperinci dahulu. Hal ini kerana ia berkaitan duit peribadi anda sendiri, bukankah nak cari duit itu memenatkan? 

    Jadi, janganlah sampai sudah terhantuk kepala baru terngadah. Siasat dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan skim pelaburan sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak.

    Oleh itu, Relevan senaraikan beberapa entiti yang disenaraikan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) buat perhatian para pelabur semua.

    1. Pixelvest Sdn. Bhd. dan Infinity Trustee Berhad (kini dikenali sebagai Perintis Amanah Berhad)

    Kedua-dua entiti ini dikatakan telah menjalankan aktiviti pengurusan dana pasaran modal tidak berlesen. Perintis Amanah Berhad juga disenarai hitamkan kerana menawarkan produk amanah tunai yang melibatkan Pixelvest Sdn. Bhd.

    1. Kucoin (potensi kewujudan entiti klon)

    Entiti ini tersenarai atas sebab berpotensi beroperasi secara klon dalam mengendalikan skim pelaburan yang tidak sah dari segi undang-undang. Selain itu, mereka juga menguruskan pertukaran aset digital (DAX) tanpa pendaftaran yang sah.

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 tip memulakan pelaburan saham

    1. Grimes James (Pelaburan Saham Patuh Syariah) 

    Skim pelaburan haram ini menawarkan pulangan tinggi yang bersifat terlalu indah untuk menjadi kenyataan. Sebagai contoh, mereka menjanjikan pulangan sebanyak RM10,999 dengan pelaburan berjumlah RM300.

    Mereka turut menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen bagi tujuan berurus niaga dalam sekuriti. Hal ini akan mencemarkan nama SC kerana kegiatan yang dijalankan tidak telus tetapi mereka memasarkan perniagaan seakan berdaftar dengan SC.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pelaburan aktif vs pasif: Fahami ciri kedua-duanya sebelum buat pilihan

    1. LCM4U

    Entiti ini tersenarai kerana menjalankan aktiviti pengurusan dana pasaran modal tidak berlesen. Menurut Garis Panduan Fungsi Pematuhan bagi Syarikat Pengurusan Dana, setiap lembaga pengarah syarikat mesti memastikan hanya individu yang berlesen sahaja boleh menjalankan perniagaan.

    1. Norazambudinn (Potensi kewujudan entiti klon)

    Entiti ini tersenarai atas sebab berpotensi beroperasi secara klon yang mengendalikan skim pelaburan haram dengan menawarkan pulangan tinggi yang tidak masuk akal. Sebagai contoh, menawarkan pulangan berjumlah RM90,000 dalam 72 jam dengan pelaburan sebanyak RM50,000.

    Entiti ini juga menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenal pasti ciri penipuan pelaburan, jangan termakan janji palsu

    Lima entiti yang disenaraikan Relevan ini hanya sebahagian kecil daripada senarai panjang yang telah dikeluarkan oleh SC. Untuk senarai penuh, anda boleh merujuk laman web SC sendiri.

    Menurut SC, entiti-entiti ini tersenarai atas kesalahan seperti menjalankan aktiviti dan beroperasi tanpa lesen. Ini termasuk berurus niaga dalam sekuriti, derivatif dan pengurusan dana.

    Syarikat-syarikat yang memberi nasihat berkaitan kewangan korporat atau pelaburan hendaklah mendapatkan lesen daripada SC terlebih dahulu. 

    Ada juga individu-individu yang menawarkan khidmat berbayar sebagai perancang kewangan dan urusan dalam skim persaraan swasta juga dimasukkan dalam senarai amaran kerana beroperasi tanpa kebenaran dan lesen daripada pihak SC. 

    Apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan SC seperti menyalahgunakan logo dan memburukkan imej SC juga akan disenaraikan dalam senarai amaran. Untuk mengetahui syarikat-syarikat lain yang tersenarai, lakukan semakan di Investor Alert List. – RELEVAN

    featured kewangan Umi Fatehah
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.