Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan

    Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan

    By Zubaidah IbrahimJanuary 5, 2023Updated:January 5, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SENDAWA bukan hanya menjadi petanda perut sudah kenyang, tetapi awas ia juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan.- GAMBAR HIASAN/WAYHOMESTUDIO/FREEPIK

    APABILA selesai menikmati makanan, secara semula jadi kita akan sendawa sebagai tanda perut sudah kenyang.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebih boleh menyebabkan perut kembung.

    “Antara punca sendawa yang banyak ialah makan atau minum terlalu cepat, terlalu banyak berbual ketika makan, mengunyah gula-gula getah, minum minuman berkarbonat, merokok dan makan makanan yang berangin,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Jelas beliau, ada beberapa keadaan yang mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu seperti berikut:

    1. Aerofagia

    Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Oleh itu, tubuh cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stres. Ini menyebabkan seseorang itu akan kerap sendawa.

    2. Sendawa supragastrik

    Sendawa supragastrik berlaku apabila esofagus terlalu cepat mengeluarkan udara sebelum menelan udara dan masuk ke perut. Ia selalunya terjadi kepada mereka yang menghidap anorexia nervosa dan obsessive compulsive disorder (OCD).

    3. GERD

    Gastroesophageal reflux disease (GERD) berlaku apabila asid perut naik dari perut ke mulut. Ini menyebabkan keradangan pada esofagus dan membuatkan individu tersebut menelan lebih banyak udara, seterusnya menyebabkan sendawa terus-menerus.

    4. Gastroparesis

    Gastroparesis terjadi apabila perut lambat dikosongkan semasa proses pencernaan. Ini bermakna lebih banyak masa yang diambil untuk mencernakan makanan. Keadaan itu berlaku terutama dalam kalangan pesakit diabetes.

    Lebih lama proses pencernaan, lebih banyak udara dihasilkan maka, lebih banyak sendawa akan terjadi.

    5. Jangkitan Helicobacter pylori

    Jangkitan bakteria H. pylori dalam perut boleh menyebabkan gastritis dan gastrik ulser. Ini meningkatkan penghasilan gas dan lebih banyak sendawa.

    Zubaidi turut berkongsi beberapa cara untuk mengurangkan sendawa seperti berikut:

    1. Mengubah cara pemakanan

    • Kurangkan makanan berkanji
    • Makan perlahan
    • Elakkan minuman berkarbonat

    2. Pengambilan ubat

    Mengambil beberapa ubat sintetik dan dapatkan nasihat dari pegawai farmasi. Antaranya domperidon dan metoclopramide.

    3. Bagi pesakit GERD dan gastritis, doktor mungkin memberikan:

    • Antasida
    • Proton pump inhibitor

    4. Prebiotik dan probiotik 

    Amalkan prebiotik dan probiotik dalam pemakanan bagi melancarkan pencernaan. Begitu juga pengambilan minyak zaitun setiap hari.- RELEVAN

    Previous ArticleRangkuman isu kemasukan warga China, risiko gelombang Covid-19 baharu
    Next Article 571 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.