Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik

    Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik

    By Zubaidah IbrahimJune 28, 2022Updated:June 29, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MASALAH obesiti bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi turut menjadi dilema dalam kalangan kanak-kanak yang boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik jika tidak dibendung dari awal.

    Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ch’ng Tong Wooi, punca utama obesiti di Malaysia adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan berkalori tinggi.

    “Kanak-kanak cenderung untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Mereka juga gemar mengambil makanan ringan yang tidak sihat serta tinggi kandungan gula dan lemak. 

    “Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dijalankan setiap empat tahun menunjukkan 50.1 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti manakala 30 peratus daripada kanak-kanak berumur antara lima hingga 13 tahun mengalami berat badan berlebihan,” katanya.

    DR. CH’NG TONG WOOI

    Tambah beliau, kebanyakan punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sekunder kepada pengambilan kalori yang berlebihan dan kurang bersenam. Walau bagaimanapun, kita juga perlu melihat kemungkinan disebabkan oleh genetik jika obesiti kanak-kanak bermula pada usia lebih muda seawal lima tahun.

    Mengulas mengenai risiko yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak obesiti, beliau memberitahu, mereka bakal berhadapan dengan masalah kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.

    “Obesiti juga boleh menyebabkan badan kurang berupaya untuk menggunakan gula sekali gus, menyebabkan kencing manis. Di samping itu, kolesterol yang tinggi juga  boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

    “Langkah yang paling penting untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengubah gaya hidup. Ia termasuklah mengamalkan diet yang sihat, mengurangkan pengambilan kalori dalam diet dan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan.

    Foto: Kampus Production-Pexels

    “Kanak-kanak juga disyorkan bersenam sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit setiap hari. Selain itu, cara hidup setiap hari seperti menggunakan tangga, berjalan kaki dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan juga dapat membantu mengurangkan berat badan,” terangnya.

    Dalam pada itu, beliau turut mengesyorkan kawalan saiz hidangan bagi mencegah masalah obesiti iaitu dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh. 

    Sebagai contoh, suku bahagian merupakan berasaskan protein seperti daging, ayam atau ikan. Suku bahagian lagi terdiri daripada sumber karbohidrat dan separuh bahagian lagi adalah sayur-sayuran atau buah-buahan.

    “Beras cenderung menjadi makanan ruji orang Asia. Oleh itu, kami mengesyorkan pengambilan jumlah nasi agak setara dengan saiz segenggam tangan kanak-kanak.

    “Kanak-kanak yang mengalami obesiti perlu berhenti minum jus kerana menurut American Academy of Pediatrics (AAP), jus adalah kalori kosong dan ia harus diganti dengan keseluruhan buah-buahan,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous Article1,894 kes baharu Covid-19, 8 kematian dilaporkan semalam
    Next Article 4 tanda anda perlukan bantuan pakar kesihatan mental

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.