SEBANYAK 175 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 211 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,038,170 kes.
196 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,991,173 kes.
Sebanyak satu kematian dilaporkan semalam dan ia merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,944 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,053 kes dengan 9,659 kes atau 96.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 388 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 1 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 5 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN