Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    By Umi FatehahFebruary 7, 2023Updated:February 17, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEJAK kelmarin, seluruh dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi di Türkiye yang menyayat hati. Menurut New York Times, gempa bumi itu turut dirasai di Syria, Lubnan dan Israel. 

    Tragedi kali ini dikatakan seteruk dengan gempa bumi yang berlaku pada tahun 1939 iaitu yang paling kuat dalam sejarah Türkiye.

    Ekoran bencana yang dilanda, Türkiye mengisytiharkan tujuh hari berkabung nasional sebagai penghormatan kepada mangsa yang terlibat. Menurut Utusan Malaysia, laporan setakat jam 11:45 pagi 7 Februari mencatatkan angka korban melepasi 4,300 orang. 

    Atas dasar hubungan diplomatik erat yang wujud antara Malaysia, Türkiye dan Syria, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat negara terbabit susulan tragedi gempa bumi yang melanda negara tersebut.

    Ketika membaca berita berkaitan Türkiye, pasti anda tertanya-tanya, mengapa media-media menggelar negara itu sebagai Türkiye dan bukan Turki atau Turkey seperti sebelum-sebelum ini?

    Sebenarnya, negara tersebut telah menzahirkan permintaan rasmi untuk dikenali sebagai Türkiye. Menurut BBC, Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan telah meminta masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf negara tersebut dengan nama Turkinya iaitu Türkiye.

    Secara tidak langsung, permintaan itu menggugurkan gelaran versi bahasa Inggeris yang sering dikelirukan dengan ayam belanda yang dipanggil Turkey dalam bahasa Inggeris.

    Selain itu, syarikat penyiaran kebangsaan Türkiye berkata, salah satu makna Turkey dalam Cambridge English Dictionary mendefinisikannya sebagai makna yang tidak baik iaitu ‘sesuatu perkara gagal atau teruk’ dan ‘orang yang bodoh’.

    “Perkataan Türkiye mewakili dan melambangkan budaya, tamadun serta nilai negara ini dengan terbaik,” kata Erdoğan.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Perdagangan Dunia dan North Atlantic Treaty Organization (NATO) telah menerima pakai Türkiye yang disebut sebagai ‘tur-key-yay’, berikutan permintaan rasmi daripada pihak berkuasa negara itu.

    Pertukaran nama negara Turki atau Turkey kepada Türkiye secara rasminya berlaku pada 2022.

    Sebenarnya, pertukaran nama bagi negara bukanlah sesuatu perkara yang aneh. Penjenamaan semula nama negara boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada untuk keluar daripada zon selesa, memberikan imej yang lebih positif atau atas dasar politik.

    Dalam beberapa tahun sebelum ini, pelbagai negara ingin mempromosikan diri mereka di peringkat antarabangsa dan mengubah cara pandangan dunia melihat mereka. Selain itu, seperti apa yang dilakukan oleh Türkiye, nama ditukar bagi menyerlahkan lagi identiti unik mereka.

    Antara negara yang menukar nama ialah Belanda. Belanda menggugurkan nama ‘Holland’ dalam usaha untuk menukar imejnya. Sebelum itu, Macedonia menukar namanya kepada Macedonia Utara kerana pertikaian politik dengan Greece.

    Pada tahun 1935, Iran menukar namanya daripada Persia (Parsi) iaitu nama yang sering digunakan oleh orang Barat. Perkataan Iran bermaksud Persian dalam bahasa Parsi. 

    Tetapi pada masa itu, mereka merasakan bahawa negara itu harus menggelar dirinya dengan nama yang digunakan secara tempatan, bukan nama yang diberi daripada negara-negara lain. – RELEVAN

    featured pendidikan turkiye
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.