ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 420 kes semalam berbanding 513 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,027,097 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 547 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,978,369 kes.
Sebanyak empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,857 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,854 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,871 kes dengan 11,232 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 609 kes atau 5.1% pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 9 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN