KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 513 kes semalam berbanding 583 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,026,677 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 833 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,977,822 kes.
Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,853 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,852 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 12,002 kes dengan 11,349 kes atau 94.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 620 kes atau 5.2% pesakit dirawat di hospital, 18 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN