Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berpuasa waktu terbaik untuk bersenam, ketahui manfaat dan cara melakukannya

    Berpuasa waktu terbaik untuk bersenam, ketahui manfaat dan cara melakukannya

    By Zubaidah IbrahimApril 20, 2022Updated:March 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Jonathan Borba/Pexels

    BERPUASA tidak menjadi halangan untuk melakukan aktiviti senaman dan latihan kecergasan, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan dan pada masa sama boleh melaksanakan ibadah rukun Islam ketiga itu dengan sebaik mungkin.

    Menurut Jurulatih Kecergasan, Natasha Zainal, melakukan aktiviti kecergasan ketika berpuasa adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan lebih banyak tenaga, namun perlu tahu caranya.

    “Lebih banyak kita melakukan senaman, maka lebih banyak tenaga yang akan diperoleh.

    “Pada bulan Ramadan kita sebenarnya hendak mengekalkan tahap metabolisme dan membina otot. Metabolisme tinggi akan menjadikan pembakaran lemak dalam badan lebih efisien yang mana sekali gus, memudahkan proses menurunkan berat badan,” katanya yang berpengalaman selama lapan tahun sebagai jurulatih kecergasan.

    Natasha atau lebih dikenali sebagai Coach Tas itu turut berkongsi tiga cara senaman yang sesuai untuk dilakukan pada bulan Ramadan.

    1. Lakukan senaman yang sesuai dengan tahap diri anda dan jangan sesekali mencuba latihan kecergasan berintensiti tinggi.
    2. Buat senaman yang berintensiti rendah kerana pada bulan Ramadan kita mahu mengekalkan kecergasan dan bukannya ingin melihat kemajuan dalam latihan kecergasan.
    3. Anda perlu bersenam dalam jangka masa yang singkat kerana ketika berpuasa tenaga berkurang dan badan letih.

    Jelasnya, masa terbaik untuk melakukan senaman ialah satu jam sebelum berbuka dalam tempoh 30 minit sahaja dan melakukan latihan senaman berintensiti rendah.

    Selain itu, senaman juga boleh dilakukan selepas berbuka, tetapi pastikan ketika berbuka anda tidak makan terlalu berat. Boleh juga melakukan latihan kecergasan selepas solat tarawih dalam tempoh sekitar 35 hingga 45 minit maksimum.

    COACH TAS

    Pun begitu, Coach Tas memberi peringatan agar tidak melakukan sebarang aktiviti senaman atau kecergasan sebelum dan selepas waktu sahur.

    “Kedua-dua waktu itu sepatutnya anda berehat dan simpan tenaga untuk digunakan sepanjang hari.

    “Pastikan anda tidur dan rehat dengan secukupnya,” ujar wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

    Coach Tas berkata, ketika berpuasa badan melalui proses detoksifikasi dan pada masa sama sel-sel dalam badan berehat serta diremajakan. 

    Sehubungan itu, ia adalah masa terbaik untuk kita mengambil pemakanan terbaik dan bernutrisi.

    “Waktu sahur kita perlu ambil pemakanan yang lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat.

    “Dengan pemakanan dan senaman yang betul akan memudahkan proses menurunkan berat badan,” tutur ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

    Sementara itu, beliau turut berkongsi tip untuk memastikan minum air secukupnya ketika bulan puasa bagi mengelakkan dehidrasi.

    “Minum air putih sebanyak 500 mililiter (ml) ketika berbuka puasa sebelum menjamah makanan utama dan selepas makan makanan utama teguk sedikit demi sedikit sebanyak 500ml air.

    “Pada waktu Isyak atau selepas tarawih pula, saya akan minum satu liter air dan moreh sebanyak 200 hingga 500ml. Kemudian, sahur sebanyak 500ml,”ujarnya.-RELEVAN

    bersenam bersenam ketika puasa featured puasa Ramadan
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.