Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lindungi segala yang bermakna, jalani kehidupan lebih cerah dengan perlindungan insurans

    Lindungi segala yang bermakna, jalani kehidupan lebih cerah dengan perlindungan insurans

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 2, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERLINDUNGAN insurans diperlukan untuk menjalani kehidupan yang tenteram. - GAMBAR HIASAN/ZURICH

    Sejarah perkhidmatan insurans boleh dijejak sejak lebih 300 tahun dahulu. Malah, jika kita ambil kira kontrak botomri maritim zaman kuno, ia bermula sejak ribuan tahun dahulu.

    Insurans adalah tentang perlindungan daripada risiko yang kita hadapi setiap hari. Kecelakaan seperti kemalangan, bencana alam malah kematian datang tanpa amaran. Manusia sejak ribuan tahun dahulu sudah faham tentang kenyataan ini maka disebabkan itu, sistem insurans wujud.

    Naluri kemanusiaan akan mencari perlindungan daripada sebarang kecelakaan yang tidak dijangka. Kita tidak boleh mengelak daripada takdir tetapi kita boleh membuat persediaan dengan melindungi segala yang bermakna.

    Namun, faktor utama kewujudan sistem insurans adalah ketenteraman hidup. Dengan perlindungan insurans, kita dapat menjalani kehidupan tanpa perlu merasa bimbang tentang masa akan datang.

    Perlindungan insurans meredakan kegusaran supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan gembira bersama keluarga dan yang tersayang.

    EMPAT JENIS PERLINDUNGAN UTAMA

    Terdapat banyak jenis perlindungan yang ditawarkan oleh pelbagai penyedia  insurans dan takaful. Empat jenis perlindungan yang popular dan penting ialah perlindungan hayat, rumah, kenderaan dan perniagaan.

    Keempat-empat perlindungan ini adalah sangat penting untuk kesejahteraan dan juga kewangan bagi setiap premium atau caruman yang dikeluarkan oleh setiap pelanggan.

    Tidak banyak pengendali insurans dan takaful yang menawarkan keempat-keempat jenis perlindungan ini. Antara yang menawarkan perlindungan menyeluruh kepada pelanggannya ialah Zurich Malaysia.

    Zurich merupakan antara syarikat insurans bertaraf dunia yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkhidmatannya yang ke-150 tahun.

    Empat produk yang ditawarkan Zurich Malaysia bukan sekadar melindungi pelanggannya daripada pelbagai risiko, malah memberikan ketenteraman yang diperlukan untuk kita menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera dan gembira.

    TAKAFUL AL-SHAMS

    Salah satu produk takaful hayat baharu yang diperkenalkan oleh Zurich Malaysia ialah Takaful Al-Shams. Ia merupakan pelan penerimaan terjamin yang menyediakan perlindungan daripada pelbagai peristiwa luar jangka, termasuk kematian, ketidakupayaan dan kemalangan.

    Dengan ciri penerimaan terjamin, produk ini memastikan anda boleh mendapat perlindungan dalam apa jua keadaan kesihatan. Ini bermakna, anda tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk melanggan.

    Dengan caruman yang berpatutan, Takaful Al-Shams memberikan jaminan kewangan kepada keluarga anda melalui beberapa manfaat seperti kematian/ hilang upaya keseluruhan dan kekal (HUKK) atau hilang upaya warga emas (HUWE), kematian akibat kemalangan am, kematian akibat kemalangan pengangkutan awam dan kematian akibat kemalangan di luar negara.

    Malah, produk ini turut menawarkan manfaat Sokongan Hilang Upaya yang memberikan manfaat HUKK sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat HUWE sehingga akhir tempoh sijil.

    Dengan Takaful Al-Shams juga, sekiranya anda mengalami HUKK, tambahan 5 peratus daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar kepada anda selama lima tahun. Ini bagi meringankan beban kewangan serta membantu anda untuk kembali pulih dan sihat.

    Produk ini turut memberikan manfaat kematian akibat kemalangan untuk ahli keluarga. Sekiranya mana-mana empat orang ahli keluarga anda meninggal dunia akibat kemalangan, RM10,000 akan dibayar secara sekali gus bagi setiap ahli keluarga.

    Sekiranya pencarum sendiri meninggal dunia, RM2,000 akan dibayar secara sekali gus sebagai bantuan kewangan dan empat orang ahli keluarga pencarum layak menyertai pelan takaful keluarga Zurich yang baharu.

    Pelan tersebut memberikan perlindungan sehingga 25 peratus daripada Jumlah Perlindungan Asas tanpa taja jamin perubatan.

    Maklumat lanjut berkenaan Takaful Al-Shams boleh diperolehi di sini.

    Z-DRIVER TAKAFUL

    Untuk perlindungan kenderaan, Zurich menawarkan Z-Driver Takaful, satu pelan takaful kenderaan yang komprehensif dan patuh syariah.

    Melalui Z-Driver Takaful, pelanggan mendapat kelebihan bayaran caruman yang lebih rendah jika tergolong dalam segmen berisiko rendah. Pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 15 peratus jika memandu secara berhemah, pemandu wanita atau memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

    Anda juga boleh mendapat diskaun sehingga 20 peratus dengan memilih ekses sukarela. Ekses sukarela adalah amaun yang anda perlu tanggung  sekiranya berlaku tuntutan sebagai balasan untuk caruman takaful yang lebih rendah.

    Z-Driver Takaful juga memberikan perlindungan asas kemalangan diri bukan sahaja untuk anda sebagai pemandu, malah seluruh keluarga atau mana-mana penumpang lain yang ada di dalam kereta melalui perlindungan kemalangan diri sehingga RM175,000 setiap kereta, dengan caruman serendah RM15 setahun.

    Untuk melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan akibat malapetaka alam seperti banjir dan tanah runtuh, anda boleh menambah perlindungan bencana alam (Special Perils) pada kadar 0.2 peratus daripada amaun dilindungi kenderaan anda.

    Selain itu, takaful ini menawarkan perlindungan untuk kerosakan akibat banjir dengan ganti rugi sehingga RM5,000 untuk membersihkan kenderaan, dengan caruman serendah daripada RM10 setahun.

    Maklumat lanjut tentang Z-Driver Takaful boleh diperolehi di sini.

    ZURICH SME BUSINESS TAKAFUL

    Untuk mereka yang mempunyai perniagaan kecil dan sederhana, perlindungan terhadap perniagaan anda sangatlah penting. Dengan perlindungan yang menyeluruh dan terperinci, anda hanya perlu fokus untuk memajukan perniagaan. Jangan risau, Zurich lindungi semua.

    Zurich SME Business Takaful menawarkan dua pelan berbeza untuk dipilih pengusaha perniagaan, iaitu Z One Business dan Z Flexi Business.

    Z One Business sesuai untuk mereka yang mahukan perlindungan yang ringkas tetapi menyeluruh. Untuk perlindungan yang lebih anjal, Z Flexi Business adalah yang terbaik.

    Zurich SME Business Takaful merupakan pelan dengan penerimaan terjamin, apabila memenuhi syarat pengunderaitan. Malah, anda boleh menerima 30 peratus diskaun untuk takaful kebakaran dan manfaat-manfaat lain, seperti penggantian sistem anticuri dan kos pembersihan.

    Maklumat lanjut berkenaan Zurich SME Business Takaful boleh diperolehi di sini.

    Z-HOMEPROTECT TAKAFUL

    Kita berusaha keras untuk memiliki sebuah rumah sebagai tempat berteduh kita sekeluarga. Di dalam rumah, kita mencipta banyak memori bersama keluarga.

    Mendapatkan perlindungan untuk rumah bukan sekadar melindungi binaan fizikalnya, malah setiap memori yang dicipta di dalam rumah tersebut.

    Melalui Z-HomeProtect Takaful, rumah anda dilindungi daripada kerugian atau kerosakan kepada bangunan dan isi rumah. Ini termasuk kerugian dan kerosakan daripada kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah dan letupan.

    Malah, takaful ini juga melindungi rumah anda daripada bencana alam seperti ribut taufan, siklon, taufan, ribut, gempa bumi dan banjir.

    Pelan ini juga mengandungi dua seksyen dan pencarum boleh memilih untuk menyertai Seksyen 1, Seksyen 2 atau kedua-duanya sekali.

    Maklumat lanjut berkenaan Z-HomeProtect Takaful boleh diperolehi di sini.

    MASA HADAPAN YANG CERAH

    Setiap hari, kita berhadapan bahaya dan bencana. Malang sering datang tidak berbau maka setiap hari juga, kita perlu sediakan perlindungan untuk diri, keluarga dan harta.

    Mereka yang hidup setiap hari tanpa perlindungan sering dihurung rasa bimbang. Rasa bimbang merentap kegembiraan menikmati hidup. Kerana bimbang, kita tidak mampu hidup sepenuhnya.

    Di sini hadir kepentingan mempunyai perlindungan insurans atau takaful. Ia bukan sekadar melindungi diri, keluarga dan harta daripada sebarang risiko tetapi lebih penting lagi, ia memberi ruang kepada kita untuk menikmati hidup sepenuhnya dengan gembira tanpa rasa bimbang.

    Kita menjalani kehidupan dengan meraikan segala yang bermakna di sekeliling kita. Maka wajiblah untuk #LindungiSegalaYangBermakna, seperti dalam kempen yang digerakkan Zurich.

    Dua ciri perlindungan yang baik untuk anda: menyeluruh dan dipercayai. Melalui empat liputan yang ditawarkan Zurich – perlindungan hayat, kenderaan, rumah dan perniagaan – serta pengalaman syarikat ini dalam sektor insurans dan takaful, Zurich ialah pilihan terbaik anda untuk membina masa hadapan yang cerah bersama. – RELEVAN

    advertorial featured insurans kewangan Zurich
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.