SEBANYAK 1,576 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,502 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,001,908 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,278 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,943,392 kes.
Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,716 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,818 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 21,800 kes dengan 20,198 kes atau 92.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,504 kes atau 6.9% pesakit dirawat di hospital, 29 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 69 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN