Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peningkatan kes HFMD mendadak, pakar kesihatan kongsi tip mencegah dan merawat

    Peningkatan kes HFMD mendadak, pakar kesihatan kongsi tip mencegah dan merawat

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) merujuk kepada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).  

    Penularan penyakit ini berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) atau najis kanak-kanak yang dijangkiti.  Penularan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

    Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka di mulut (ulcer), ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. 

    HFMD di negara kita mencatatkan peningkatan yang mendadak sejak awal 2022.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 31,661 kes dicatatkan di seluruh negara setakat rekod yang dilaporkan pada hari terakhir Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 iaitu 14 Mei lalu.

    “Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain dengan 8,864 kes (28%).

    “Diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 4,421 kes (14%), Sabah 2,650 kes (8%), Perak 2,638 kes (8%) dan Kelantan 2,493 kes (7.9%) sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 1,500 kes,” jelas Dr. Noor Hisham.

    Menurut perkongsian bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologis, Dato’ Dr. Zainal Ariffin Omar, peningkatan kes secara mendadak ini berpunca kepada pergaulan dan interaksi sesama kanak-kanak terutamanya semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

    “Tadika dan sekolah juga sudah mula beroperasi secara penuh yang mengumpulkan ramai kanak-kanak dalam satu tempat yang sama.  Hal ini juga menjadi faktor kepada peningkatan kes HFMD di negara kita,” tambah beliau.

    Kebiasaannya, komplikasi HFMD tidak serius.  Namun, kanak-kanak yang dijangkiti perlu dirawat terutamanya ketika menunjukkan simptom awal seperti demam.  

    Zainal juga berkongsi bahawa penyakit HFMD boleh menjangkiti pelbagai umur. Namun, HFMD lebih banyak berlaku kepada kanak-kanak.  

    Ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur enam tahun ke bawah perlu memberi perhatian yang lebih dalam memantau kesihatan anak-anak kerana kumpulan umur ini lebih cenderung dijangkiti HFMD.

    Setakat ini, taburan kes dalam kalangan kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah mencatatkan sebanyak 29,781 kes (94%), diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes (5%).

    Zainal telah berkongsi beberapa tip untuk mencegah dan merawat anak-anak yang dijangkiti HFMD.

    1. Ibu bapa perlu peka dan ambil berat tentang kesihatan anak-anak 

    Jika anak anda menunjukkan simptom, elakkan untuk membawanya keluar rumah. Terus bawa anak ke klinik atau hospital yang berdekatan jika anak mula mempunyai gejala bagi mendapatkan rawatan dan nasihat supaya tidak memburukkan lagi keadaan kesihatan anak.

    Elakkan juga daripada membiarkan anak-anak bergaul dengan kanak-kanak lain yang menunjukkan simptom. 

    2. Menjaga kebersihan

    Terapkan amalan menjaga kebersihan ketika menjaga anak-anak.  Ibu bapa perlu kerap mencuci tangan dengan sabun terutamanya selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh atau merawat lepuh dan semasa mencuci najis anak-anak.

    Kerap mencuci permainan anak-anak, lantai rumah serta kawasan yang dekat dengan kanak kanak, terutamanya tandas.  Menggunakan cecair pembasmi kuman berasaskan klorin (chlorine-based) untuk memastikan permainan dan kawasan persekitaran anak-anak bersih daripada kuman.

    3. Asingkan pakaian dan permainan anak-anak

    Pakar juga menasihatkan untuk mengasingkan pakaian anak-anak ketika mencucinya.  Hal ini kerana, golongan dewasa mempunyai risiko rendah untuk dijangkiti HFMD, tetapi berpotensi untuk menjadi pembawa.  

    Permainan juga perlu diasingkan dan elakkan berkongsi kerana tidak mahu anak-anak berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain yang dijangkiti HFMD. Lebih baik mencegah pada peringkat awal daripada sudah terhantuk baru terngadah.

    4. Menjaga pemakanan anak-anak

    Pastikan anak-anak makan makanan yang bernutrisi untuk menguatkan antibodi mereka.  Makan makanan yang sejuk seperti ais krim untuk membantu mengurangkan luka di dalam mulut.  

    Elakkan pengambilan makanan dan minuman berasid seperti buah sitrus, minuman buah-buahan dan soda, makanan masin atau pedas.  Sebaliknya, makan makanan lembut yang tidak memerlukan banyak mengunyah.

    Penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).  Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan melaporkan kes HFMD di taska, tadika dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. 

    Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengaktifkan ciri terbaru semakan status penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) di aplikasi MySejahtera termasuk Covid-19, anjing gila (Rabies), demam campak (Measles), denggi dan HFMD di kawasan sekitar.

    Masyarakat diharapkan dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik lagi. – RELEVAN

    Previous ArticleCOPD antara punca kematian utama di seluruh dunia, jauhi rokok dan perokok
    Next Article 1,469 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.