SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,737 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,672 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,984,272 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,338 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,930,524 kes.
Sebanyak 17 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan enam kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) dilaporkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,684 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,808 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,960 kes dengan 23,018 kes atau 92.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,848 kes atau 7.4% pesakit dirawat di hospital, 37 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 57 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN