Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Permacrisis, partygate: ini maksud dan terjemahan 10 Words Of The Year Kamus Collins

    Permacrisis, partygate: ini maksud dan terjemahan 10 Words Of The Year Kamus Collins

    By November 4, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERMACRISIS diiktiraf sebagai Word Of The Year 2022 oleh Kamus Collins. - GAMBAR COLLINS DICTIONARY

    KAMUS berwibawa Inggeris, Kamus Collins mengiktiraf permacrisis sebagai perkataan untuk tahun 2022 bersama sembilan perkataan lain yang menggambarkan situasi dunia secara amnya dan United Kingdom (UK) secara khususnya.

    Permacrisis merupakan satu daripada enam perkataan baharu dalam daftar kata kamus tersebut yang tersenarai sebagai perkataan tahun ini (WOTY).

    Menurut Ketua Collins Learning, Alex Beecroft, permacrisis menyimpulkan betapa sukarnya kehidupan ramai orang sepanjang 2022.

    “Bahasa boleh menjadi cerminan kepada apa yang berlaku dalam masyarakat dan dunia yang lebih luas dan tahun ini telah memberi cabaran demi cabaran,” katanya seperti dipetik BBC.

    Senarai WOTY Kamus Collins dikumpulkan berdasarkan pemerhatian terhadap lapan bilion perkataan dalam pengkalan data perkataan Korpus Collins dan tambahan sumber media yang pelbagai, termasuk media sosial.

    ARTIKEL BERKAITAN: Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021

    Maksud permacrisis

    Walaupun baru memasuki Kamus Collins tahun ini, permacrisis bukanlah perkataan yang sepenuhnya baharu. 

    Menurut BBC, perkataan tersebut pertama kali muncul dalam konteks akademik pada dekad 1970-an.

    Permacrisis merupakan gabungan perkataan permanent (kekal) dengan crisis (krisis). Secara mudahnya, ia boleh diterjemahkan sebagai krisis kekal.

    Kamus Collins meletakkan takrif permacrisis sebagai tempoh ketidakstabilan dan ketidakselamatan yang berpanjangan, terutamanya disebabkan beberapa siri peristiwa bertahap bencana.

    Beecroft menyenaraikan peristiwa seperti Brexit, pandemik Covid-19, cuaca yang teruk, peperangan di Ukraine, ketidakstabilan politik, tekanan tenaga dan krisis kos sara hidup sebagai gambaran situasi krisis kekal di UK.

    “Kita sedang dalam ketidaktentuan dan kebimbangan yang berterusan,” katanya.

    Berikut merupakan sembilan lagi perkataan yang tersenarai dalam WOTY 2022 Kamus Collins. Selain definisinya menurut Kamus Collins, Relevan turut mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk digunakan.

    • Kyiv

    Maksud: Ibu negara Ukraine yang terletak di Sungai Dnieper.

    Terjemahan: Kyiv

    Peperangan di Ukraine memberi kesan kepada seluruh dunia, khususnya disebabkan gangguan pada rantaian dagang makanan dan kejutan harga bahan api. Kyiv sebagai ibu negara Ukraine turut terkesan dengan serangan oleh Rusia. 

    • Partygate

    Maksud: Skandal politik disebabkan himpunan sosial yang bertentangan dengan larangan kesihatan awam.

    Terjemahan: Skandal parti

    Disebabkan larangan kesihatan awam berkaitan Covid-19 yang menyekat perhimpunan beramai-ramai, ramai ahli politik, terutamanya di UK yang terlibat dalam skandal parti. Perbuatan mereka berparti ketika pandemik dilihat sebagai kecurangan terhadap kepercayaan awam.

    Di UK, ia bermula dengan skandal parti bekas Perdana Menteri, Boris Johnson dan berlarutan sehingga ke luar UK, termasuk melibatkan  Perdana Menteri Finland, Sanna Marin.

    Sedikit tambahan, -gate merupakan imbuhan akhiran yang membawa maksud skandal. Bermula dengan skandal Watergate di Amerika Syarikat (AS) pada 1972, -gate digabungkan dengan perkataan yang menjadi inti skandal yang dikaitkan, seperti Volgagate, Winegate dan Billygate.

    • Splooting

    Maksud: Perbuatan meniarap sepenuhnya dengan kaki terlentang (untuk binatang).

    Terjemahan: Tiarap tupai

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia hanya ada masa tiga tahun untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata saintis 

    Istilah ini dikatakan berasal dari slanga kumpulan peminat haiwan di media sosial, yang disebut ahli leksikografi, Grant Barrett sebagai bahasa Doggo. Ia merujuk kepada perbuatan binatang meniarap dengan kaki sepenuhnya terlentang, yang berasal dari cara tupai menyejukkan badan.

    Perbuatan binatang peliharaan seperti anjing dan kucing meniarap tupai banyak dikongsikan dalam media sosial. Selain comel, ia juga berkaitan situasi cuaca yang semakin panas akibat perubahan iklim.

    • Warm bank

    Maksud: Bangunan yang dikunjungi orang ramai yang tidak mampu menyediakan pemanas udara di rumah

    Terjemahan: Bank haba

    DI UK, kenaikan harga tenaga menyebabkan ramai yang tidak mampu menyediakan alat pemanas udara di rumah sendiri. Ini mendorong beberapa bangunan dan badan kebajikan membuka bank haba, tempat di mana golongan kurang berkemampuan boleh hadir untuk memanaskan badan.

    Selain haba, bangunan tersebut turut menyediakan aktiviti sosial untuk pengunjung.

    • Carolean

    Maksud: Berkaitan Raja Charles III

    Terjemahan: Carolean

    ARTIKEL BERKAITAN:  Apakah yang akan berlaku selepas Raja Charles III menjadi raja baharu Britain?

    Carolean merujuk kepada segala perkara berkaitan Raja Charles III yang naik takhta pada 8 September lalu, selepas kematian ibundanya, Elizabeth II. 

    Istilah Carolean pertama kali digunakan ketika pemerintahan Raja Charles II dari 1660 hingga 1685. Ia berasal daripada perkataan Carolus, ejaan Latin untuk Charles.

    • Lawfare

    Maksud: Penggunaan strategik prosiding undang-undang untuk menakutkan atau mengatasi lawan

    Terjemahan: Eksploitasi undang-undang

    Eksploitasi undang-undang berlaku apabila undang-undang digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan, baik dalam konteks politik, sosial mahupun hubungan antarabangsa.

    Istilah ini tidaklah baharu malah telah wujud puluhan tahun dahulu. Pada mulanya, ia digunakan untuk mengungkap perbuatan eksploitasi undang-undang dalam isu domestik. Kini, ia semakin berkembang ke ruang keselamatan negara dan hubungan antarabangsa.

    • Quiet quitting

    Maksud: Perbuatan melaksanakan pekerjaan tidak lebih daripada yang dipertanggungjawabkan

    Terjemahan: Henti senyap

    ARTIKEL BERKAITAN: Semua yang anda perlu tahu tentang ‘quiet quitting’ 

    Henti senyap bukan bermaksud pekerja yang berhenti kerja secara senyap-senyap. Ia merujuk kepada amalan melaksanakan pekerjaan mengikut deskripsi kerja tanpa memberikan usaha lebih untuk syarikat.

    Trend yang bermula dari TikTok ini menjadi istilah paling popular dalam dunia pekerjaan untuk tahun ini. Henti senyap bermaksud berhenti mengorbankan kehidupan di luar pejabat untuk syarikat.

    • Sportswashing

    Maksud: Promosi acara sukan untuk mengalih perhatian ramai daripada aktiviti yang menimbulkan kontroversi

    Terjemahan: Acah sukan

    Berbanding brainwash, istilah sportswash lebih terkait dengan greenwash dan whitewash. Ia bermaksud menggunakan acara sukan besar-besaran yang diminati ramai untuk mengalih perhatian orang ramai daripada perbuatan yang salah, khususnya berkaitan hak asasi manusia.

    Antara dakwaan perbuatan acah sukan yang berlaku adalah penganjuran Piala Dunia FIFA 1934 di Itali yang diperintah Benito Mussolini dan Sukan Olimpik 1936 di Jerman yang diperintah rejim Nazi.

    Tahun ini, acah sukan didakwa berlaku dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di China dan Piala Dunia FIFA di Qatar.

    • Vibe shift

    Maksud: Perubahan yang signifikan dalam persekitaran budaya yang lazim atau trend

    Terjemahan: Alih musim

    Pengasas K-HOLE, Sean Monahan mencipta istilah vibe shift bagi menggambarkan kemunculan trend baharu yang sangat berpengaruh. Alih musim yang dikenal pasti Monahan ialah era muzik indie/hipster pada 2003 hingga 2009; kebangkitan tekno/pascainternet (2010-2016) dan era hypebeast/woke (2016-2020).

    Perubahan trend yang mendadak membuatkan Monahan mencipta istilah ini. Cuba fikirkan, berapa banyak trend atau kegilaan massa yang telah kita lalui dalam tempoh dua dekad ini? Cabaran baldi ais, Gangnam Style, perubahan fesyen dan sekarang TikTok? – RELEVAN

    bahasa featured pendidikan Word of the Year
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.