Facebook Twitter
    Trending
    • Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan
    • Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya
    • 5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos
    • Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap
    • 6 langkah cipta bahagia bersama pasangan
    • 5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik
    • Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti
    • Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

      December 6, 2023

      Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

      December 5, 2023

      5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood

      December 4, 2023

      Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

      December 1, 2023

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023
    • Kewangan

      Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

      December 6, 2023

      Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani

      December 4, 2023

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023
    • Pendidikan

      6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

      December 5, 2023

      5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik

      December 5, 2023

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

      December 6, 2023

      Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

      December 5, 2023

      Merangkak keluar dari lembah rosot

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 petua menggunakan LinkedIn untuk menarik minat perekrut dan majikan

    5 petua menggunakan LinkedIn untuk menarik minat perekrut dan majikan

    By Umi FatehahNovember 4, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 petua menggunakan LinkedIn untuk menarik minat perekrut dan majikan. - Gambar Hiasan Souvik Banerjee/Unsplash

    LINKEDIN ialah platform rangkaian profesional terbesar di dunia. Kebiasaannya, LinkedIn digunakan untuk mencari syarikat, pekerjaan dan untuk melengkapkan latihan industri yang sesuai.

    Menurut LinkedIn, kita sedang hidup dalam era yang dipanggil The Great Reshuffle, iaitu era di mana majikan dan pekerja bersedia untuk merombak cara dan tempat bekerja. Hal ini kerana masing-masing mempunyai sasaran kerjaya dan perniagaan yang lebih menguntungkan.

    Rata-rata konsultan kerjaya juga memberi galakan untuk semua individu mencipta akaun LinkedIn. Perekrut dan majikan menggunakan LinkedIn untuk mencari calon pekerjaan dan ini telah menjadi sebab kukuh mengapa anda perlu mula mencipta akaun bagi jaminan kerjaya yang lebih kukuh.

    Alangkah indahnya jika tawaran kerja datang kepada anda tanpa perlu dicari. Tetapi, adakah keajaiban ini benar-benar boleh berlaku? Jawapannya, ya dan ia tidak mustahil untuk berlaku kepada anda. 

    Namun, anda perlu memudahkan urusan perekrut mencari anda dan LinkedIn ialah platform terbaik untuk menarik perhatian para perekrut dan majikan. Berikut, Relevan kongsikan 5 petua bagaimana anda boleh gunakan LinkedIn untuk menarik minat perekrut dan majikan menurut Hiredly.

    • Muat naik gambar profil yang profesional

    Tahukah anda bahawa akaun yang mempunyai gambar profil akan berada di kedudukan tertinggi dalam enjin carian? 

    Tetapi, penting untuk anda menggunakan gambar profil yang profesional untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang kemas, komited dan bersedia untuk bekerja. 

    Ambil foto dalam pencahayaan semula jadi dengan latar belakang yang tidak serabut. Anda dinasihatkan untuk pakai pakaian profesional seperti pakaian yang akan dipakai untuk menghadiri temuduga. Pastikan juga muka anda dapat dilihat dengan jelas dan kualiti gambar yang tidak kabur.

    Ini akan menjadi tanggapan pertama diri anda kepada para perekrut dan majikan. Oleh itu, penggunaan gambar dan penampilan yang sesuai adalah sangat penting.

    • Letakkan gambar di bahagian header yang sesuai

    Perkara pertama yang akan menarik perhatian perekrut dan majikan ialah gambar header di profil anda. Jadi jangan ambil remeh dan letakkan gambar yang tidak sesuai atau tidak berkaitan untuk ‘menjual’ diri sendiri kepada majikan.

    Sebaliknya, gunakan ruang ini dengan menyerlahkan nilai anda sebagai calon. Sebagai cadangan, pilih tiga kata kunci yang menerangkan perkara menarik tentang diri anda.

    Contohnya, tiga kata kunci berkaitan kerjaya yang bersesuaian dengan bidang anda seperti Pengurus, Penasihat, Konsultan Kerjaya. Ataupun, pilih tiga kata kunci yang menyerlahkan personaliti seperti Berdedikasi, Rajin dan Amanah. 

    Kemudian, hasilkan gambar header menarik dengan tiga kata kunci yang dipilih. Untuk memudahkan anda, Canva menyediakan pelbagai templat yang boleh anda guna untuk hasilkan gambar header yang bersesuaian.

    Manusia sifatnya mudah tertarik dengan imej yang menarik. Jadi, ini merupakan kaedah terbaik untuk menonjolkan profil anda. Sertakan bersama alamat e-mel dan nombor telefon dalam gambar header itu juga untuk memudahkan perekrut menghubungi anda.

    • Tulis ringkasan peribadi menggunakan kata ganti nama diri ketiga

    Bahagian ringkasan peribadi boleh dicari menerusi enjin carian. Maka, ia merupakan peluang yang baik untuk memasukkan kata kunci yang berkaitan dengan industri, kemahiran dan pengalaman sebagai pelajar atau kerja.

    Ringkasan peribadi terletak di bahagian atas halaman profil bagi membantu sesiapa yang melihat profil untuk mengetahui siapa anda sebenarnya. 

    Tuliskan tentang keseluruhan perjalanan kerjaya sama ada pekerjaan yang lepas atau kini.  Sekiranya anda pernah memegang jawatan yang menarik dan membuat pencapaian yang luar biasa sebelum ini, nyatakan dalam ringkasan peribadi.

    Pertimbangkan untuk menulis ringkasan ini dengan kata ganti nama diri ketiga. 

    Sebagai contoh, (nama) merupakan seorang graduan daripada Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media. (nama) telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik dan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah kelas pertama.

    (nama) bersedia untuk menawarkan khidmat dan kemahiran sedia ada dalam bidang kewartawanan, komunikasi korporat dan penulis kandungan. 

    • Nyatakan semua butiran pengalaman, termasuk yang tidak disenaraikan dalam resume

    Di LinkedIn, anda dinasihatkan untuk menyenaraikan seberapa banyak maklumat yang mungkin. Dengan menyenaraikan semua syarikat atau organisasi yang anda pernah bekerja akan membantu meningkatkan peluang untuk ditemui oleh perekrut dan orang yang ingin menjalinkan rangkaian.

    Apabila menyentuh bahagian pengalaman, tidak perlu menghuraikan sebanyak yang anda lakukan pada resume. Tetapi, di bahagian lain pada profil LinkedIn anda, fokus pada yang paling relevan dengan peranan dan jawatan yang ingin anda terokai pada masa hadapan.

    Selain itu, pastikan anda memberikan maklumat yang mencukupi tentang pekerjaan semasa supaya pembaca memahami perkara yang anda lakukan dan perkara yang telah dicapai dalam pekerjaan terkini.

    • Meminta pengesyoran

    Minta pengesyoran daripada penyelia, rakan sekerja dan pensyarah terdahulu untuk menjamin kebolehan dan kelayakan anda. Dengan pengesyoran daripada mereka, anda akan dapat menonjolkan diri daripada persaingan yang lain.

    Ia juga menandakan anda merupakan calon yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Pengesyoran juga dapat meningkatkan kepercayaan serta keyakinan perekrut dan majikan terhadap anda.

    Jika anda masih belum mempunyai profil di LinkedIn, masih belum terlambat untuk mula daftar hari ini. Tunjukkan kewujudan anda dengan berkongsi pendapat atau ulasan peribadi terhadap apa-apa isu yang dibincangkan dalam platform itu. – RELEVAN 

    cari kerja featured kerjaya linkedin majikan
    Artikel Terkini

    Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    December 6, 2023

    Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

    December 6, 2023

    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    December 6, 2023

    Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

    December 5, 2023

    6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    December 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.