Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021

    Word of the Year Oxford dari 2015 hingga 2021

    By September 15, 2022Updated:September 15, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADAKAH perkataan seperti virus yang memberi kesan kepada dunia sepanjang pandemik Covid-19 dipilih sebagai Word of the Year Oxford? - GAMBAR HIASAN/Nothing Ahead (Pexels)

    SETIAP tahun, Oxford Languages akan memilih satu perkataan atau ungkapan yang mempunyai pengaruh serta menarik perhatian ramai dalam tahun tersebut. Sejak 2004, perkataan yang dipilih kamus popular ini dijadikan panduan untuk mengimbau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dunia pada tahun tersebut.

    Menurut Oxford Languages, setiap tahun perkataan-perkataan yang mencerminkan semangat (ethos), suasana (mood) atau perhatian pada tahun tersebut akan dibahaskan oleh panel lantikan mereka.

    Satu lagi ciri penting untuk pemilihan Perkataan Tahun Ini (Word of the Year) oleh Oxford ialah potensinya untuk kekal sebagai perkataan yang membawa kepentingan budaya.

    Perkataan tersebut dipilih melalui pengumpulan data yang ekstensif oleh pasukan Oxford melalui pelbagai program penyelidikan, termasuk Korpus Oxford yang mengumpulkan kira-kira 150 juta perkataan bahasa Inggeris dari penerbitan berasaskan web setiap bulan.

    Perkataan-perkataan ini juga diambil dari saranan penyunting kamus serta cadangan orang ramai melalui media sosial.

    Akhirnya, Perkataan Tahun Ini yang muktamad akan dipilih oleh pasukan Oxford Languages berdasarkan semua maklumat yang diperolehi mereka.

    Perkataan Tahun Ini untuk 2022 belum lagi diumumkan namun Relevan membawakan kepada anda perkataan-perkataan yang telah dipilih sebagai Perkataan Tahun Ini oleh Oxford Languages sejak 2015 hingga kini. Kita imbau semula apa yang terjadi kepada dunia dalam tujuh tahun terakhir ini.

    Kindel Media (Pexels)

    2015 – ?

    Ini bukan typo. Memang emoji gelak dengan air mata dipilih sebagai Perkataan Tahun Ini oleh Oxford Languages pada 2015. Ia berikutan peningkatan penggunaan emoji pada tahun tersebut, terutamanya dalam media sosial.

    Emoji tersebut, yang nama rasminya merupakan “Face with Tears of Joy” pula merupakan emoji yang paling banyak digunakan pada tahun tersebut, merangkumi 20 peratus daripada keseluruhan penggunaan emoji di United Kingdom (UK) dan 17 peratus di Amerika Syarikat (AS).

    Lapan lagi perkataan yang disenarai pendek ialah:

    • Penghalang iklan (ad blocker)
    • Brexit
    • Web tertutup (dark web)
    • Lumberseksual (lumbersexual)
    • On fleek
    • Pelarian (refugee)
    • Ekonomi kongsian (sharing economy)
    • Mereka (they)
    DONALD TRUMP (AFP)

    2016 – Pascakebenaran (post-truth)

    Pascakebenaran merupakan kata sifat berkaitan keadaan yang mana fakta objektif kurang berkesan dalam membentuk pandangan awam yang lebih terpengaruh dengan emosi dan kepercayaan peribadi.

    Walaupun telah wujud lama, penggunaan perkataan tersebut meningkat pada 2016 disebabkan referendum UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah dan pilihan raya Presiden di AS yang menyaksikan kemenangan Donald Trump.

    Sembilan lagi perkataan yang disenarai pendek ialah:

    • Mendewasa (adulting)
    • Kanan alternatif (alt-right)
    • Brexiteer
    • Robot bual (chatbot)
    • Coulrophobia
    • Cenuram kaca (glass cliff)
    • Hygge
    • Latinx
    • Woke
    GRETA THUNBERG (AFP)

    2017 – Gempa Belia (Youthquake)

    Gempa belia didefinisikan sebagai perubahan signifikan terhadap budaya, politik atau sosial hasil tindakan atau pengaruh orang muda. 

    Antara peristiwa yang meningkatkan penggunaan gempa belia pada 2017 ialah Pilihan Raya Umum UK pada Jun tahun tersebut. Perkataan ini juga terus relevan bagi menggambarkan kebangkitan semangat muda di dunia, termasuk dalam kempen perubahan iklim oleh Greta Thunberg dan pelantikan pemimpin muda dalam jawatan tertinggi di beberapa negara.

    Lapan lagi perkataan yang disenarai pendek ialah:

    • Antifa
    • Broflake
    • Gorpcore
    • Kompromat
    • Milkshake Duck
    • Rampas berita (newsjacking)
    • Unikorn (unicorn)
    • Kerapuhan orang putih (white fragility)
    David Garrison (Pexels)

    2018 – Toksik (toxic)

    Walaupun perkataan toksik telah lama wujud dan digunakan secara meluas, 2018 memberikan fungsi yang lebih signifikan untuk perkataan ini. Selain peningkatan kekerapan carian untuk perkataan tersebut, ia juga digunakan dalam konteks yang lebih meluas, baik secara literal atau secara metafora.

    Pada 2018, 10 perkataan yang paling kerap digandingkan dengan toksik ialah kimia, maskuliniti, bahan, gas, persekitaran, hubungan budaya, sisa, alga dan udara.

    Lapan lagi perkataan yang disenarai pendek ialah:

    • Gaslighting
    • Semangat Zakar Besar (Big Dick Energy – BDE)
    • Cakeism
    • Gamon (gammon)
    • Incel (kependekan involuntary celibate)
    • Mengorbit (orbiting)
    • Pelancongan rasak (overtourism)
    • Techlash
    Pixabay (Pexels)

    2019 – Kecemasan iklim (climate emergency)

    Kecemasan iklim bermaksud keadaan yang mana tindakan segera diperlukan untuk mengurangkan atau menghentikan perubahan iklim serta mengelakkan kerosakan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan akibat perubahan iklim.

    Menurut Oxford Languages, bukan sahaja peningkatan perhatian terhadap perubahan iklim pada 2019 yang menyebabkan perkataan tersebut dipilih, malah kepelbagaian bahasa yang digunakan untuk menyampaikan kepentingan tindakan bagi mengatasi perubahan iklim yang menarik perhatian mereka.

    Selain kecemasan iklim, perkataan-perkataan lain yang disenarai pendek pada tahun tersebut juga dikuasai perkataan berkaitan iklim, iaitu:

    • Tindakan iklim (climate action)
    • Krisis iklim (climate crisis)
    • Penafian iklim (climate denial)
    • Kebimbangan alam sekitar (eco-anxiety)
    • Pemusnahan alam sekitar (ecocide)
    • Kepupusan (extinction)
    • Malu terbang (flight shame)
    • Pegerahan global (global heating)
    • Sifar bersih (net-zero)
    • Berasaskan tumbuhan (plant-based)
    Afiq Razali (UTUSAN)

    2020 – Perkataan-perkataan untuk tahun tanpa teladan

    Buat pertama kali, pasukan pakar bahasa Oxford Languages memutuskan untuk tidak meletakkan apa-apa perkataan untuk Perkataan Tahun Ini. Ia berikutan tahun 2020 adalah sangat mencabar apabila dunia terpaksa berhadapan pandemik Covid-19 dan tidak ada mana-mana perkataan yang mampu menggambarkan keadaan pada tahun tersebut.

    Walau bagaimanapun, Oxford Languages menerbitkan satu laporan khas pada tahun tersebut yang dinamakan sebagai Perkataan-Perkataan untuk Tahun Tanpa Teladan (Words of an Unprecendented Year). Laporan tersebut boleh dimuat turut di sini.

    Rasul Azli Samad (UTUSAN)

    2021 – Vax

    Vax merupakan singkatan untuk perkataan vaksin (vaccine). Penggunaannya meningkat 72 kali ganda pada September 2021 berbanding bulan sama tahun sebelumnya. 

    Perkataan tersebut yang pendek dan mudah disebut juga menjadi kata terbitan untuk banyak perkataan lain, seperti laman vaksin (vax sites), kad vaksin (vax cards), dapatkan vaksin (getting vaxxed) dan divaksin penuh (fully vaxxed). – RELEVAN

    featured pendidikan Word of the Year
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.