Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan mudah terpengaruh dengan kehidupan mewah yang ditayang di media sosial

    Jangan mudah terpengaruh dengan kehidupan mewah yang ditayang di media sosial

    By Umi FatehahOctober 20, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hakikatnya, hampir setiap daripada kita pernah merasakan perkara yang sama.

    ERA pendigitalan kini membuatkan kita terlalu bergantung kepada media sosial. Secara amnya, media sosial itu tidak salah.

    Apa yang salah adalah apabila kita terlalu cepat terpengaruh dengan apa yang dikongsikan di internet. Lebih-lebih lagi jika melihat kandungan orang yang berkongsi kehidupan mewah mereka.

    Pakar psikologi klinikal, Rachel Andrew berkata, penggunaan platform Facebook, Twitter, Instagram membuatkan pengguna akan membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan orang lain di media sosial. 

    Rata-rata pesakitnya meluahkan mereka berasa iri hati kerana tidak dapat mencapai gaya hidup yang mereka inginkan. Perkara ini ini boleh menyebabkan seseorang berasa seperti mereka ketinggalan dari segi kewangan kerana tidak mampu hidup mewah seperti apa yang ditayangkan di media sosial.

    Menurut perkongsian di RinggitOhRinggit, perkara ini boleh menyebabkan seseorang berasa seperti mereka ketinggalan dari segi kewangan. Hakikatnya, hampir setiap daripada kita pernah merasakan perkara yang sama.

    Perasaan ketinggalan dari segi kewangan ini normal

    Perasaan ini normal kerana kita mempunyai rasa untuk sentiasa meningkatkan taraf kehidupan. Namun, anda harus tahu, mereka yang mampu menjalankan kehidupan mewah adalah sama ada sudah berumur lewat 30-an dan ke atas dan mempunyai pengalaman kerja yang lebih lama. 

    Justeru, wang simpanan mereka juga sudah kukuh dan membuatkan mereka mampu hidup mewah.

    Ada juga yang bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah. Mungkin kerana ibu bapa mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji besar atau memiliki perniagaan sendiri. 

    Dalam sesetengah keadaan, mereka yang menayangkan kemewahan itu sekadar ‘wayang’ sahaja. Jangan terkejut, tetapi ada yang sanggup membuat pinjaman wang hanya untuk memenuhi impian untuk hidup mewah walaupun sebenarnya kurang berkemampuan. 

    Mengapa anda rasa ketinggalan dari segi kewangan?

    Salah satu sebab kukuh kenapa ada antara kita yang merasakan mereka ketinggalan dari segi kewangan ialah ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya bekerja tetapi dibayar gaji yang tidak setara.

    Hal ini tidak dapat dinafikan kerana merujuk kepada Statistik Gaji & Upah mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median untuk rakyat Malaysia pada 2021 hanyalah RM2,250. 

    Manakala pekerja mahir mendapat gaji median tertinggi dengan RM4,471 dan pekerja berkemahiran rendah mendapat gaji median paling sedikit dengan RM1,601.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan

    Kehendak manusia tidak terhad

    Sebagai manusia, kita mempunyai kehendak yang tidak terhad. Selepas satu per satu kehendak dipenuhi, pasti akan ada kehendak yang seterusnya. 

    Bagi pembaca yang berumur lingkungan 20-an hingga 30-an yang baru sahaja memulakan kehidupan bekerja, anda mungkin ingin capai beberapa perkara dalam kehidupan, sama ada mahu mengumpul aset seperti rumah dan kereta, melancong ke negara barat, membeli barang berjenama mewah atau berkahwin. 

    Cuba anda fikir dengan teliti, untuk melakukan salah satu perkara yang disebutkan di atas juga sudah dikira mahal bukan? 

    Betul, semua itu boleh dicapai dengan bekerja keras, kukuhkan simpanan dan berjimat cermat, tetapi agak mustahil untuk capai semuanya secara serentak. Dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak, sedikit sebanyak akan menjadi cabaran untuk hidup mewah seperti yang ditayangkan dalam media sosial.

    Apa yang perlu saya buat untuk capai kehidupan mewah?

    Sebenarnya, setiap orang mempunyai takrifan berlainan tentang kehidupan mewah. Terpulang kepada apa yang ingin dicapai dalam kehidupan. Tetapi jangan jadikan media sosial sebagai paksi atau penanda aras untuk capai apa yang anda mahukan.

    Keadaan kewangan anda akan meningkat menjadi lebih stabil seiring dengan usaha, usia dan pengalaman. 

    Tetapkan matlamat dan teruskan pengamalan tabiat kewangan yang baik. Hasil tidak akan mengkhianati usaha. Kita tidak gagal atau ketinggalan kerana kehidupan baru sahaja bermula. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 amalan hidup untuk menghadapi ringgit yang menurun

    Apa yang ditayangkan di media sosial itu juga tidak menceritakan 100 peratus kehidupan seseorang. Kita cenderung untuk hanya menayangkan saat dan perkara yang indah sahaja buat tatapan orang ramai. 

    Hakikatnya, mereka yang kelihatan hidup dalam kemewahan itu juga pasti sudah melalui pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan sebelum mereka berjaya.

    Daripada membandingkan kehidupan kita dan kehidupan orang lain, apa kata jadikan ia sebagai motivasi untuk terus berusaha dan bekerja keras demi mencapai segala keperluan dan kehendak dalam hidup. – RELEVAN

    Previous Article2,295 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 6 tip elak pancingan data dan penipuan di Twitter

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.