Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 tip elak pancingan data dan penipuan di Twitter

    6 tip elak pancingan data dan penipuan di Twitter

    By October 20, 2022Updated:October 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENIPUAN online semakin licik, lindungi keselamatan data peribadi anda.- FOTO OLEH PHOTO MIX/ PIXABAY

    PANCING data atau phishing dan penipuan online semakin meningkat, malah ia tidak terhad kepada satu-satu platform, lokasi atau taktik.

    Penipu semakin licik dan usaha dalam menangani masalah ini perlu dilakukan berterusan yang mana hanya akan berjaya apabila semua pihak bekerjasama.

    Twitter kerap mengeluarkan panduan untuk mengelakkan penipuan dalam talian melalui Tweet Threads daripada akaun rasmi Twitter, dalam artikel-artikel Help Center dan juga di blog.

    Satu lagi bahagian yang kritikal ialah Peraturan Twitter. Kelakuan seperti menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk tujuan mengelirukan, memperdaya orang lain atau menggunakan identiti palsu untuk mengganggu pengalaman orang lain di Twitter adalah bertentangan dengan peraturan yang ada.

    Twitter juga secara aktif menyingkirkan akaun spam dan mengunci akaun spam yang disyaki tidak dapat melepasi pengesahan manusia seperti captcha atau mengesahkan nombor telefon atau alamat emel.

    ARTIKEL BERKAITAN: BNM perkenal 5 langkah tambahan untuk cegah penipuan kewangan – Relevan

    Sehubungan itu, sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber, Twitter kongsikan enam tip yang boleh membantu anda memerangi penipuan online.

    1. Cipta kata laluan akaun yang kukuh

    Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukannya ialah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan.

    2. Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin

    Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja.

    Sekiranya anda mengesyaki akaun telah terjejas, tukar kata laluan dengan segera.

    3. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)

    Pengesahan dua faktor merupakan lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun tersebut.

    Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

    4. Kawal selia DM anda dengan teliti

    Jika anda menerima direct message (DM) yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan, jangan kongsi sebarang maklumat log masuk dan buang DM tersebut dengan segera.

    Kemudian, semak tetapan DM akaun anda, kemas kini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda. Ingat, anda boleh mengawal dan memilih untuk tidak menerima DM daripada mereka yang anda tidak ikuti.

    5. Laporkan ke Twitter

    Sama ada anda fikir akaun telah terjejas atau anda telah menerima DM spam, laporkannya segera!

    Ambil perhatian bahawa Twitter hanya akan menghubungi anda dalam aplikasi atau melalui emel yang dihantar daripada alamat emel @twitter.com atau @e.twitter.com.

    Twitter tidak akan pernah meminta anda memberikan kata laluan melalui emel, DM atau balasan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenal pasti ciri penipuan pelaburan, jangan termakan janji palsu – Relevan

    6. Ikuti perkembangan terkini

    Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas anda dikemas kini dengan versi terkini.

    Kemaskini dibuat atas sebab tertentu iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.

    Untuk pengalaman Twitter yang selamat dan menyeronokkan, baca amalan terbaik Twitter bagi memastikan akaun anda sentiasa selamat.- RELEVAN

    data featured keselamatan online
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.