Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa ramai graduan bekerja di luar bidang?

    Mengapa ramai graduan bekerja di luar bidang?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 27, 2022Updated:July 28, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BEKERJA di luar bidang pengajian sudah menjadi kebiasaan, terutamanya apabila pandemik COvid-19 bermula. - GAMBAR OLEH ARTEM PODREZ (Pexels) dan MIZUNO K (Pexels)

    FENOMENA graduan bekerja di luar bidang kini semakin menjadi norma. Terutamanya selepas pandemik Covid-19 apabila pasaran pekerjaan hampir runtuh akibat sekatan pergerakan di seluruh dunia, lebih ramai graduan memilih untuk mendapatkan apa saja pekerjaan yang ada asalkan punya pendapatan untuk menampung hidup.

    Mencari kewajaran tindakan ini adalah mudah, ia tentang kemandirian (survival). Dalam pasaran kerja yang sangat kompetitif namun dibelenggu tawaran gaji yang rendah ini, graduan sanggup bermula semua dari sifar dan belajar kemahiran baharu demi pendapatan yang berbaloi.

    Sehubungan itu, bekerja dalam sektor yang berbeza dengan bidang pengajian sudah menjadi kebiasaan. Ada graduan pendidikan yang bekerja sebagai penulis, ada graduan sains pemakanan yang bekerja sebagai pengendali kandungan dan ada graduan geofizik akhirnya menjadi pentadbir di universiti.

    Tiada kesepadanan

    Konsultan kerjaya di Career Cube, Nik Akmal Nik Osman berkata, situasi ini berlaku apabila ribuan graduan yang dilahirkan setiap tahun tidak menemui kerjaya yang sepadan dengan bidang atau tahap pengajian mereka.

    Boleh jadi, graduan tidak dapat menemui apa-apa jawatan langsung yang sepadan dengan bidang dan tahap pengajian mereka. Ini menyebabkan bekalan tenaga kerja menjadi lambakan kerana tiada permintaan dari industri dan mereka terpaksa mencuba kerja di luar bidang.

    “(Boleh jadi juga) tiada kerja yang sepadan dengan tahap pendidikan. Contohnya  kerja dalam bidang pembuatan hanya ada kekosongan untuk operator (tahap pendidikan SPM) sedangkan graduan mempunyai diploma atau ijazah,” katanya kepada Relevan.

    Malah, Nik Akmal juga membangkitkan soal lokasi pekerjaan kerana dalam beberapa keadaan, graduan yang perlu tinggal di kawasan luar bandar tidak menemui peluang pekerjaan yang sepadan kerana pekerjaan yang banyak tertumpu di bandar-bandar tertentu sahaja.

    “Antara faktor lain juga, tiada keselarian antara dapatan industri (Kementerian Sumber Manusia) dengan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi). Contohnya, jika permintaan pasaran untuk pelajar dalam negara sekitar 100 bakat sahaja, maka kursus marin di IPT seluruh Malaysia wajar buka penempatan sekitar 100 hingga 120 sahaja.

    “Tapi apa yang berlaku, penempatan marin dibuka sehingga 200. Ini contoh situasi yang boleh berlaku,” jelasnya.

    Praktikaliti

    Antara faktor lain yang mendorong graduan bekerja di luar bidang ialah kecenderungan minat mereka sendiri terhadap bidang kerjaya yang berbeza dengan bidang pengajian. Menurut Nik Akmal, ia boleh terjadi apabila graduan memilih bidang pengajian mengikut kehendak ibu bapa. Pada usia yang lebih dewasa selepas tamat pengajian, baru mereka sedar kecenderungan sebenar dan memilih pekerjaan dalam bidang tersebut.

    Wujud kemungkinan juga, graduan terpaksa memilih bidang pengajian yang kurang diminati kerana pemilihan bidang utama yang tidak berjaya dalam permohonan UPU. Seperti yang dijelaskan dalam artikel Relevan sebelum ini, pemohon yang menerima bidang pilihan bukan utama (bukan pilihan pertama atau kedua dalam permohonan) perlu meneruskan pengajian dalam bidang tersebut. Jika tidak, mereka perlu menunggu permohonan seterusnya dibuka untuk membuat permohonan.

    “Kerja luar bidang juga atas faktor kemandirian. Desakan komitmen kewangan. Takkan dua atau tiga bulan menganggur sahaja tiada pendapatan, pasti buat kerja separuh masa atau cuba sahaja mana-mana kerja dahulu.

    “Ada yang sementara sambil cari peluang yang lebih baik. Ada yang dah selesa (teruskan bekerja di luar bidang) dan ada yang pilih jalan keusahawanan,” kata Nik Akmal.

    Selain itu, Nik Akmal turut membangkitkan pandangan tentang kursus di IPT yang sudah ketinggalan dan tidak logik. Ini menuntut gerakan untuk memansuhkan kursus dengan kurang kebolehpasaran dan pengenalan kursus yang tinggi permintaan. Kursus yang sedia ada pula perlu dikemas kini silibus dan pendekatannya.

    “Konflik antara industri dengan akademia ini sudah sangat lama. Masih meleret sehingga sekarang. 

    “Apabila IPT melantik penasihat industri, janganlah sekadar wayang kepada pengurusan atau untuk jual nama universiti. Aplikasikan pandangan mereka secara serius.

    “Pensyarah juga perlu menjalani kerja dalam industri seperti yang diamalkan Politeknik. Barulah pensyarah sedar trend terkini, teknologi dan budaya dalam industri. Boleh buat giliran, pensyarah perlu masuk industri setiap tiga tahun selama enam bulan, contohnya,” katanya.

    Kesimpulan

    Bagi Nik Akmal, fenomena graduan bekerja di luar bidang pengajian terbahagi kepada dua situasi. Pertama, graduan dengan ijazah yang bekerja pada tahap ijazah dalam bidang berbeza. Kedua, graduan dengan ijazah yang bekerja pada tahap diploma, sijil atau SPM dalam bidang yang berbeza. Situasi kedua ini juga dikenali sebagai guna tenaga tidak penuh (underemployment).

    Bagi beliau, kedua-dua fenomena tersebut mempunyai kesan buruknya yang tersendiri. Ia tidak sihat untuk negara kerana ia membazirkan masa, tenaga dan kos belajar yang telah ditanggung graduan.

    “Seperti atlet yang dilatih bermain bola sepak tetapi bertanding dalam sukan badminton. Empat tahun mereka berlatih menguasai bola sepak tetapi tak digunakan kemahiran itu. 

    “Kerugian itu bukan untuk individu semata tetapi juga untuk negara,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous Article44,708 pesakit jalani kuarantin di rumah
    Next Article 10 kematian dilaporkan semalam, 4 kes BID

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.