KES harian jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 1,845 kes berbanding 2,430 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,499,057 kes.
Sebanyak 1,825 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,438,212 kes.
Semalam turut merekodkan tiga kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,656 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,551 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,189 dengan 24,089 atau 95.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 17 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,056 atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, sembilan atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 18 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN