Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengantuk selepas makan boleh jadi petanda masalah kesihatan

    Mengantuk selepas makan boleh jadi petanda masalah kesihatan

    By Umi FatehahJanuary 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengantuk selepas makan boleh jadi petanda masalah kesihatan. - GAMBAR HIASAN BARNEY YAU/UNSPLASH

    SETIAP kali selepas makan, pernahkah anda berasa sangat mengantuk? Pasti anda tertanya-tanya mengapa ia terjadi? Ada yang mengatakan perasaan mengantuk ini disebabkan terlalu kenyang. Sebenarnya, ada beberapa sebab lain yang memungkin hal itu terjadi.

    Menurut perkongsian Dr. Samhan di aplikasi TikTok dan Twitter, rasa mengantuk selepas makan boleh menjadi normal dan tidak normal.

    1. Tindak balas sistem pencernaan

    Sistem pencernaan akan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. 

    Lebih spesifik, hormon seperti cholecystokinin (CCK), glukagon dan amilin dirembeskan untuk meningkatkan rasa kenyang. 

    Selain itu, kandungan gula dalam darah juga meningkat dan insulin pula akan dihasilkan bagi membolehkan gula ini pergi dari darah dan ke dalam sel, yang mana ia akan ditukarkan menjadi tenaga.

    Selain itu, laman web kesihatan, Healthline mengatakan bahawa terdapat juga hormon yang boleh menyebabkan rasa mengantuk jika paras yang meningkat ditemui dalam otak. Salah satu hormon tersebut ialah serotonin. 

    Hormon lain yang mendorong tidur iaitu melatonin, tidak dikeluarkan sebagai tindak balas kepada makan. Walau bagaimanapun, makanan boleh mendorong kepada pengeluaran melatonin.

    3. Jenis makanan

    Walaupun semua makanan dicerna dengan cara yang sama namun, tidak semua makanan mempengaruhi tubuh anda dengan cara yang sama. Sesetengah makanan boleh membuat anda lebih mengantuk daripada makanan yang lain.

    Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi serta makanan yang kaya dengan protein iaitu daging, ayam, telur, ikan dan sebagainya mengandungi asid amino triptofan (amino acid tryptophan). 

    Asid amino triptofan ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin. 

    Serotonin adalah ejen yang membantu mengawal tidur. Justeru, ada kemungkinan peningkatan pengeluaran serotonin yang menyebabkan anda rasa mengantuk selepas makan.

    4. Tabiat tidur

    Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan. 

    Kebiasaannya, selepas kekenyangan badan akan mungkin berasa seperti mahu berehat, lebih-lebih lagi jika anda tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

    Justeru, anda dinasihatkan untuk perbaiki kitaran tidur untuk mengelakkan daripada berasa terlampau kenyang selepas makan. Selain itu, tidur yang cukup juga akan membekalkan tenaga yang maksimum kepada badan untuk bekerja pada hari siang.

    4. Tahap kesihatan

    Dalam keadaan yang jarang berlaku, keletihan selepas makan atau mengantuk sepanjang masa boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lain. Keadaan yang boleh memburukkan lagi rasa mengantuk selepas makan termasuklah:

    • Diabetes
    • Intoleransi makanan (food intolerance) atau alahan makanan
    • Anemia (kurang sel darah merah)
    • Apnea tidur (gangguan tidur yang melibatkan masalah pernafasan)
    • Tiroid kurang aktif 
    • Penyakit seliak (celiac disease) iaitu keadaan yang mana sistem imun menyerang tisu badan apabila makan makanan yang mempunyai gluten – RELEVAN
    featured kesihatan
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.