Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pesawat rosak di tengah laut: “Panik, cemas, mujur latihan cukup” – juruterbang PDRM

    Pesawat rosak di tengah laut: “Panik, cemas, mujur latihan cukup” – juruterbang PDRM

    By Umi FatehahApril 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    INDUSTRI penerbangan dijangka kembali pulih tahun ini selepas menerima impak kehadiran wabak Covid-19 selama hampir dua tahun. Dalam tempoh tersebut, industri penerbangan di seluruh dunia mengalami kerugian dan banyak juga pekerja berkemahiran seperti juruterbang dan juruteknik penerbangan kehilangan pekerjaan.

    Walau bagaimanapun, kejayaan mengharungi dua tahun pandemik membuktikan industri penerbangan akan terus relevan pada masa hadapan. Ia juga terus menghidupkan harapan buat mereka yang bercita-cita untuk bekerja dalam industri tersebut, terutamanya buat para pemimpi cilik yang mahu menjadi juruterbang.

    Bagi mendalami cabaran dan pengalaman sebagai seorang juruterbang, Relevan menemu bual seorang jurulatih penerbangan dari Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Superitendan Faridz Othman mula mengorak langkah mengejar cita-citanya sebagai juruterbang setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2005.  Beliau kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak Kuala Lumpur selama 9 bulan.

    “Saya mula menjadi juruterbang pada 2007 sebagai pelatih  selepas lulus temu duga semasa menjalani latihan di PULAPOL.  Selepas itu, saya mula menghadiri kursus Private Pilot’s Licence (PPL) di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak selama 13 bulan,” katanya kepada Relevan.

    Berdasarkan perkongsian bersama Faridz, perjalanan untuk menjadi juruterbang bukanlah mudah.  Beliau perlu mengikuti banyak kursus untuk melayakkan diri menjadi juruterbang yang bertauliah.  

    Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.  Beliau percaya, untuk mencapai kejayaan, perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh.  

    Kerja keras beliau membuahkan hasil apabila dinaik taraf menjadi Kapten Pesawat Cessna Caravan 208 dan menjadi antara kapten termuda dalam Pasukan Gerakan Udara Polis ketika berumur 29 tahun serta dinaikkan pangkat kepada Superintendan Polis pada 2020.

    Setiap kerjaya pasti ada cabarannya.  Menurut Faridz, antara pengalaman yang sukar untuk dilupakan sepanjang menjalankan tugas adalah ketika pesawatnya mengalami kerosakan teknikal semasa terbang di tengah Laut China Selatan. 

    “Tidak dinafikan rasa panik dan takut menyelubungi diri saya dan rakan saya ketika kejadian itu berlaku.  Tetapi kami sudah dilatih untuk mengendali situasi dengan profesional dan melakukan tindakan yang sewajarnya.  Kami terpaksa membuat penurunan cepat (rapid descent) dari ketinggian 25 ribu kaki ke 10 ribu kaki iaitu ketinggian yang tidak memerlukan bantuan oksigen pernafasan.

    “Kami terbang di ruang udara Indonesia – yang ketinggian minimum untuk pesawat awam terbang adalah 25 ribu kaki – dengan keadaan cuaca yang tidak baik membuatkan kami bertambah cemas,” katanya.

    Beliau juga sering berkongsi video penerbangannya di TikTok dengan nama pengguna @frdz9426 dan mendapat ribuan tontonan serta kongsian.  Antara video tular yang mendorong ramai pengguna mengikutinya ialah video pesawat yang dipandunya dirakam oleh nelayan berdekatan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 

    Video tersebut mendapat ribuan tontonan kerana ketika itu Faridz memandu kapal terbang dengan rendah yang memberi ilusi kapal terbang itu ‘berjalan’ di atas jambatan tersebut.  

    “Untuk menjadi seorang juruterbang yang berkaliber, selain harus mempunyai latar belakang akademik yang baik, seseorang itu juga perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi.  Antara rutin juruterbang semasa menerbangkan pesawat adalah mengikut senarai semak dan prosedur-prosedur ketat yang telah ditetapkan.

    “Juruterbang juga perlu patuh dan peka terhadap arahan yang akan diberikan oleh Pengawal Trafik Udara demi memastikan keselamatan dan kelancaran penerbangan. Oleh itu, disiplin yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang yang bertauliah,” tambahnya lagi.

    Setiap impian memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan adalah satu cabaran. Ini semua adalah asam garam dan lumrah dalam perjalanan manusia menjalankan sesuatu yang dinamakan kehidupan. 

    Untuk Faridz, titik peluh dan lelah pengorbanannya sudah terbalas dan kini dia mengharapkan untuk mereka yang bermimpi serupa dengannya turut mencapai dengan apa yang diidamkan. – RELEVAN

    featured juruterbang kerjaya PDRM
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.